Menangislah sepuas-puasnya kerana ia boleh membuatkan anda rasa tenang dan lega.

Tidak salah lelaki ingin menangis jika itu dapat meredakan apa yang terbuku di hati. Bahkan banyak manfaat apabila kita menitiskan air mata sebagai yang dikongsikan Public Health Malaysia di facebooknya.

Menangis adalah respon biasa seseorang manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, gembira, marah dan ketakutan.

Selepas menangis,

Bola mata yang kering akan kembali lembab. Mata juga akan berasa lebih lega dan bergerak dengan lebih lancar.

Sebenarnya, air mata juga mengandungi bahan anti kuman yang melindungi dari jangkitan mata. Air mata mengandungi lysozome yang dapat berfungsi sebagai “antibiotik semulajadi”

Selepas menangis,

Air mata akan mengalir ke rongga hidung. Ruang pernafasan akan menjadi lebih lancar, degupan jantung akan kembali normal. Anda akan merasa lebih lega dan tenang.

IKLAN

Selepas menangis,

Kesedihan dan kedukaan yang di alami dapat diredakan. Tangisan akan merangsang daya “parasympathetic” yang membantu seseorang individu untuk bertenang.

Selepas menangis,

Anda akan berasa mudah tidur. Ada yang terlena dengan air mata yang masih bergenang. Jika anda perhatikan, selepas menangis, bayi biasanya akan tertidur.

IKLAN

Selepas menangis,

Hormon oxytocin dan endorphins akan di rembeskan. Hormon ini membantu untuk melegakan kesakitan fizikal dan emosi. Hormon ini juga berfungsi untuk mewujudkan kegembiraan dan keseronokan.

Selepas menangis,

Toksin dan bahan kimia yang menyebabkan stress akan di keluarkan menerusi air mata. Pengkaji percaya, menangis dapat mengurangkan toksin di dalam tubuh.

Walaubagaimanapun,

IKLAN

Menangis merupakan antara tanda tanda kemurungan. Dapatkan rawatan sekiranya anda;

💧Menangis tanpa sebab yang jelas
💧Menangis terlalu kerap
💧Menangis mengakibatkan kehidupan harian anda terjejas
💧Menangis yang tidak terkawal

Menangis adalah tindakbalas normal manusia apabila berhadapan dengan situasi yang beremosi. Apabila anda berada dalam keadaan sedih, sakit dan marah.. menangis boleh memberi sedikit kelegaan.

Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap, air mata tidak lagi dapat membantu anda. Dapatkan rujukan doktor untuk rawatan lanjut.

Jadi jangan pernah takut atau rasa malu ingin menangis kerana ia mempunyai seribu satu kebaikan. Jangan disimpan atau ditahan menangis, maka menangislah anda.

Sumber: Public Health Malaysia