Peruncit pakaian global Uniqlo melancarkan koleksi Roger Federer baharu oleh JW Anderson. Koleksi yang menggabungkan gaya klasik Roger dengan penampilan moden serta berwarna-warni JW Anderson bagi pakaian sukan bakal menemui anda di pasaran Malaysia bermula 11 September 2023.

Selain baju polo dan seluar pendek menggunakan material Uniqlo Dry Ex, koleksi ini turut merangkumi pakaian tidak khusus jantina seperti seluar mudah nilon dengan piping di sisi, baju sejuk bulu kambing premium dengan warna yang berani, dan jaket fabrik bulu berzip penuh dengan poket di dada.

Pakaian Mesra Sukan & Harian, Koleksi Baharu Uniqlo Kolaborasi Legenda Tenis

Pakaian Mesra Sukan & Harian, Koleksi Baharu Uniqlo Kolaborasi Legenda Tenis

IKLAN

“Kami begitu teruja melancarkan koleksi baharu kami yang direka bersama oleh Roger Federer dan JW Anderson. Gaya baharu LifeWear dicipta dengan menggabungkan bakat unik seorang legenda tenis dan pemimpin fesyen,” kata Ketua Pemasaran Global termasuk Sukan Uniqlo, Koji Yanai.

“Ketika menghasilkan pakaian tenisnya, kami sering bertukar pendapat dengan Roger tentang bagaimana ia boleh dipakai dan dinikmati di dalam dan di luar Gelanggang. Mengambil kira perkara tersebut, kami langsung memikirkan JW Anderson kerana dia mempunyai pemahaman yang mendalam tentang sukan dan pakaian prestasi. Saya yakin semua orang akan menemui sesuatu dalam koleksi baharu yang sesuai dengan gaya harian masing-masing,” tambahnya.

IKLAN

ROGER FEDERER & JW ANDERSON TERUJA SALING BEKERJASAMA

Dalam pada itu, Roger pula berkata yang dia sentiasa menginginkan sebuah koleksi yang sesuai untuk bermain tenis namun tetap versatile untuk turut digunakan di bahagian lain dalam kehidupan sehariannya.

“Saya bernasib baik kerana Jonathan berkongsi visi ini. Bersama-sama, kami dapat mencipta koleksi yang bergaya dan selesa berasaskan gaya tenis klasik. Jonathan berbakat, kreatif dan sangat sederhana. Ia adalah satu keseronokan untuk bekerjasama dengannya dalam koleksi ini,” ulasnya lanjut..

IKLAN

Pengasas JW Anderson, Jonathan Anderoson turut berkongsikan bagaimana teruja dan gembiranya saat dia diberitahu untuk mencipta sebuah koleksi dengan legenda tenis itu.

“Itu kerana menonton Roger bermain sangat mempengaruhi saya. Berfikir banyak tentang maksud LifeWear untuk semua orang berbeza yang memandang tinggi kepada Roger, kami mereka bentuk koleksi yang boleh dipakai dalam perlawanan sebenar, untuk rupa klasik, atau boleh dipakai di sekitar bandar”.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI