Mungkin ramai yang tidak suka dengan kewujudan ‘dagu berlapis’ kerana ia membawa maksud seseorang itu gemuk atau berat badan meningkat. Bagi lelaki, kadang-kala ia juga boleh mengganggu penampilan anda.

Setuju? Contoh terbaik adalah wajah idaman persis artis lelaki korea yang muka tirus, ‘jawline’ tinggi dan dagu runcing persis hero Korea  Lee Min Ho..

‘Nightmare’ Bila Dagu Berlapis? Nah 7 Petua Mudah Paling Berkesan!

Jadi, bila muka bulat dan naik dagu berlapis, itu merupakan nightmare setiap lelaki mahupun wanita yang ingin dielakkan. Dagu berlapis bukan terjadi hanya disebabkan makan berlebihan tetapi beberapa faktor lain seperti :

Lemak di bahagian pipi
Otot yang kendur
Tekanan
Kurang rehat
Genetik

‘Nightmare’ Bila Dagu Berlapis? Nah 7 Petua Mudah Paling Berkesan!

Jadi, bagaimana nak atasi dagu berlapis? Cuba cara ini…

IKLAN

1. Teh Hijau

Faedah kesihatan teh hijau adalah sangat luar biasa dan salah satunya baik untuk keanjalan kulit. Jika anda mengamalkan teh hijau, jangan lupa gunakan tea bag untuk mengurut kulit. Ia membantu menghilangkan lemak berlebihan di bawah dagu di samping menghalang kulit daripada penuaan.

2. Gula Getah

Rasanya semua tahu petua ini. Mengunyah gula getah akan mengaktifkan otot muka. Wanista cadangkan gula getah bebas gula yang akan menjaga gusi dan gigi anda dengan sihat.

3. Minyak Zaitun

Hanya urut minyak zaitun yang hangat di bawah dagu. Antioksidan dalam minyak bekerja melindungi radikal bebas dan membuatkan kulit lebih glowing.

IKLAN

4. Putih Telur

Putih telur digunakan sebagai topeng muka untuk menegangkan kulit. Caranya putih telur, susu, madu dan jus lemon kemudian sapukan pada wajah, leher dan dagu. Bilaskan selepas 30 minit dan ulang langkah-langkah ini setiap hari.

5. Tanah Liat

Pakai topeng tanah liat dua kali seminggu akan membantu mengelakkan kulit kendur dan mengetatkan kulit.

6. Madu & Lemon

Dalam segelas air suam, tambah 1 sudu madu dan sedikit titis jus lemon. Sediakan minuman ini setiap pagi untuk membakar lemak muka dan menghilangkan dagu berlapis.

IKLAN

7. Minyak Badam

Memandangkan badam mengandungi asid lemak omega-3, vitamin E dan vitamin B6, ia membantu mengetatkan kulit, mengekalkan keanjalan dan kelembapan. Cara aplikasi sama seperti minyak zaitun.

Kalau tak jalan, cuba senaman dagu pula.

Baca Juga : Lakukan 8 Senaman ini, Confirm Hilangkan Double Chin Di Wajah

Selamat Mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI