Pada tahun 2022 dianggarkan sebanyak 1.2 bilion unit iPhone digunakan di seluruh dunia. Manakala jumlah iPhone yangt terjual sepanjang tahun tersebut menyaksikan sebanyak 56.6 juta unit.

Ternyata telefon pintar keluaran jenama Apple ini sangat relevan dan masih mendapat permintaan yang cukup tinggi dari pengguna di seluruh dunia. Mungkin bagi sesetengah pengguna iPhone mereka ada sebab tersendiri mengapa peranti ini menjadi pilihan.

Namun MASKULIN yakin salah satu sebab yang utamanya ialah sistem operasi atau dikenali dengan nama iOS yang dianggap cukup mesra pengguna. iOS terbaharu iaitu iOS 16 diperkenalkan bersempena pengenalan iPhone 14 beberapa bulan lalu. Kemaskini terbarunya menyaksikan ia kini pada versi iOS 16.2.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok
Image by wirestock on Freepik

Terbaru, Apple memperkenalkan sebuah video menampilkan trik dan tip yang cukup menarik serta berguna untuk pengalaman penggunaan iPhone yang jauh lebih menarik.

Menerusi sebuah video di channel Apple Support, mereka berkongsi sepuluh tip dan trik untuk ciri baharu dalam iOS 16. Antara yang menarik ialah Lock Screen yang baru direka bentuk semula dan boleh disesuaikan, keupayaan untuk memilih dan mengeluarkan subjek daripada foto dan banyak lagi.

Ikuti 10 tip dan trik iPhone di bawah!

1.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih SeronokJika anda mengetik dan menahan (tap and hold) subjek di dalam foto dalam apllikasi Photo pada ‌iOS 16‌, anda boleh mengangkat subjek daripada foto dan meletakkannya ke dalam apl lain.

2.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

Lock Screen baharu pada ‌iOS 16‌ membolehkan pengguna menyesuaikan elemen berbeza, termasuk warna dan gaya masa dan tarikh. Selain itu kita juga boleh menambah pelbagai jenis widget dan banyak lagi.

3.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

IKLAN

Menerusi tetapan Setting > Wi-Fi, anda boleh memilih akses yang telah disimpan untuk ‘discover’ kemudian ‘copy’ dan ‘paste’ kata laluannya.

4.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

Jika sering menaip perkara sama berulang kali seperti alamat e-mel atau alamat biasa, anda boleh mencipta teks pengganti dengan tetapan di Setting > General > Keyboard > Text > Replacement.

5.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

Jika bateri telefon makin rendah dan ingin menjimatkan penggunaan bateri boleh memilih Low Power Mode. Caranya pergi ke Control Center untuk akses segera. Atau boleh ke Setting > Control Center dan tambahnya ke dalam senarai Included Controls.

6.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

IKLAN

Jika mahu berkongsi lebih dari satu keping foto ke aplikasi lain, anda perlu tap dan hold fiti itu, alihkannya kemudian terus ke aplikasi yang ingin anda tujukan. Kemudian hanya drag dan drop sahaja kesemua foto ke aplikasi pilihan.

7.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

Jika mahu buka kamera dengan pantas, hanya tap dan hold pada Camera shortcut di bahagian bawah sebelah kanan Lock Screen.

8.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

Bagi iOS 5 ke atas anda kini boleh menggunakan Live Text bagi melakukan terjemahan segera ketika di aplikasi kamera atau fiti. Di aplikasi kamera, halakan kamera je teks pilihan kemudian tap Live Text yang muncul di bahagian atas sebelah kanan kemudian pilih ‘translate’. Ia juga boleh digunakan bagi foto yang telah diambil.

9.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

IKLAN

Dengan menggunakan aplikasi Notes, anda kini boleh melakukan imbasan atau scan dengan mudah. Ia akan secara automatic crop dan edit imej tersebut supaya menjadi lebih jelas tanpa sebarang gangguan silau.

10.

Mantapkan Pengalaman Guna iPhone Dengan 10 Tip & Trik Sangat Berguna, Barulah Lebih Seronok

10. Untuk melihat foto pertama di dalam simpanan galeri anda hanya buka aplikasi Photo, tap pada bahagian tepu untuk terus lompat ke foto mengikuti album atau keputusan carian.

Semoga dengan tip dan trik ini mampu membantu mengkayakan pengalaman anda menggunakan iPhone di masa akan datang. Selamat mencuba!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!

Kredit: Apple Support

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI