Awal pagi semalam berlangsung perlawanan yang cukup dinantikan oleh ramai peminat bola sepak dunia. Perlawanan peringkat pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah semalam menyaksikan pasukan tuan rumah yang dimiliki oleh Qatar Sports Investment iaitu Paris Saint-Germain (PSG) menentang Manchester United.
Rashford menyempurnakan sepakan penalti sekali gus membawa Man United mara ke suku akhir.
Dalam perlawanan tersebut Manchester United berdepan misi yang cukup berat kerana mereka telah tewas 2-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini di Old Trafford. Namun dengan kesungguhan barisan pemain mereka di bawah tunjuk ajar pengurus yang juga pemain legendanya Ole Gunnar Solskjær, Manchester United merealisasikan apa yang dikatakan mustahil.
Mereka menang dengan jaringan 3-1 di tempat lawan sekali gus mara ke peringkat suku akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Perlawanan dramatik semalam menjadi tumpuan kerana Manchester United dianugerahkan penalti pada minit-minit akhir perlawanan menerusi sistem VAR. Sistem pengadilan yang penuh kontroversi turut digunakan pada Piala Dunia yang lalu itu menyaksikan bola terkena tangan pemain PSG.
Tidak semua pihak yang gembira dengan keputusan ini termasuklah bintang PSG yang juga pemain termahal di duniam Neymar.
Ads
Bintang PSG ini ternyata kecewa dengan keputusan perlawanan itu.
Neymar yang tidak beraksi kerana masih belum pulih dari kecederaan ternyata cukup kecewa dengan keputusan penalti di minit akhir yang telah menyingkirkan pasukannya.
Pengadil perlawanan, Damir Skomina merujuk VAR sebelum membuat keputusan sepakan penalti.
Ads
Menerusi perkongsian di Instastory, Neymar berkata, “Ini amat memalukan. Dan mereka masih membiarkan 4 lelaki yang tidak faham bola sepak untuk melihat rakaman video, ini sepatutnya tidak berlaku. Bagaimana dia mengeluarkan tangannya apabila dia berada di belakang!”
Sabar jelah Neymar. Terima saja keputusan yang telah diberikan. Mungkin tahun ini bukan tahun PSG. Apa-apa pun tahniah Manchester United yang berjaya mara ke peringkat suku akhir. Seronok tengok mereka meraikan kemenangan semalam seperti menang piala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai sangka pengisytiharan bankrap adalah jalan keluar. Tapi bro, realitinya… itu adalah jalan masuk ke dunia yang lebih sempit, lebih penuh sekatan dan tekanan. Bukan jalan selamat, tapi jalan mati.
Ramai silap faham. Bila diisytiharkan bankrap, mereka fikir semua hutang akan hilang, hidup jadi bebas. Hakikatnya? Kehidupan selepas muflis dipenuhi kekangan undang-undang, kerugian harta, dan hilang kawalan ke atas kewangan sendiri.
Menurut seorang peguam menerusi perkongsian TikTok @pakciklego, bila seseorang itu sah bankrap melalui perintah mahkamah, semua aset miliknya di bawah bidang kuasa Jabatan Insolvensi Malaysia.
Bayangkan bro—duit simpanan, rumah, tanah, kereta (yang dah habis bayar) semua boleh dirampas. Yang masih ada pinjaman bank (harta bercagar) pula kekal di bawah institusi kewangan. Kau hilang kawalan sepenuhnya ke atas harta sendiri.
Nak tahu apa yang akan ‘menyambut’ kau selepas status muflis? Ini dia senarai sekatan yang bukan main-main:
Rumah, tanah, kereta, akaun bank—selagi tak bercagar, semuanya boleh dilupuskan untuk bayar hutang. Kau hilang kuasa ke atas harta sendiri.
Baki simpanan dipindahkan ke akaun Insolvensi. Kau hanya boleh guna duit dengan kebenaran pihak berkuasa. Hidup rasa macam duduk bawah mikroskop.
Nak buka bisnes atau jadi bos syarikat sendiri? Lupakan. Undang-undang halang individu muflis daripada terlibat dalam pengurusan korporat.
Nak bercuti atau ada urusan luar negara? Kau perlu mohon kebenaran bertulis dari Jabatan Insolvensi. Kalau tak, kau disekat di sempadan.
Bekerja dalam sektor kerajaan atau industri yang perlukan kelulusan kewangan bersih? Status bankrap boleh batalkan peluang tu. Ramai yang akhirnya hilang kerja.
Semua harta yang tidak di bawah gadaian bank boleh dijual atau dilelong oleh pihak Insolvensi untuk bayar balik hutang.
Kalau kau rasa hidup akan lebih tenang lepas bankrap, fikir semula bro. Hidup kau dikawal, pergerakan terhad, masa depan kerjaya kelam. Ia bukan pembebasan, tapi penjara tanpa jeriji. Dan yang paling penting, kau tetap kena bayar hutang—menerusi pemantauan Jabatan Insolvensi.
Sebelum kau ‘serah diri’ jadi muflis, ini pilihan yang lebih bertanggungjawab:
✅ Runding dengan bank: Minta penstrukturan bayaran. Banyak bank sudi bantu kalau kau tunjuk komitmen.
✅ Jumpa AKPK: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit boleh bantu kau buat pelan bayaran ikut kemampuan. Percuma dan sah di sisi undang-undang.
✅ Bina semula pendapatan: Freelance, bisnes kecil-kecilan, delivery—jangan malu bermula semula. Lelaki sebenar bukan yang putus asa, tapi yang bangkit!
Menjadi lelaki bukan tentang lari dari masalah, tapi berani berdepan dengan penuh kejantanan. Nak bankrap kerana malas bayar hutang? Itu bukan ciri lelaki Maskulin.
Kau mungkin rasa muflis adalah penyelesaian, tapi realitinya, itu permulaan kepada hidup yang lebih rumit. Selesaikan hutang secara berperingkat. Dapatkan bantuan. Urus kewangan dengan bijak. Itu baru alpha.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya tersemat di dalam sanubari wanita, bad boys seorang yang sangat mempersonakan. Jelas esen kejantanannya, malah sangat lelaki dimata. Apa lagi magnet yang tesirat? Bersama Maskulin kita rungkai 8 firasat nakal lelaki yang dipendam wanita.
1.Tidak Terlalu Serius
Bukan semua wanita terlalu serius dalam bercinta, sekali sekala mereka juga ingin kehidupan bebas tanpa membalas ayat-ayat romantis dari lelaki. Ya, bad boys bukanlah golongan mamat jiwang sebegitu. Selain itu, lelaki seperti ini turut dianggap lurus serta mudah diuruskan. Ketidakacuhan ini juga membangkitkan keserasian dan tidaklah begitu stres dalam bercinta.
2.Yakin Diri
Lelaki yang nakal dianggap berani oleh wanita. Bermula dari gaya hidup seharian seperti cara berpakaian, gerak geri memesan makanan, berjalan dan pelbagai lagi gelagat nakal yang mungkin tidak disedari lelaki. Apa yang pasti, rasa percaya diri yang tinggi ini menjadi major turn on buat wanita.
3.Suka Cabaran
Karekter seperti ini juga diertikan sebagai seorang yang gemarkan cabaran. Wanita memandang lelaki nakal ini sebagai individu yang tidak tahu berputus asa dan sentiasa melampaui batas yang telah mereka hadkan. Walaupun gagal, mereka tidak henti mencuba, sikap inilah yang sangat didambakan wanita.
4.Jantan Sejati
Bad boys sering dilambangkan sebagai simbol kejantanan sejati. Lunak suara yang garau, tubuh berbulu mengiurkan juga bentuk badan sasa adalah ciri yang melengkapkan istilah nakal buat wanita. Paling pasti, lelaki sejati seperti ini diyakini mampu memuaskan pasangannya!
5.Misteri
Kurang berbicara, hanya meluahkan sesuatu yang penting serta penuh dengan mimik misteri menambah ketidakkeruan wanita. Jika rutin dan tingkah laku jejaka sangat mudah difahami, ia mungkin membosankan. Bila dia seorang penuh misteri, menambah lagi daya tarikan pada wanita untuk memahaminya.
Pandai mengambil hati dengan kata-kata romantis, bijak memujuk dan tahu menyelami hati sang gadis juga adalah ciri si lelaki nakal. Tidak perlu terlalu naif dengan gaya skema, lelaki nakal tampil lebih berani dalam berbicara.
7.Perlu Bimbingan
Ramai wanita memilih bad boys kerana mereka tahu, lelaki seperti ini kurang bijak dalam mengurus diri, di samping mempunyai kekurangan yang perlu diperbaiki. Disinilah gunanya kehadiran wanita dalam memperbaiki diri jejaka dan membuatkannya lebih dewasa.
Apa yang pertama kali bermain diminda seorang gadis tatkala melihat seorang bad boys? Sudah tentulah akan kehebatan di ranjang. Apa yang pasti, wanita tidak mungkin melepaskan lelaki seperti ini, kerana mereka tahu akan keseronokan serta nikmat persembahan seorang jejaka nakal!
2 Selebriti lelaki berkarekter nakal pilihan wanita
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Budaya ‘tak kisah’ ini bukan suatu perkara yang luar biasa. Kata-kata “Ada aku kisah?” sudah menjadi suatu yang sangat biasa dalam kalangan orang muda sekarang. Pada yang lebih dewasa pula, mereka mungkin cenderung kepada sikap ‘tidak ambil kisah’ kerana pelbagai punca dan tekanan sekitar.
Namun sebenarnya tanpa kita sedar, disebabkan sikap “Why should I care what other people think of me?” itulah yang menyuburkan sikap keakuan dan mementingkan diri sendiri. Ramai orang tidak kisah lagi dengan pendapat orang lain kerana merasakan itu semua tidak penting. Malah ada yang ambil sikap tak mahu kisah dengan orang lain hatta apabila melihat maksiat berlaku depan mata.
Kata ‘kisah’ ini merujuk pada peduli, prihatin dan ambil tahu. Secara tidak langsung, mengajak kita supaya mengasihi saudara seIslam yang lain. Salah satu syarat bagi mendapat keredaan Allah adalah dengan mengasihi saudara seagamanya seperti ditegaskan hadis, Daripada Abu Hamzah, Anas Ibn Malik, Nabi bersabda, “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terdapat budaya ‘tak kisah’ yang positif dan ada budaya ‘tak kisah’ yang negatif. Terpulanglah bagaimana kita memberikan tanggapan kepada sesuatu isu berdasarkan prinsip, etika, kebiasaan dan amalan masyarakat. Berikut beberapa perkara mengenai budaya ‘tak kisah’ yang boleh kita fikirkan bersama-sama:
Positifnya budaya tak kisah, apabila kita mengambil pendekatan bersederhana dalam hidup dan tidak mendesak diri untuk mencapai sesuatu yang di luar jangkaan. Kita mungkin ketua dalam organisasi besar tetapi tak kisah untuk sama-sama berada bersama orang bawahan mendengar masalah dan luahan hati mereka. Kita barangkali orang yang dikategorikan berjaya dalam kelas tersendiri tetapi tak kisah berkongsi tip kejayaan kita dengan orang lain.
Kita juga mungkin orang yang murah rezeki tetapi tak kisah untuk berbahagi rezeki dengan orang yang memerlukan. Kita juga mungkin individu yang dihormati dan ada kedudukan dalam masyarakat, tetapi tak kisah dengan segala kekurangan dan protokol, tak kisah jika tiada hamparan karpet merah atau juadah ikut selera sendiri.
Sikap ‘tak kisah’ dalam konteks ini bermakna kita tak cerewet, tak mengada-ada dan boleh bertolak ansur. Tentunya ini akan memberikan kesan yang positif pada kita juga. Kita akan lebih dihormati dan dikagumi dalam kalangan masyarakat. Kepimpinan, kredibiliti dan usaha kita akan lebih diyakini dan diterima ramai kerana kita menunjukkan sikap merendah diri dan ikhlas secara tidak langsung.
Ada yang bersikap tak kisah kononnya kerana tidak mahu ambil tahu hal orang. Lalu dia tak kisah apa yang berlaku sekitarnya; kematian jiran tetangga, kenduri-kendara atau kerja kemasyarakatan. Malah dia tak kisah apabila melihat kemungkaran berlaku depan mata, tidak ada inisiatif untuk menegur atau membetulkan keadaan. Prinsip ‘tak kisah’nya kerana (kononnya) tidak mahu menjaga tepi kain orang, kerana sibuk uruskan hal sendiri dan tiada masa untuk ambil tahu hal orang.
