Penggunaan tembakau merupakan isu kesihatan awam global yang signifikan dan terdapat lebih kurang 1 bilion perokok di seluruh dunia.

Selain itu, terdapat bukti yang semakin meningkat menunjukkan bahawa peningkatan jumlah perokok ini adalah disebabkan tekanan dan apabila kita bercerita mengenai tabiat merokok, kita tidak boleh lari dari kesan yang diberikan akibat penggunaan nikotin yang merupakan salah satu bahan dalam rokok itu sendiri.

Mengapa Tabiat Ini Dikaitkan Dengan Tekanan?

Menurut healthline, ramai perokok akan mula merokok sekiranya mereka berada dalam keadaan tertekan seperti pertukaran kerja, transisi kehidupan dan perkara ini juga akan membuatkan mereka mempunyai tabiat baru, termasuklah merokok.

Menyedut nikotin yang ada dalam produk berasaskan tembakau merangsang pengeluaran bahan kimia “rasa baik” dalam otak yang dipanggil dopamin yang boleh mewujudkan perasaan keseronokan dan ketenangan.

Selain itu, tabiat ini membolehkan seseorang bersosial dan berasa akrab dengan rakan yang merokok selain ia juga boleh mengalihkan perhatian seseorang daripada situasi yang memberikan tekanan.

Nikotin vs Stres: Panduan untuk Hidup Bebas Asap

Pun begitu, disebabkan cara nikotin bertindakbalas dengan tubuh, perasaan ‘tenang’ yang diperolehi daripada dopamin ini tidak akan bertahan lama dan dalam tempoh beberapa jam, kesan daripadanya akan mulai berkurangan. Secara tidak langsung, ia membuatkan anda ingin merokok lagi.

Hakikatnya, tabiat merokok ini juga akan meningkatkan tahap tekanan dan menyebabkan pelbagai reaksi negatif seperti peningkatan tekanan darah, ketegangan otot, saluran darah mengecil dan juga pengurangan kadar oksigen yang dibekalkan pada otak.

Ramai perokok diluar sana ada keinginan untuk berhenti kerana mengetahui kesan-kesan buruk akibat merokok, namun ianya sesuatu yang agak mencabar sekiranya anda merupakan seorang perokok tegar.

IKLAN

Tabiat merokok boleh dikelaskan sebagai ketagihan fizikal dan juga kelakuan psikologikal. Seperti yang dijelaskan pada awal tadi, kesan ‘ketenangan’ yang dikeluarkan oleh nikotin menyebabkan ramai mula merokok.

Pun begitu, ada banyak kisah dan cara yang digunakan oleh mereka yang berjaya berhenti merokok.

Hidup Bebas Tanpa Asap Rokok

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk meneruskan kehidupan tanpa rokok. Ada sesetengah yang nekad dan terus berhenti, ada pula yang memerlukan masa dan perancangan yang bersesuaian dengan matlamat mereka.

Perancangan yang bagus harus mempunyai cara untuk mengatasi cabaran jangka pendek disebabkan berhenti merokok serta turut mempunyai cara untuk mengatasi cabaran mendatang untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan tabiat lama berulang.

  1. Latihan Penafasan dan Meditasi

Nikotin vs Stres: Panduan untuk Hidup Bebas Asap

IKLAN

Salah satu cara yang dicadangkan adalah dengan melakukan latihan penafasan dan bermeditasi. Anda perlu mencari tempat yang sunyi, menutup mata dan kawal pernafasan.

Kemudian, letakkan tangan di bahagian perut dan tarik nafas perlahan-lahan dan rasa kenaikan perut menggunakan tangan.

  1. Gunakan teknik START.

S – Tetapkan tarikh berhenti

T – Beritahu ahli keluarga, kenalan dan mereka yang dekat dengan anda.

A – Antisipasi dan rancang untuk atasi cabaran yang bakal dihadapi sekiranya anda berhenti merokok

R – Buang kesemua produk tembakau dari rumah, kereta dan tempat kerja.

IKLAN

T – Bercakap dengan doktor bagi dapatkan bantuan untuk berhenti.

  1. Kenalpasti rangsangan merokok

Salah satu cara untuk membantu diri anda atasi cabaran yang dihadapi adalah dengan mencari ‘punca’ atau ransangan yang membuatkan anda ingin merokok, termasuklah situasi spesifik, aktiviti, perasaan mahu pun individu tertentu.

  1. Berjalan kaki

Nikotin vs Stres: Panduan untuk Hidup Bebas Asap

Aktiviti berjalan kaki mampu memberikan anda kesan menenangkan dan kadangkala ia juga boleh membantu menyusun semula idea-idea serta pemikiran anda.

Ada kalanya, anda perlu lupakan masalah yang sedang dihadapi sementara waktu dan fokus kepada apa yang ada di sekeliling anda.

  1. Bersenam dengan kerap

Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan untuk lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari seminggu. Anda boleh lakukan sesuatu yang ringkas seperti berjalan, berbasikal ataupun berenang.

Aktiviti fizikal ini akan meningkatkan endorfin iaitu neurotransmiter yang membuatkan anda berasa sihat dan cergas. Dalam masa yang sama, ia juga boleh meningkatkan semangat serta memudahkan anda mengurangkan tekanan yang sedang dialami.

Sebagai kesimpulan, tekanan merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian dari kehidupan. Namun, andalah penentu bagaimana ianya boleh diatas dan untuk mereka yang bergantung pada nikotin untuk mendapatkan ketenangan atau cara untuk mengurangkan tekanan pejabat dan sebagainya, mungkin anda boleh gunakan produk alternatif yang boleh mengurangkan 95% bahaya disebabkan rokok.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI