Salah satu faktor yang cukup penting bagi pengguna dan peminat telefon pintar masa kini ialah rekaan yang moden, sleek dan cantik. Dengan lambakan telefon pintar di pasaran sekarang tidak dinafikan kadangkala memang agak buntu untuk memilih peranti terbaik.
Salah satu jenama yang aktif dan giat mengetengahkan pembaharuan dalam pelbagai aspek telefon pintar ialah Oppo. Terbaru jenama yang kini cukup mendapat tempat di hati pengguna di seluruh dunia ini memperkenalkan Oppo A95.
Ia merupakan model kesinambungan daripada Oppo A94 yang diperkenalkan pada tahun lalu dan seperti model terdahulu tersebut, Oppo A95 hadir dengan pelbagai penambah baikan spesifikasi luaran dan dalaman.
REKAAN DAN PAPARAN
Tawaran warna yang diperkenalkan untuk Oppo A95 hadir dengan tiga variasi pilihan iaitu Fluid Black, Cosmo dan Silver. Ketiga-tiga warna yang cukup menyerlah sesuai dengan trend terkini yang lebih vibrant dan moden. Pada bahagian belakangnya pula terpapar tiga lenda kamera yang cukup mengujakan dengan saiz setiap satunya sedikit berbeza.
Ads
Rekaan pada bahagian sisinya hadir dengan gaya curved edge memberikan keselesaan maksima ketika memegangnya. Hadir denganberat hanya 173 gram, Oppo A95 tampil dengan ketebalan 7.8mm dan ratio 20:9 menjadikannya di antara telefon pintar paling selesa untuk dipegang.
Sensor cap jari pula diletakkan di lokasi startegik iaitu di bawah paparan skrin. Skrinnya hadir dengan display AMOLED dengan saiz 6.43 inci kemampuan render 80 nits dalam kondisi normal dan mampu meningkat hingga 800 nits. Secara tidak langsung pengguna tidak akan berdepan sebarang masalah paparan untuk digunakan daam apa jua kondisi pencahayaan.
MEMORI DAN SPESIFIKASI DALAMAN
Oppo menepati ramalan pelbagai pihak apabila berjaya menyediakan ciri-ciri dalaman yang cukup baik menerusi model Oppo A95. Tidak hairanlah mengapa ramai mula beralih kepada jenama mereka dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Ads
Beroperasi dengan menggunanan operasi sistem Android 11 OS ia menawarkan perlindungan sekuriti yang cukup baik untuk pengguna. Salah satu ciri yang kini cukup signifikan dalam pekembangan teknologi maklumat. Kadar responsif penggunaannya yang lancar pula banyak bergantung kepada antara muka boleh ubah menggunakan ColorOS 11.1.
Ia diperkasakan dengan chipset MediaTek Dimensity 800U 5G memberikan kepantasan cukup mengagumkan untuk sambungan Internet dan pelbagai rangkaian. Pemprosesnya pula mampu beroperasi sehingga 2.4 GHz dan turut disokong oleh unit grafik dari Mali-G57 MC3.
Oppo A95 hadir dengan dua varian berbeza ialah 8 GB RAM dan 128 GB sotran dalaman dan juga 8 GB RAM dengan 256 GB storan dalaman. Slot MicroSD pula membenarkan pengguna untuk mempunyai ruang simpanan data yang lebih besar.
Ads
KEHEBATAN KAMERA & BATERI
Kamera utama di bahagian belakang Oppo A95 menyaksikan lensa sokongan 48 MP yang mampu memberikan kepuasan fotografi dan videografi terbaik. Bukan itu sahaja, kamera 8 MP ultrawide juga memberikan sensasi sinematik yang unik kepada pengguna. Manakala kamera makro 2 MP pula memberikan dinamika fotografi lebih bersifat intimate.
Untuk rakaman video pula ia menyokong formati terbaik sehingga 4K dengan ciri penstabilan imej terbaik. Kamera pada bahagian hadapan pula dilengkapi lensa 16 MP.
