Ramai yang takut makan nasi kononnya nasi boleh menyebabkan anda gemuk. Sebenarnya pengambilan nasi tidak salah asalkan anda bijak memilih makanan yang sihat dan seimbang.
Tidak dinafikan jika anda makan nasi bersama lauk-pauk yang bergoreng, berminyak dan berlemak, ditambah pula dengan minuman yang tinggi gula, tak mustahil berat badan anda akan meningkat.
Jadi keputusan anda untuk mengelak makan nasi adalah merugikan kerana nasi mengandungi banyak khasiat jika anda mengambilnya dengan cara yang betul, sihat dan seimbang.
Coach Tengku Asmadi berkongsi fakta penting yang seharusnya anda tahu tentang nasi, sumber karbo yang membantu memberikan anda tenaga.
Tahukah Anda Nasi Tidak Berdosa Sebabkan Anda Gemuk
“Sebab nasi la ni aku gemuk”, hallo ini abam nak kasi citer jangan nak salahkan nasi sebab adik akak gemuk tau. Tahukah anda, nasi tidak berdosa sebabkan anda gemuk. Meh betulkan kembali pemikiran dan tanggapan anda pasal nasi ni.
Siapa rakyat Malaysia yang tak pernah tidak makan nasi? Ada juga yang mengatakan mitos tentang nasi walaupun seorang dalam 100 orang masyarakat kita yang beri jawapan ya, mereka makan nasi.
Tapi ramai yang salahkan nasi bila mereka gemuk tetapi kena ingat ya nasi tidak berdosa sebabkan anda gemuk. Rata-rata masyarakat kita mengambil nasi sebagai makanan harian semenjak kecil, tapi mungkin bila sudah dewasa telah meninggalkan makanan ini kerana percaya dengan diet tanpa nasi!
Kepelbagaian menu yang lain yang dihidangkan dengan nasi menjadikan makan nasi lebih menyelerakan. Namun di zaman moden ini, ada yang beranggapan nasi merupakan satu makanan yang mengganggu proses diet, malah perlu ditinggalkan.
Nasi Tidak Berdosa, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu
Ads
1. Nasi mengandungi gluten
Bagi penghidap penyakit coeliac disease dan mereka yang alahan pada makanan yang mengandungi gluten biasanya akan meninggalkan makan nasi kerana menyangka ia mengandungi gluten yang tinggi. Walhal, nasi adalah makanan yang bebas gluten, dibandingkan dengan roti, mee, oat dan makanan gandum yang lebih tinggi kandunganglutennya.
2. Nasi tidak mengandungi protien
Selain karbohidrat, sebenarnya nasi juga mengandungi protien yang tinggi berbanding makanan bijirin yang lain. Nasi juga merupakan jenis makanan dengan indeks glesemia yang tinggi, yang mampu meningkatkan tryptophan, iaitu protien dalam tubuh.
3. Nasi mengandungi garam yang tinggi
Nasi adalah makanan yang diciptakan tanpa garam di dalamnya, melainkan orang yang mencampurkannya dengan garam. Jadi, pesakit darah tinggi tidak perlu takut dengan nasi.
4. Nasi menggemukkan
Makanan apa pun jika diambil secara berlebihan, pasti akan menggemukkan. Cerita mengenai nasi menggemukkan adalah tidak betul kerana ia bebas lemak dan kolestrol, malahan mengandungi karbohidrat yang menjadi sumber tenaga untuk badan. Asalkan, makan dengan kuantiti yang betul.
Sekarang, mari kita lihat pula kebaikan di sebalik makanan yang diceritakan boleh menggemukkan manusia ini:
Ads
1. Sumber tenaga
Umum mengetahui nasi mengandungi karbohidrat yang tinggi. Kebaikan karbohidrat ialah sebagai sumber tenaga untuk badan. Jadi nasi bukan melemaukan badan anda, tapi menjadikan anda lebih bertenaga, asalkan makan jangan lebih-lebih!
2. Diet tanpa lemak dan kolesterol
Biasanya orang yang dalam mood cuba sedaya mungkin untuk elakkan makanan berlemak dan berkolestrol. Nasi adalah pilihan terbaik kerana langsung tidak ada lemak dan kolestrol, malah bagi tenaga kepada anda.
3. Makanan untuk darah tinggi
Bagi pesakit darah tinggi, nasi adalah pilihan terbaik untuk mengenyangkan perut tanpa perlu takut-takut dan boleh diamalkan selalu kerana ia tidak mengandungi garam yang tinggi. Tapi jangan salahkan nasi kalau kadar darah anda naik jika makanan yang dihidangkan dengan nasi tinggi kadar garamnya!
4. Baik untuk jantung
Dengan meningkatkan pengambilan makanan serat mudah larut seperti beras merah sebanyak 5-10 gram sehari, anda akan dapat menurunkan kadar kolestrol hingga 5%. Ini sangat baik untuk mengelakkan kolestrol berlebihan dalam jantung hingga menyebabkan sakit jantung.
5. Cegah kanser
Nasi cegah kanser? Tipu la! Ya betul. Beras gandum seperti beras perang nutrisinya sangat kaya dengan serat mudah larut. Ramai penyelidik makanan percaya bahawa serat mudah larut ini sangat penting untuk melindungi badan daripada pembiakan sel kanser.
Ads
6. Baik untuk perut
Selain mengenyangkan, nasi juga baik untuk perut dan untuk merawat cirit birit. Sekam padi yang berusia tiga bulan mempunyai diuretic properties. Sebab itu antara kepercayaan masyarakat cina ialah nasi mampu meningkatkan selera makan dan baik untuk sistem pencernaan.
7. Baik untuk tulang dan gigi
Nasi merupakan vitamin untuk tulang dan menjadikan pertumbuhan tulang sempurna. Kandungan kalsiumnya yang tinggi adalah sangat baik untuk mencegahasteoporosis dan menguatkan gigi.
8. Mendatangkan “mood” baik
Tahukah anda, karbohidrat yang terdapat dalam nasi merancakkan pengeluaranserotonin, iaitu percantuman kimia dalam otak yang membuatkan jiwa kita riang. Kajian menunjukkan orang yang mengamalkan diet selama setahun dengan mengambil 1/2 nasi atau roti sahaja cenderung kepada masalah dipresi dan cepat marah.
Bak kata pepatah, “senang perut, suka hati”!
9. Kaya dengan vitamin
Nasi itu banyak mengandung vitamin dan mineral misalnya niacin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, thiamine, dan riboflavin.
Jangan salahkan nasi kalau anda gemuk, tapi salahkan diri yang ceduk nasi menggunung.
1. Satu genggam nasi.
2. Lauk ikan atau ayam bakar atau juga yang sup, kukus dan panggang.
3. Elakkan lauk yang berminyak seperti digoreng dan santan.
4. Lebihkan sayur hijau dan ulam-ulaman.
See, boleh kan makan nasi. Jadi lepas ini jangan nak tuduh nasi lagi bila anda gemuk ya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktiviti berlari memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh badan, termasuk kesihatan fizikal dan mental. Malah, aktiviti berlari atas treadmill turut menjadi pilihan kerana boleh dilakukan di dalam rumah atau gym.
Meskipun konsepnya tampak ringkas, anda mungkin secara tidak sedar telah melakukan kesalahan kecil yang boleh merencatkan prestasi larian dan mengganggu kualiti larian ketika menggunakan treadmill. Malah, boleh mendatangkan kecederaan juga.
Berikut 5 kesalahan yang perlu anda elak!
1. Memulakan larian dengan kadar kelajuan tinggi
Jangan dera diri sendiri! Relaks dan berlarilah dengan lebih perlahan pada peringkat permulaan. Build up your speed perlahan-lahan agar badan anda mula berasa selesa. Jika terus dengan menggunakan kelajuan treadmill yang tinggi silap haribulan boleh muntah.
2. Tidak panaskan badan sebelum mula
Mungkin anda bertanya, “berlari indoor menggunakan treadmill pun kena warmingup dulu ke”. Ya, memang kamu perlu panaskan badan terlebih dahulu. Sudah banyak kes melibatkan orang yang berlari menggunakan mesin treadmill mengalami kejang otot terutamanya di bahagian betis dan kaki akibat tidak memanaskan badan terlebih dahulu.
3. Rasa tercabar dan bersaing dengan orang sebelah
Menggunakan mesin treadmill di gimnasium merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan yang bukan eksklusif untuk kita sahaja. Jadi besar kemungkinan anda akan sentiasa duduk bersebelah dengan individu tidak dikenali. Treadmill bukan balapan ya. Jangan berasa tercabar dengan orang sebelah dengan pace dia yang laju. Tak guna nak tunjuk hero di tempat yang salah. Hanya buat sakit badan sahaja.
4. Badan terlalu condong ke depan
Antara tip terbaik menggunakan mesin treadmill terutama buat beginner ialah menjaga posisi bahu agar ia selari dengan kaki. Jangan condongkan badan terlalu ke depan kerana ia boleh meningkatkan risiko cedera. Dan sila janga langkah agar kaki tidak terlalu rapat dengan bahagian depan treadmill. Silap langkah kamu boleh memijak bahagian hadapan yang di luar mesin treadmill.
5. Tangan sentiasa di pemegang treadmill
Petanda seseorang itu kepenatan bila menggunakan mesin treadmill ialah tangannya sentiasa di bahagian pemegang. Dan satu lagi kerana menggunakan kadar kelajuan yang tidak sesuai dengan diri lalu untuk elakkan diri daripada terjatuh, tangan secara otomatik akan berada di pemegang. Jika dibiarkan lama otot tangan akan berasa lenguh dan lama-kelamaan boleh kejang!
Teruskan melakukan aktiviti larian tidak kiralah di luar ataupun di treadmill. Sama-sama kita jayakan gaya hidup yang lebih sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dinafikan sekarang memang terdapat cukup banyak jenis senaman terutamanya untuk golongan lelaki. Sama ada senaman itu melibatkan pergerakan otot badan sepenuhnya atau fokus kepada sesetengah bahagian ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
Kesemua bentuk senaman yang ditawarkan itu bagaimanapun haruslah sesuai dengan stamina, fizikal dan tahap kecergasan anda agar ia tidak mendatangkan keburukan.
Ramai yang melakukan senaman kerana ingin meningkatkan kekuatan bada, menurunkan berat, daya fleksibiliti, stamina dan juga membina otot. Antara jenis senaman atau senaman yang anda boleh lakukan ialah Tabata Training.
Latihan fizikal ini diperkenalkan dan ditemui oleh oleh seorang saintis Jepun bernama Dr. Izumi Tabata dan pasukan penyelidik dari National Institute of Fitness and Sports di Tokyo, Jepun.
Tabata dan pasukannnya menjalankan penyelidikan ke atas dua kumpulan atlet. Jenis latihan yang diberikan untuk kumpulan pertama ialah padatahap intensiti sederhana manakala kumpulan kedua pula pada tahap lebih tinggi.
Kumpulan pertama adalah grup yang bekerja lima hari seminggu dengan melakukan senaman selama 1 jam. Manakala kumpulan kedua pula bekerja selama emat hari dalam seminggu dan melakukan latihan 4 minit 20 saat dengan 10 saat rehat setiap set.
Selepas itu beliau mendapat keputusan dan mendapati kumpulan pertama meningkatkan sistem aerobik mereka (kardiovaskular), tetapi menunjukkan sedikit atau tiada keputusan untuk sistem anaerobik (otot) mereka. Kumpulan kedua pula ada peningkatan dalam sistem aerobik berbanding lumpulan pertama dan sistem anaerobik mereka pula meningkat sebanyak 28 peratus.
Kesimpulannya, latihan jarak intensiti tinggi mempunyai lebih banyak kesan pada sistem aerobik dan anaerobik.
JOM CUBA TABATA TRAINING
Anda pernah cuba Tabata Training? Mungkin sekarang adalah masanya! Setiap senaman latihan Tabata adalah selama empat minit, tetapi ia mungkin menjadi salah satu daripada empat minit paling lama yang pernah anda alami. Struktur program adalah seperti berikut:
Senaman intensiti tinggi 20 saat
Rehat 10 saat
Lengkap 8 pusingan
Anda boleh melakukan banyak latihan yang anda mahukan. Anda boleh melakukan squats, push-ups, burpees atau apa-apa latihan lain yang sesuai untuk aktifkan otot besar.
SENAMAN TABATA TRAINING UNTUK ANDA
Push-ups
Bodyweight Squats
Burpees
Mountain Climbers
Setiap satu di atas dilakukan selama 4 minit.
1
Mulakan dengan push-up. Melakukannya selama 20 saat pada intensiti tinggi. Rehat selama 10 saat, dan kemudian kembali melakukan push-up selama 20 saat. Sebaik sahaja anda melengkapkan lapan set push-up, berehat selama satu minit.
2
Seterusnya, bergerak ke squats dan ulangi urutan 20 saat pada, 10 saat. Sebaik sahaja anda selesai lapan set squats, berehat selama satu minit, dan kemudian melakukan burpees. Selepas burpees, selesaikan latihan dengan mendaki gunung.
Tabata bagus untuk mendapatkan senaman yang cepat jika anda mempunyai masa yang singkat, anda ingin menukar rutin anda, atau anda mahu meningkatkan ketahanan dan kelajuan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sedar atau tidak? Kebanyakan orang yang sedang stress secara tidak sengaja akan makan banyak-banyak sehingga perut pun boleh jadi buncit.
Bagi mereka, makan banyak-banyak itu adalah satu terapi untuk redakan kekusutan pada otak tetapi pemahaman itu sebenarnya silap.
Suasana kerja punca stress?
Kadang terhimpit dengan soal kerja yang mempunyai deadline pasti memberi anda dilema untuk menyiapkannya.
Mungkin juga bermasalah dengan pasangan juga mendorong anda untuk makan, makan, dan terus makan apa pun yang ada di depan mata.
Kecenderungan nafsu makan berlebihan yang didorong oleh stres dan emosi negatif disebut dengan emotional eating.
Apa itu emotional eating?
Makan berlebihan di bawah pengaruh stres merupakan salah satu gejala dari apa yang disebut dengan depresi oleh profesional kesihatan mental.
Namun, ramai orang yang tidak memiliki diagnosis depresi atau isu kesihatan mental ketika menghadapi stres.
Emotional eating ialah kecenderungan yang dirasakan seseorang untuk merespon stres dengan makan bahkan ketika tidak lapar.
Aktiviti makan lebih dianggap sebagai pelarian pada ketenangan, cara penghilang stres atau sebagai ‘hadiah’ untuk diri sendiri dan bukan untuk memuaskan rasa lapar. Makan berlebihan ketika sedang emosi juga berfungsi sebagai pengalih perhatian.
Jika anda dalam keadaan susah hati tentang sesuatu atau konflik, anda cenderung akan memusatkan perhatian hanya mengunyah makanan kesukaan anda sebagai cara memenangkan mood daripada harus berurusan dengan situasi menyesakkan itu.
Sama keadaan di mana anda sedang bosan dan akhirnya memilih untuk memilih rangkaian televisyen hingga cerita kesukaan anda ke udara kembali.
Kendalikan emotional eating
Segera alihkan perhatian daripada makanan pada hal-hal lain yang dapat anda lakukan hingga dorongan makan berlebihan berlalu.
Misalnya,berbual dengan teman, membaca buku atau majalah, mendengarkan muzik, joging, meditasi atau latih pernafasan, bersenam atau menulis jurnal.
Memiliki jurnal makanan membantu anda untuk merancang pemakanan serta pemikiran atau emosi apa yang anda rasakan setiap kali makan.
Cuba lakukan beberapa tip berikut:
1. Makan jeruk
Jika anda mengidam gula, cuba makan jeruk mandarin. Jeruk mandarin hanya memiliki 50 kcal. Mengupas dan mencium bau jeruk menciptakan sebuah momen meditasi untuk membantu menenangkan anda. Buah ini juga kaya vitamin C. Anda perlu vitamin C untuk menguatkan kekebalan tubuh terutama ketika berhadapan dengan stres.
2. Kacang
Kacang pistachio sebagai alternatif makanan sihat daripada sebungkus kerepek kentang. Pistachio ialah salah satu jenis kacang yang rendah kalori, namun diperkaya dengan lemak baik dan serat, serta membantu mengatur gula darah. Dengan cara ini, anda tidak akan mengalami lonjakan gula yang membuat anda semakin hiperaktif dan gelisah.
3. Pandang rona merah
Warna merah membawa maksud “berhenti” atau larangan, memandang sesuatu yang berwarna merah menyala akan mengirimkan isyarat yang kuat ke otak kita, iaitu berhenti.
Cuba sajikan makanan di atas piring berwarna merah atau pasang saja papan peringatan berwarna merah.
Bahkan jika tip ini tidak mampu untuk menghentikan anda, hal ini akan membuat anda lebih menyedari kebiasaan buruk anda.
4. Senaman
Satu langkah penting dalam mengelola stres ialah dengan senaman kerana aktiviti fizikal secara teratur cenderung mengurangi pengeluaran hormon, bahkan membantu menurunkan risiko depresi, kecemasan dan insomnia di samping mengurangkan kecenderungan untuk terlibat dalam emotional eating.
5. Cari bantuan
Bagi mereka yang mungkin memerlukan bantuan mengatasi stres, kaunseling pengurusan stres dalam bentuk terapi individu atau kelompok sangat berguna.
Kaunseling stres dan terapi kelompok telah terbukti mengurangkan gejala stres dan meningkatkan kesihatan diri secara keseluruhan.
Pendekatan ini membantu untuk meringankan stres dengan membantu rekonstruksi ulang cara pandang atau berfikir seseorang terhadap isu-isu tertentu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.