Ads

Auto Bavaria Perkenal MINI Countryman Edisi Terhad, Gabungan Gaya Eksklusif & Personaliti Berbeza

Dalam dunia automotif premium, eksklusiviti bukan sekadar tentang harga atau jenama, tetapi bagaimana sesebuah model mampu mencerminkan personaliti pemiliknya. Bersempena musim perayaan, Auto Bavaria tampil dengan sesuatu yang cukup menarik, pelancaran dua model MINI Countryman Edisi Terhad yang direka khas untuk mereka yang menghargai gaya unik dan berbeza.

Dikenali sebagai MINI Countryman Shadowline dan MINI Countryman Stealth Edisi Terhad, kedua dua model ini ditawarkan secara eksklusif dalam jumlah terhad, menjadikannya antara pilihan paling ‘rare’ dalam pasaran tempatan ketika ini.

Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan varian baharu, tetapi mencerminkan pendekatan Auto Bavaria dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih personal dan premium kepada pelanggan.

Komitmen Auto Bavaria Dalam Model Eksklusif

Menurut Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan mereka dalam memperkukuh penawaran model eksklusif di Malaysia.

“Kami sangat berbesar hati untuk memperkenalkan dua edisi terhad MINI Countryman eksklusif ini di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang kami dengan MINI.

“Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menawarkan model yang unik dan premium kepada pelanggan.

“Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja mempertingkatkan pengalaman pemilikan, malah memperkukuh lagi reputasi Auto Bavaria sebagai jenama automotif premium yang dipercayai di Malaysia,” tambahnya lagi.

Rekaan MINI Countryman Shadowline Yang Elegan

MINI Countryman Shadowline tampil dengan karakter yang lebih elegan dan refined. Kemasan luaran hitam berkilat digandingkan dengan jalur bonet yang menyerlah, memberikan aura klasik tetapi masih mengekalkan sentuhan moden dan dinamik.

Auto Bavaria Perkenal MINI Countryman Edisi Terhad, Gabungan Gaya Eksklusif & Personaliti Berbeza

Ads

Auto Bavaria Perkenal MINI Countryman Edisi Terhad, Gabungan Gaya Eksklusif & Personaliti Berbeza

Menariknya, pemilik model ini turut menerima hadiah eksklusif berupa kamera Leica edisi terhad, satu elemen tambahan yang menjadikan pengalaman pemilikan lebih istimewa, terutama bagi mereka yang menghargai seni visual dan reka bentuk.

Penawaran seperti ini menjadikan MINI Countryman Edisi Terhad bukan sekadar kenderaan, tetapi satu simbol gaya hidup yang premium dan beridentiti tinggi.

MINI Countryman Stealth Lebih Bold & Agresif

Sebaliknya, MINI Countryman Stealth pula membawa pendekatan yang lebih bold dan agresif.

Dengan kemasan hitam kusam atau matte black, model ini jelas ditujukan kepada mereka yang ingin tampil lebih berani dan berkarakter di atas jalan raya.

Auto Bavaria Perkenal MINI Countryman Edisi Terhad, Gabungan Gaya Eksklusif & Personaliti Berbeza Auto Bavaria Perkenal MINI Countryman Edisi Terhad, Gabungan Gaya Eksklusif & Personaliti Berbeza

Ads

Sebagai pelengkap, pembeli edisi Stealth akan menerima set hadiah eksklusif yang merangkumi beg kembara MINI, pakaian premium MINI John Cooper Works serta tinta solar premium, satu pakej yang menggabungkan gaya hidup dan identiti jenama dalam satu pakej lengkap.

Melalui pendekatan ini, MINI Countryman Edisi Terhad dilihat sebagai lebih daripada sekadar kenderaan, tetapi satu pakej gaya hidup yang menyeluruh.

Lebih Daripada Sekadar Kenderaan

Kedua dua edisi ini bukan sekadar kenderaan, tetapi representasi gaya hidup yang menekankan ekspresi diri, sesuatu yang semakin menjadi keutamaan dalam kalangan pemilik kenderaan premium hari ini.

Lebih menarik, pelancaran ini turut disertai dengan tawaran istimewa sempena musim Raya, termasuk peluang untuk menyertai Sime Motors Raya Gold Rush, yang menambah lagi nilai kepada pembelian model ini.

Auto Bavaria Perkenal MINI Countryman Edisi Terhad, Gabungan Gaya Eksklusif & Personaliti Berbeza

Dengan status sebagai pengedar sah BMW terbesar di Malaysia, Auto Bavaria terus mengukuhkan reputasinya dalam menawarkan pengalaman pemilikan automotif premium yang konsisten dan berkualiti.

Ads

Auto Bavaria Perkenal MINI Countryman Edisi Terhad, Gabungan Gaya Eksklusif & Personaliti Berbeza

Peluang Terhad Untuk Memiliki

MINI Countryman Edisi Terhad ini boleh didapati untuk tempoh tertentu sahaja di bilik pameran Auto Bavaria MINI di seluruh negara, menjadikannya peluang yang tidak datang selalu bagi mereka yang mencari sesuatu yang berbeza.

Dalam dunia di mana ramai memilih untuk mengikut trend, model seperti ini memberi ruang untuk tampil dengan identiti sendiri.

Dan dalam kes MINI Countryman Shadowline dan Stealth, ia bukan sekadar tentang pemanduan.

BACA: Naquib Azlan Sertai Porsche Carrera Cup Asia 2026, Bakat Malaysia Bersinar Di Pentas Serantau

Ia adalah tentang gaya, karakter dan bagaimana anda mahu dikenali di atas jalan raya. Dengan keunikan yang ditawarkan, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa MINI Countryman Edisi Terhad ini merupakan antara model paling eksklusif dalam segmennya di Malaysia hari ini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
kasut larian

Beli Kasut Larian Berkualiti, Kemestian Atau Hanya Membazir?

Adakah melabur untuk membeli kasut larian berkualiti satu pembaziran atau pelaburan pintar jangka masa panjang untuk anda?