Sikap ini sudah tentulah bertentangan pesanan Rasulullah yang menyuruh kita agar membetulkan kesumbangan yang berlaku dengan apa cara sekali pun, yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri. Rasulullah berpesan, “Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sikap ambil kisah tidak semestinya dengan memberi nasihat orang yang berkenaan tetapi juga melalui perbuatan yang baik, yang dapat menunjukkan seseorang jalan yang lurus. Nasihat yang baik adalah nasihat yang diberikan secara tidak langsung, yang tidak menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang yang dinasihati.
Kita perlu tahu keutamaan, tahu yang mana perlu ambil kisah dan yang mana tak perlu kisah. Ada orang yang terlalu tak kisah akan pandangan orang terhadapnya, sedangkan dia pun tahu bahawa sikapnya sendiri tidaklah sebaik mana dan langsung tidak boleh dicontohi. Namun kerana sikap tak kisahnya itu, dia abaikan teguran dan pandangan orang lain.
Ada orang pula yang terlalu ambil kisah akan pandangan orang terhadapnya sehingga pendapat yang remeh-temeh juga dipandang serius, seterusnya membebankan dirinya sendiri. Pandang dahulu yang bercakap itu, adakah dia ikhlas hendak membetulkan, atau sekadar mahu mempermainkan atau dia memang cemburu?
Sikap terlalu sensitive kepada kata-kata orang juga boleh memakan dan menyusahkan diri sendiri. Oleh itu, kita sendiri perlu tahu mana yang harus diutamakan kerana tidak semuanya perlu kita ambil tahu. Ambil yang baik sahaja, yang boleh membantu memperbaiki kekurangan diri kita. Yang tidak baik dan tidak sesuai, elok sisihkan sahaja daripada hati dan tak perlu ambil kisah.
Walaupun kita sendiri mungkin mengamalkan sikap ‘tak kisah’, namun tidak wajar kita membuat andaian orang lain juga tak kisah. Katakan, kita sudah terbiasa bergurau cara kasar dan orang yang biasa dengan kita tak kisah dengan cara kita, namun cara itu tidak wajar kita teruskan apabila berada dengan orang yang baru kita kenali atau jarang-jarang kita jumpa.
Begitu juga dalam pergaulan, kita selalu menganggap kawan kita tak kisah dengan apa yang kita tuturkan kepadanya. Kita tak kisah perasaannya yang barangkali tersinggung atau terluka dengan kata-kata kita. Dalam keluarga, kadangkala kita mengabaikan perasaan ibu bapa, pasangan, dan anak-anak, kerana kita menganggap mereka tak kisah. Mereka mungkin tidak merungut atau tidak menegur tetapi itu tidak bermakna mereka tak kisah.
Oleh itu, kita jangan lupa, bahawa orang lain mungkin dapat melupakan apa yang kita cakap, orang mungkin dapat lupakan apa yang kita sudah buat tetapi mereka tidak mungkin lupa perasaan mereka yang tercalar akibat cakap dan perbuatan kita.
Budaya peduli dan prihatin sewajarnya bermula dari rumah dan keluarga sendiri. Orang yang lebih tua sepatutnya mengambil tugas berkenaan. Agak malanglah jika orang yang lebih tua sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik. Contohnya, orang yang lebih tua pun tidak bercakap sopan dengan anak-anak, tidak berpakaian sempurna, malah ada ibu bapa tidak kisah anak-anak balik lewat malam dan ke sana ke mari dengan teman wanita atau teman lelaki masing-masing.
Alangkah eloknya jika ibu bapa atau orang lebih tua dapat menunjukkan contoh teladan melalui interaksi yang baik, aktiviti berjemaah dan bertolak ansur. Bermula dari rumah, dengan didikan ibu bapa serta orang yang lebih tua, nilai ‘ambil kisah’ dapat dipupuk dalam diri dan sekali gus dapat menangkis sikap ‘tak kisah’ yang jadi sebahagian mentaliti kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang