
Pernah tak rasa, bila azan Maghrib berkumandang, perkara pertama yang kita cari bukan kurma, tapi gelas? Hakikatnya, dahaga itu jauh lebih mencabar daripada rasa lapar. Tekak yang kering seharian memang boleh buat kita rasa nak ‘borong’ semua minuman berwarna-warni yang ada di bazar.
Tapi tunggu dulu! Jangan main teguk saja. Silap pilih minuman, alamatnya malam anda habis di dalam tandas, bukannya di saf Terawih. Sakit perut dan kembung bukan sahaja merosakkan mood, malah menjejaskan ibadah malam anda.
Nak tahu apa yang terbaik untuk sistem penghadaman anda selepas 13 jam berehat? MASKULIN senaraikan 7 jenis minuman paling top dan menyihatkan untuk anda ‘pecah puasa’ dengan penuh gaya dan tenaga!
AIR PUTIH
Mudah dan ringkas. Ini kerana air putih mempunyai sifat neutral dan mampu menghidrasi tubuh seketika. Apatah lagi kalau bukan bulan puasa pun kita harus minum sebanyak 8 gelas sehari.
BACA: Resipi Buat 2 Versi Air Asam Mabeless. Cicah Dengan Ikan Atau Daging Bakar Pasti ‘Terangkat’!
AIR KELAPA

Antara munuman yang paling popular sepanjang bulan puasa. Ia kaya dengan zat elektrolit dan mapmu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat. Malah ia boleh menggantikan elektrolit badan yang hilang selepas lebih 12 ham berpuasa. Ia juga mengandungi serat, vitamin C, magnesium dan pelbagai lagi
AIR BARLI

Mengandungi kandungan probiotik dan bakteria baik bagi membantu kesihatan pencernaan anda. Ia juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan mengembalikan tenaga dengan segera.
JUS TEMBIKAI

Tembikai merupakan antara buah yang terbaik dijadikan jus untuk berbuka puasa. Secara semula jadi ia mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Lantas mampu membantu mengembalikan tahap hidrasi badan. Ia juga kaya dengan lycopene, sejenis zat yang berperanan sebagai antioksidan yang kuat.
SUSU KURMA

Jika anda teringin untuk minum susu semasa berbuka puasa, apa kata campurkan dengan kurma untuk hasil yang lebih menakjubkan. Caranya dengan merebus susu bersama buah kurma. Atau anda boleh blend buah kurma dan campurkan dengan susu. Ia boleh mengembalikan tenaga serfta kadar gula dalam badan dengan baik selepas seharian berpuasa.
TEH

Untuk dapatkan kesan yang baik cuba minum teh tanpa gula atau dengan hanya sedikit sahaja gula. Sebahagian orang tak mendapatkan hasil maksima kerana meminum teh dengan cara yang salah.
BACA: 10 Kasut Larian ‘Daily Running’ Terbaik 2025 Pilihan MASKULIN
MINUMAN DETOKS

Bagi anda yang benar-benar ingin buang toksin dalam badan mungkin boleh minum infused water. Dengan potongan buah dan sayuran, air putih akan lebih bernutrisi. Ia juga membantu badan mengembalikan kadar hidrasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

