Dengan beg hitam besar di tangan dan dua beg sandang di bahu, Putera Iman Shah Shahiran, 19 tahun, menuruni tangga Stesen Kereta Api Arau tepat jam 12.15 tengah hari.
Panas terik tidak sepedih hatinya yang kosong selepas kehilangan kedua ibu bapa tersayang.
Ibunya, Allahyarhamah Khatijah binti Mohd Rashid, pergi ketika beliau baru menjejak Tingkatan 1 pada tahun 2019.
Bulan lalu pula, ayah tercinta, Shahiran Pake Chi, 57, meninggal dunia secara mengejut dalam tidur, hanya beberapa minggu sebelum Putera menjejakkan kaki ke universiti.
Melihat rakan-rakan sebaya berpelukan dengan ibu bapa masing-masing, hatinya makin sayu.
Putera hanya mampu menggenggam begnya dengan niat memanggil Grab untuk ke Universiti Utara Malaysia (UUM).
Takdir Mengubah Haluan
Foto : Sinar Harian
Namun, Allah mengatur rezeki yang tidak disangka.
Atas arahan Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, kakitangan Inasis SME Bank UUM menunggu di stesen untuk menyambutnya.
Ads
Tepat jam 12.59 tengah hari, Putera dibawa masuk ke kampus Sintok saat akhir pendaftaran sekaligus menandakan bermulanya perjalanan baharu sebagai mahasiswa.
“Awalnya saya rasa hilang arah. Tetapi bila ada kakitangan UUM datang menjemput, saya rasa lega, seolah-olah ada keluarga yang menyambut saya,” katanya sambil mengesat air mata.
Kehidupan Baru di Kampus Sintok
Setibanya di Inasis SME Bank, Putera terus mendaftar dan menerima kunci bilik penginapan di Blok B.
“Walaupun panas di luar, bila masuk bilik, saya rasa lega kerana sejuk seperti berhawa dingin. Saya pilih katil di sebelah kanan, dan itu lebih daripada cukup. Saya amat bersyukur,” katanya dengan suara tersekat.
Putera kini menjadi mahasiswa Sarjana Muda Pemasaran, berbekalkan CGPA 3.71 dari Kolej Matrikulasi.
Ads
Anak tunggal yatim piatu ini memilih untuk bangkit, menjadikan pendidikan sebagai bekalan masa depan.
Putera merupakan antara 4,549 pelajar baharu yang mendaftar di UUM hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar universiti itu seramai 30,121 orang.
Ads
Pada jam 1.45 petang, beliau bersama pelajar lain bersiap untuk menyertai Minggu Suai Kenal (MSK) di Dewan Muadzam Shah.
Menyentuh soal wang belanja, Putera berkata beliau menggunakan wang hasil derma masyarakat setempat serta sedikit simpanan selepas bekerja sementara menamatkan matrikulasi.
“Perjalanan dari Arau ke Sintok hari ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi perjalanan jiwa daripada duka kepada harapan, daripada kehilangan kepada permulaan baharu,” katanya penuh tekad.
Dan di bumi Sintok inilah, sebuah kisah baru bermula, membuktikan walau hidup penuh ujian, seorang anak bangsa tetap mampu berdiri teguh mengejar ilmu.
Sumber : Facebook Universiti Utara Malaysia (Official FB)
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Baru je angkat sumpah jadi menteri terus keluar macam-macam fitnah dan fake news”. Itulah penjelasan yang dikongsi oleh Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz yang baru dilantik baru-baru ini.
Ketiadaannya ketika mesyuarat pertama kabinet kerajaan perpaduan baharu di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai spekulasi buruk. Malah ada suara-suara sumbang mengatakan beliau pergi ke Qatar untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Teka-teki tersebut akhirnya terjawab pada hari ini apabila Tengku Zafrul sendiri memuat naik beberapa foto tentang penglibatannya menghadiri majlis kerjasama perdagangan Petronas dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi semalam.
Foto: Facebook Tengku Zafrul
Jelas beliau dalam satu kenyataan, hubungan perdagangan Malaysia dan UAE akan akan menjadi lebih kukuh selepas rentetan pemeteraian kerjasama di antara Petronas dengan sebuah syarikat minyak di negara tersebut.
Beliau turut memuat naik sebuah video bagi menjelaskan perkara sebenar dengan lebih lanjut menerusi Facebook rasminya.
“Pertamanya saya ke Abu Dhabi bukannya ke Doha, Qatar. Kedua saya ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi. Tak dapat hadir ke mesyuarat kabinet bukan macam ponteng kelas. Mana-mana menteri yang nak ke luar negeri harus minta kebenaran Perdana Menteri dulu,” tambahnya lagi.
Difahamkan Tengku Zafrul tidak keseorangan di sana, sebaliknya detik bersejarah perjanjian tersebut turut disaksikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Foto: Facebook Tengku Zafrul
Turut sama menghadiri majlis tersebut ialah Presiden UAE, Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan; Menteri Industri & Teknologi Maju UAE merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC, Dr. Sultan Ahmed Al Jaber dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik.
Foto: Facebook Tengku Zafrul
Beliau berpandangan, perjanjian yang telah termeterai itu akan menunjukkan keupayaan Malaysia untuk bersaing dengan syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa.
“Pemerteraian perjanjian ini menunjukkan keupayaan bersaing syarikat-syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia juga mencerminkan hubungan rapat dua hala perdagangan Malaysia-UAE dan meningkatkan lagi silaturahim kedua-dua buah negara,” tambahnya lagi.
Semoga warganet sekalian lebih berhemah dalam melontarkan aoa-apa tuduhan. Usah terlalu cepat menyebarkan berita tidak benar atau palsu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda dah ada pilihan nak undi siapa esok? Masih belek manifesto nak tengok parti mana yang boleh mentadbir negara? Kami ada cadangan. Apa kata kalau anda pilih salah satu dari movie yang kami list kan ni. Tengok malam ni, dan pilih mana ynag bersesuaian dengan negara kita. Filem terbitan barat ini semestinya mempunyai banyak manfaat dan pengetahuan dunia politik. Tak ada lah kita secara emosi memilih parti tanpa mengetahui permainan politik kan?
The post (2017)
Dalam zaman media sosial lebih pakar dari akal fikiran manusia ini, kadang kala kita tidak boleh menilai mana satu berita benar atau salah. Namun akhbar The New York Times di US ini sanggup mengambil cabaran dan risiko untuk membongkar rahsia kerajaan yang melibatkan 4 President dalam tempoh 3 Dekat. Negara US memang terkenal dengan keberanian mereka. Filem yang penuh dengan kebenaran dan kebusukkan dunia politik di US ini anda dapat saksikan bagaimana akhbar terlaris di Amerika menyingkap dunia politik.
The Iron Lady
Walaupun Malaysia tidak membolehkan wanita menjadi Perdana Menteri, namun hari ini dapat kita saksikan ramai personaliti-personaliti wanita yang berjuang untuk memaju dan memulihkan negara. Kepada anda yang mengikuti perkembangan politik di Britian, pasti anda kenal dengan Margaret Thatcher. Beliau merupakan wanita pertama yang diangkat sebagai Perdana Menteri UK pada tahun 1979 setelah memenangi undian terbanyak. Filem ini merupakan biografi beliau yang dilakonkan oleh pelakon Hollywood terkenal Meryl Streep. Untuk pengetahuan anda, Thatcher melalui lilku-liku kehidupan yang pencabar sepanjang beliau bergelar ahli politik dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri. Walaupun filem ini mendapat banyak kritikan umum, namun ia masih tetap sesuai untuk ditonton untuk dijadikan pedoman.
The Queen (2006)
Filem ini diilhamkan dari selepas kemangkatan Puteri Dayana. Seperti yang anda sedia maklum, kerabat diraja Britain ini semestinya menjadi buah mulut orang ramai dan menjadi tumpuan seluruh rakyat dunia. Malaysia merupakan negara yang tidak lepas daripada mengambil tahu berita terkini berkenaan kerabat diraja itu. Filem ini mengisahkan tentang kerajaan Britain yang ketika itu dikendalikan oleh Perdana MenterI Tony Blair konflik berkenaan kematian Puteri Dayana yang berprofil tinggi. Tony ketika itu harus memujuk Ratu Elizabeth untuk memberi penghormatan terakhir pada Dayana untuk memulihkan kembali imej keluarga diraja Britain. Filem ini mendapat Top 10 list US critics sebagai antara filem terbaiik tahun 2006.
Ghandi (1982)
Siapa tak kenal dengan Ghandi kan? Kita semua tahu tentang bapa kemerdekaan India ini yang banyak menghabiskan tenaga demi mencapai kemerdekaan negara India. Filem ini berlatarbelakangkan zaman penjajahan British ke atas India ini mengisahkan kehidupan Ghandi daripada beliau membesar sehinggalah beliau menjinakkan diri dalam arena politik dan seterusnya ditamatkan kehidupannya apabila beliau ditembak mati dalam konspirasi pembunuhan. Filem penuh drama dan inspirasi ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuk 55th Academy Awards 1983. Ia sebuah filem klasik wajib tonton oleh semua orang!
1957 Hati Malaya (2007)
Kita bagi anda layan filem Malaysia pula. Shuhaimi Baba memgambil inisiatif untuk mengfilemkan detik-detik indah negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Anda dapat saksikan disini pergelutan anak bangsa menegakkan keadilan untuk mendapatkan hak masing-masing. Noor Azhar Murad yang memegang watak sebagai Tunku Abdul Razak sememangnya mendapat pujian daripada pengkritik-pengkritik negara kerana telah melakonkan watak Tunku Abdul Rahman dengan jayanya. Jika anda sayangkan negara dan tidak mahu negara jatuh ke tangan pihak yang salah, maka jadikan filem ini sebagai panduan.
Tanda Putera (2013)
Filem yang menceritakan usaha Tun Abdul Razak Hussein mentadbir negara menjadikan negara Malaysia pesat dengan pembangunan. Menerusi filem ini, anda dapat saksikan kehidupan liku-liku yang terpaksa beliau hadapai demi menjadikan Malaya ketika itu negara yang maju dan pesat dengan ekonomi. Filem Tanda Putera ini merupakan filem kedua bertemakan patriotik Shuhaimi Baba selepas kejayaan beliau dalam filem 1957 Hati Malaya. Filem ini semestinya mendapat kritikan dan pandangan negatif mahupun positif, tapi jika anda benar-benar menonton filem ini sebagai anak Malaysia, pasti anda akan sebak dengan pengorbanan Bapa Pembangunan Malaysia ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Apa salahnya sesekali bohong? Bohong sunat. Raikan orang yang kita sayang!” Istilah bohong sunat selalu digunakan dalam rumah tangga. Suami kadangkala tidak berterus-terang hal sebenar kerana tidak mahu isteri mengamuk. Isteri ada ketikanya menyembunyikan sesuatu kejadian kerana tidak mahu suami berasa curiga dengannya.
Cakap bohong memang sangat lazim dalam kalangan kita. Bohong semacam suatu alasan bagi mewajarkan sesuatu tindakan, menyembunyikan ketidakjujuran atau memperdaya seseorang dengan niat tidak baik.
Bohong boleh berlaku dalam hal sekecil-kecilnya sehingga hal yang besar-besar. Bohong dalam perkara kecil seakan-akan sudah terlalu biasa, kita lakukan tanpa rasa bersalah atau rasa berdosa. Kadangkala kita rasa malas hendak ke pejabat, maka kita beri alasan seperti, “sakit perut, cirit-birit atau anak meragam”.
Berbohong hukumnya haram kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya sama ada pada orang yang dibohongi, pada orang lain atau pada si pembohong itu sendiri. Perbuatan ini ada kena-mengena juga dengan janji, iaitu apabila kita enggan mengotakan janji, maka kita berbohong dengan pelbagai alasan.
BOHONG BESAR
Berbohong besar biasa berlaku apabila menggunakan nama Allah iaitu bersumpah palsu. Ulama menyifatkan perbuatan bersumpah dengan nama Allah sebagai dosa yang paling buruk dan celaan yang amat keji.
Dalam suatu kisah menceritakan, suatu ketika Rasulullah berjalan dan bertemu dua orang lelaki yang sedang bersumpah-sumpahan ketika berjual beli seekor kambing. Yang seorang berkata, “Demi Allah, saya tidak akan mengurangi harganya sekian, sekian.” Yang seorang lagi berkata, “Demi Allah, saya tidak akan melebihkan harganya sekian, sekian.” Tidak lama kemudian urusan jual beli selesai. Rasulullah kemudian bersabda, “Telah wajib atas salah seorang daripada kedua-duanya dosa dan mestilah ia membayar kaffarah (denda). (Riwayat Abul Fatah al-Azdi daripada Nasikh al-Hadrami)
Pembohongan dalam jualan biasa berlaku. sesetengah peniaga berbohong dia membeli barang sekian dengan harga RM10 dan menjual dengan harga RM11, dengan untung RM1 sahaja. Tetapi sebenarnya dia mungkin membeli dengan harga RM5 sahaja.
BOHONG YANG DIHARUSKAN
Dalam keadaan tertentu, bohong diharuskan jika untuk tujuan yang baik. Bohong diharuskan dalam perkara berikut, namun dalam batasan, tidak melebih-lebih dan melampaui batas:
-Untuk menghalang berlakunya peperangan.
-Untuk mendamaikan dua orang yang bermusuhan.
-Untuk menyenangkan hati orang yang teraniaya.
-Untuk membahagiakan suami atau isteri dan rumah tangga.
Ummi Kalsom meriwayatkan dengan berkata, “Aku tidak mendengar Rasulullah
memberikan keringanan berdusta pada sesuatu perkara kecuali tiga tempat iaitu orang yang menyebut sesuatu untuk kebaikan, orang yang menyebut sesuatu dalam peperangan (strategi perang) dan orang yang berbicara dengan isterinya dan suaminya berbicara dengan suaminya. (Riwayat Muslim)
Kata Ummi Kalsom lagi bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak dinamakan pendusta orang yang mendamaikan dua pihak yang berselisih faham, lalu dia berkata yang baik atau menambahkan yang baik.” (Riwayat Bukhari daripada Ummi Kalsom)
Sahabat Abu Kahil menceritakan, dua orang sahabat Nabi bertengkar sehingga putus silaturahim. Dia kemudian menemui salah seorangnya dan bertanya, “Apa yang berlaku antara anda dengan dia?” Sesungguhnya aku selalu mendengar dia memuji anda.” Kemudian dia temui pula sahabat yang seorang lagi dan berkata hal yang sama. Akhirnya kedua-duanya berdamai. Kata Abu Kahil, dia rasa telah membinasakan diri (rasa bersalah kerana berbohong) lalu dia bertemu Rasulullah untuk mendapatkan nasihat.
Kata Rasulullah padanya, “Hai Abu Kahil, perbaikilah antara manusia.” Maksudnya, “damaikanlah walaupun dengan berdusta.” (Riwayat Tabrani (bukan hadis sahih)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.