Bagi saiz bateri pula, Oppo A95 bolehlah dikataan menawarkan tahap memuaskan. Dilengkapi dengan bateri Li-Po 4310 mAh ia mampu memberikan tempoh masa penggunaan yang agak baik. Walaupun bukan terbaik di pasaran dalam kategori bateri namun ia tidaklah kurang hebatnya.
Li-Po 4310 mAh juga hadir dengan kemampuan 30 W fast charger yang memberikan jumlah cas penuh dalam temoh 48 minit sahaja.
RATING MASKULIN: 3.5/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai sebenarnya lelaki di luar sana yang menghidap masalah perut buncit. Anda mungkin sudah kawal cara pemakanan anda, tapi berat badan anda masih turun naik. Sebenarnya, anda sedang menghadapi krisis gemuk air. Disini kami tanyakan kepada Kevin Zahri bagaimana anda nak memastikan buncit yang anda hadapi ini adalah gemuk air.
Bangun tidur terus rasa gemuk?
Pernah tak anda bangun sahaja dari tidur terus rasa gemuk? Lemak perlukan masa untuk kumpul menjadi gemuk.Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Macam mana boleh dapat lemak air?
Bila anda dah start tanya pasal ni, tiba masa untuk anda fikir, apa yang anda makan dalam masa seminggu. Mungkin anda makan hidangan yang mengandungi garam tinggi? Atau anda mengikuti pelan diet rendah karbohidrat tapi tiba-tiba anda mengambil karbohidrat dengan banyuak secara ketara? Sebab-sebab inilah akan menyebabkan pengumpulan cecair lebihan dalam tisu badan, atau gemuk air. Sebab tu perut anda buncit kedepan!
Tapi saya makan secara sihat, bersenam pun hari-hari
Badan manusia ni pun perlukan rehat juga. Kalau anda seorang yang balik kerja terus ke gym hari-hari, sistem badan anda akan mogok. Ambil masa dua ke tiga hari untuk berehat. Jangan stress ye.
Memang bahagian perut je ke?
Lemak air ini biasanya akan lebih ketara pada bahagian perut. Jika hari ini perut anda kempis, tapi buncit pada keesokkan harinya, maka ia disebabka kandungan air dalam badan anda. Jika bahagian tersebut seperti lembik, ia juga adalah petanda kandungan air terdapat di bawah kulit anda, jadi tak perlu bimbang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.
2. Tak apa jika kau ajak makan kedai biasa-biasa
Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.
3. Naik kereta secondhand kau pun dia tak segan
Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.
4. Tak minta hadiah mahal
Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.
5. Nak buat kenduri kahwin biasa-biasa saja
Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.
6. Tak minta nak bercuti sana sini sebelum kahwin
Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.
7. Gaji kau sikit
Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.
Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula. Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.
Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit. Kalau kau duk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula tiada siapa yang tahu. Atau mungkin pada wajah yang menyerupai seorang putera raja?
Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Indonesia yang memiliki wajah kacak dan tampan seiras seorang putera raja yang cukup dikenali ramai.
Seorang penjual ais krim di Gunung Bromo, di wilayah Jawa Timur, telah menjadi tular di laman media sosial karena dianggap memiliki wajah yang mirip dengan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.
Memetik laporan dari portal berita Indonesia, Okezone, sebuah video telah tular menerusi platform TikTok. Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @nareswara.tpuraandtravel, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan aiskrim yang dipesan pembeli.
Lelaki tersebut yang mengenakan jaket ungu dan topi hitam itu sesekali terlihat tersenyum ke arah kamera selepas menyedari dirinya sedang dirakam.
“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.
“Sangat seiras!” kata seorang pengguna laman media sosial.
“Hey, he is the better version one,” komen lagi seorang netizen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
SUMBER: TikTok Nareswara.tpuraandtravel
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.