Mandi lewat malam sering dikaitkan dengan pelbagai kepercayaan, termasuk dakwaan bahawa ia boleh membahayakan kesihatan jantung.
Kepercayaan ini mungkin berasal daripada amalan tradisional atau pengalaman individu tertentu.
Dalam masyarakat Melayu, mandi pada waktu malam dikaitkan dengan risiko paru-paru berair atau penyakit lain, walaupun tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokongnya.
Foto : detikHealth
Perubahan Suhu Badan dan Tekanan pada Jantung
Faktor-faktor seperti perubahan suhu badan secara tiba-tiba sering dianggap memberi tekanan kepada jantung.
Mandi, terutamanya dengan air sejuk, boleh menyebabkan perubahan mendadak pada suhu badan.
Perubahan ini mungkin memberi tekanan kepada sistem kardiovaskular, terutama bagi individu dengan masalah jantung atau tekanan darah yang tidak stabil.
Perubahan suhu yang mendadak ini juga dikatakan boleh menyebabkan saluran darah mengecut, tetapi sejauh mana ia benar bergantung kepada keadaan individu.
Kesan Mandi Malam Pada Individu Sihat
Walau bagaimanapun, bagi individu yang sihat, badan biasanya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan suhu ini tanpa sebarang masalah.
Ads
Sebaliknya, mandi air panas pada waktu malam sebenarnya boleh memberi kesan menenangkan dan membantu tidur lebih nyenyak.
Ia juga dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan, menjadikan tubuh lebih relaks sebelum tidur.
Foto : Halodoc
Air Sejuk Atau Air Panas, Mana Pilihan yang Sesuai?
Kajian menunjukkan bahawa mandi dengan air hangat boleh meningkatkan suhu badan sedikit, yang kemudiannya menurun perlahan-lahan, membantu tubuh memasuki fasa tidur lebih mudah.
Namun, mandi dengan air sejuk boleh merangsang tubuh, menjadikannya lebih terjaga dan ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang yang ingin berehat.
Suhu air yang terlalu sejuk boleh memberi kesan mengejut kepada tubuh, terutamanya pada waktu malam apabila badan berada dalam keadaan lebih tenang.
Ads
Jika mandi pada waktu malam dilakukan dalam keadaan suhu persekitaran yang sangat sejuk, risiko hipotermia (penurunan suhu badan secara drastik) mungkin berlaku.
Namun, risiko ini jarang berlaku dalam situasi biasa dan lebih relevan di kawasan beriklim sejuk.
Individu dengan masalah jantung, tekanan darah tinggi atau rendah dan warga emas perlu lebih berhati-hati kerana sistem kardiovaskular mereka mungkin kurang berdaya tahan terhadap perubahan mendadak.
Ads
Golongan ini disarankan untuk mandi dengan air suam bagi mengelakkan tekanan tambahan pada tubuh.
Foto : SinarPlus
Selain itu, penting juga untuk memastikan bilik mandi tidak terlalu sejuk atau lembap, kerana keadaan ini boleh menambahkan rasa tidak selesa.
Penting untuk memahami tubuh anda sendiri dan mengamalkan cara yang sesuai bagi memastikan kesihatan kekal terjaga.
Jika anda mempunyai kebimbangan tentang kesihatan anda, sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan.
Kesihatan adalah keutamaan, dan mengambil langkah pencegahan adalah cara terbaik untuk menjaga diri sambil mengamalkan gaya hidup yang seimbang.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
@maskulinmy🔥 Semakin sukar, semakin hangat! 🔥 10 Bros, sawah bendang dan cabaran dengan tahap kesukaran tak masuk akal, Muddle Trouble! 🌾💪 Kali ini Bros harus melakukan cabaran untuk melepasi blockers dalam game ala galah panjang terdiri dari pemain ragbi? 🏉🤯 Siapa yang akan tampil paling menyerlah? Siapa bro, siapa lawan? 📺 Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod 4, malam ini jam 9pm di Astro Ria! 🚀 #maskulin #maskulinwhosyourbro #SiapaBroSiapaLawan #Ideaktiv #astro #astroria♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah rasa dada macam dihimpit batu besar? Nafas makin pendek, tangan sejuk berpeluh, dan kepala mula fikir benda bukan-bukan? Kalau kau pernah alami situasi ni, besar kemungkinan kau sedang alami serangan anxiety, bro.
Anxiety attack ni bukan main-main. Ia adalah tindak balas automatik tubuh terhadap tekanan walaupun tiada bahaya sebenar. Kadang-kadang, ia boleh rasa seperti serangan jantung. Tapi, realitinya ia hanya berlaku dalam minda dan tubuh kau yang sedang ‘overreact’. Tapi jangan risau, kau boleh kawal.
Apa Itu Serangan Anxiety?
Serangan anxiety berlaku secara tiba-tiba dan boleh menyerang bila-bila masa. Ia boleh berlaku ketika tengah drive, bersosial, bekerja, atau ketika kau tengah berseorangan. Antara simptom paling biasa:
Nafas pendek atau tercungap-cungap
Jantung berdegup kencang
Dada rasa ketat
Rasa macam nak pitam
Takut tanpa sebab jelas
Apa yang penting, kau kena tahu cara untuk kendalikan situasi ini. Jangan biar ia kawal hidup kau.
5 Cara Tenangkan Diri Bila Kena Serangan Anxiety
1. Tutup Mata & Letak Tangan di Dada
Pejam mata perlahan dan letakkan tangan di dada. Rasa degupan jantung kau. Bisikkan pada diri:
“Aku selamat. Ini cuma perasaan. Bukan ancaman sebenar.”
Isyarat suara dalaman ini bantu tubuh dan minda bertenang semula.
2. Teknik Pernafasan 4-7-8
Teknik ni wajib kau hafal. Mudah tapi sangat power.
Tarik nafas selama 4 saat
Tahan nafas selama 7 saat
Hembus nafas perlahan-lahan selama 8 saat
Ulang 3–5 kali
Ia bantu reset sistem saraf dan turunkan hormon stres.
3. Teknik Grounding 5-4-3-2-1
Bila minda mula terawang-awang fikir benda bukan-bukan, cuba bawa balik ke ‘realiti’:
5 benda yang kau nampak
4 benda kau boleh sentuh
3 bunyi yang kau dengar
2 bau yang kau hidu
1 rasa di mulut (air, gula-gula, dsb)
Grounding ni bantu ‘paksa’ otak fokus pada masa sekarang bukan fikiran negatif.
4. Cakap Dengan Diri Sendiri
Ucapkan skrip ni dalam hati atau bisik perlahan:
“Ini cuma serangan anxiety. Ia akan berlalu. Aku pernah lalui, dan aku masih di sini. Aku selamat.”
Ini dipanggil cognitive re-framing — teknik psikologi untuk tukar persepsi negatif kepada realistik.
5. Pegang Ais atau Percik Air Sejuk
Genggam ais dalam tangan atau basuh muka dengan air sejuk. Ia beri kejutan ringan kepada sistem saraf dan bantu ganggu ‘loop’ panik yang sedang berlaku.
Bro, Kau Tak Keseorangan
Ramai lelaki alami anxiety secara senyap. Tapi percayalah, minta bantuan bukan tanda lemah, malah ia bukti kau nak pulihkan diri. Kalau serangan semakin kerap atau mengganggu hidup, jumpalah kaunselor, psikologis, atau psikiatri.
Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. Kau jaga makan, jaga badan — jaga juga apa yang kau simpan dalam kepala.
“Anxiety bukan musuh. Ia cuma petanda kau perlu berhenti, tarik nafas, dan kembali pada diri sendiri.”
Jadi bro, jangan lawan anxiety sorang-sorang. Belajar hadapinya dengan bijak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Teh dan rakyat Malaysia memang tak boleh di pisahkan, lagi-lagi jika melepak di kedai mamak.
Namun, ada satu perkara yang kena ambil tahu – minum teh berlebihan boleh ganggu kesihatan, terutamanya bab zat besi dan anemia.
Menurut Dr Zubaidi menerusi perkongsiannya, kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah.
Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat.
Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser.
Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan zat besi. Bagi pesakit anemia, sudah tentu ia menyebabkan tahap zat besi dalam tubuh berkurangan dan ini mengganggu pembentukan haemoglobin. Tahap haemoglobin menjadi yang semakin rendah.
Satu laporan dari Colorado State University mendapati bahawa minum teh boleh mengurangkan penyerapan besi sehingga 60 peratus. Oleh itu, orang yang mempunyai masalah anemia dinasihatkan agar tidak minum teh bersama makanan.
Jika mahu, minum teh perlu 1-2 jam selepas makan supaya kandungan tanin dalam teh tidak mengganggu penyerapan zat besi dari makanan yang kita makan.
Namun menurut kajian lain yang dijalankan oleh M Nelson dan J. Poulter, jika kita tidak mempunyai masalah anemia, kita tidak akan berisiko mengalami anemia. Penurunan tahap zat besi dalam tubuh akan lebih jelas memberikan kesan jika sedia ada mempunyai masalah anemia. Dengan kata lain, jika kita tidak mempunyai anemia atau masalah lain berkaitan dengan tahap zat besi atau penyerapan nutrien, minum teh tidak menjadi masalah.
Namun dicadangkan minum teh tidak boleh melebihi lima cawan setiap hari. Jika diamalkan bertahun-tahun ia boleh menyebabkan kita mengalami risiko kesihatan seperti insomnia, anemia, ketagihan atau pergantungan, dan kerapuhan tulang (osteophorosis).
Memang teh ni ada banyak kebaikan, tapi jangan pandang sebelah mata!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.