Perkongsian lelaki ini yang berjaya turun 10kg dalam masa 2 minggu bermodalkan RM6 je, boleh anda jadikan rujukan dan inspirasi untuk menurunkan berat badan.
Selain menjaga makan, ada satu pakaian yang anda boleh pakai semasa bersenam untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat iaitu Sauna Suits.
Jom baca bagaimana Afnan Rosli menggunakan Suna Suits ini semasa bersenam. Pastikan anda banyak minum air bagi menggantikan peluh yang keluar. Semoga misi kurus anda berjaya!
TIP TURUN 10KG DALAM 2 MINGGU.
Ni saya share Tools yang saya guna untuk Lose Weight cepat. As an Athlete dalam sukan yang lawan ikut Kelas Berat ni. Naik Turun Berat tu memang dah jadi benda Biasa bagi kami.
Tak caya, boleh tanya Athlete Silat Olahraga. Diorang kenal sangat la Sauna Suit ni.
Saya turun 10Kg dalam masa 2 minggu guna SAUNA SUIT ni. Beli kat Daiso je. RM6 je.
Ads
Even Kim Kardashian pun cakap dia turun 7 Pound pakai sauna suits.
Sauna Suits ni dia best sebab bila pakai tu, dia burn fat and bagi kita peluh gila2. Rasa macam duduk dalam sauna. Peluh keluar macam air paip??
Cuma yang tak best nya, peluh tu bertakung dalam suit ni. Kalau jogging atas treadmill or workout kat Gym, peluh mesti meleleh leleh atas lantai. Takut orang lain jela rasa tak selesa.
Ads
Ni antara tips saya turun berat dengan cepat gunakan Sauna Suits ni:
1. Pakai benda alah ni time buat Cardio SAHAJA. Kalau time buat latihan bebanan saya tak pakai.
2. Sapu minyak panas pada tempat2 yang kita nak burn fat. Macam perut and lengan. Time saya nak buat Sixpack ritu, saya sapu Lotion Mustajab kat perut & pakai Bengkung. Any minyak panas pun boleh.
3. Of course Diet tu korang kena jaga la. Yang tu nanti kita buat another post asing bab tu. Or korang google jela meal plan sesuai ngan body korang.
Ads
4. Drink Plenty of Water. Air memang WAJIB minum banyak2. Sebab bila pakai benda ni korang akan lose banyak fluid. So, kena ganti balik air dalam badan tu. Saya juga minum honey banyak masa process nak turun berat ritu.
5. Body fat saya turun dari 18% ke 12% dalam masa 2minggu. Ni cerita Zaman Athlete dulu la.
So, sape yang duk tercari2 cara nak Hilang lemak cepat tu boleh la pi cari benda ni dekat Daiso cepat2. Dia ada jual seluar sekali, berasingan. Sekali seluar baru RM12. Kalau xde daiso, cari kat shopee pun ade.
Tag #Share pada kawan2 korang yang dah lama Azam Turun berat dia terkubur tu. ????.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang sudah biasa melakukan larian 10 km atau 21 km, mungkin sudah tiba masanya anda ‘updgrade’ jarak larian kepada full maraton iaitu pada jarak 42 km. Namun ia tidaklah semudah yang disangka.
Tanpa persediaan rapi dan latihan mencukupi ia tidak akan dapat dilakukan. MASKULIN ingin kongsi beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum cuba berlari pada jarak full maraton. Ingat ya, tanpa persediaan yang baik anda berkemungkinan mengalami kecederaan serius!
SENTIASA HIDRAT
Mengekalkan kadar hidrasai dalam badan bukan bermula pada awal pagi sebelum larian. Anda sebenarnya boleh mulakan proses hidrasi kira-kira 48 jam sebelum acara bermula. Oleh itu anda juga harus bijak memastikan badan sentiasa terhidrasi sebelum larian. Sebagai contoh anda boleh minum kira-kira 200ml air dua jam sebelum berlari.
JAGA MAKAN
Ambillah makanan sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian. Untuk beberpaa minggu sebelu itu anda boleh cuba beberapa jenis makanan yang boleh memberi tenaga dan bertahan lama. Jika badan anda memerlukan banyak tenaga, makanlah sedikit snek tenaga 30 minit sebelum flag off.
Berlari pada jarak 42 kilometer bukanlah sekejap. Badan anda juga akan berpeluh dengan banyak. Dan sepanjang larian juga banyak berlaru pergeseran di antara celah anggota badan dan juga pakaian. Jangan pakai berlebihan kerana ia boleh tingkatkan dehidrasi. Ingat jangan pakaian stoking, kasut, aksesori dan pakaian baru sebelum larian. Pakailah pakaian yang anda sudah biasa pakai.
PERIKSA LALUAN
Beberapa hari sebelu larian sebaiknya anda periksalah dahulu route larian. Anda perlu tahu bahawa setiap laluan memberikan cabaran berbeza di mana sesetengahnya mempunyai kecuraman berbeza. Anda juga boleh merancang larian dengan lebih baik bila sudah biasa dengan kondisi laluan.
MEMANASKAN BADAN
Sebelum flag off, pastikan anda memanaskan badan sekurang-kurangnya 15 minit. Ia diikuti dengan sesi regangan selama 15 minit. Jika anda melakukannya dengan baik badan anda akan lebih bersedia untuk melakukan larian dengan kondisi badan yang sudah alert.
Usah terlalu meletakkan tekanan pada diri sendiri. Anda perlu tanang dan kawal degupan jantung agar tidak terlalu berdebar-debar. Perkara terakhir anda ingin lakukan ialah terlalu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tercungap-cungap.
JAGA PACING
Kebanyakan orang terutamannya beginner untuk maraton akan berasa sangat teruja. Dan keterujaan itu sebenarnua datang daripada aliran adrenalin yang pantas. Seperti MASKULIN katakan tadi, apa yang penting ialah melakukan larian yang sesuai dengan pacing sendiri dan tidak terlalu menekan. Letakkan sasaran untuk setiap jarak, sebagai contoh 10 kilometer. Kemudian sambung sasaran seterusnya bagi mengekalkan motivasi diri.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki dewasa anda memerlukan sekurang-kurangnya enam sehingga lapan jam waktu tidur dalam sehari.
Ini bagi memastikan anda dapat berfungsi dengan baik pada keesokan harinya untuk mengharungi apa jua aktviti dan juga kerja.
Masalah kurang bukanlah satu perkara asing untuk golobgan lelaki. Kurang tidur sebenarnya sangat tidak elok untuk kesihatan. Apatah lagi jika perkara ini berlanjutan dalam tempoh yang lama. Mungkin anda tak sedar sebenarnya anda seorang yang tak cukup tidur.
Tapi tubuh badan anda tidak akan dapat menipu. Jika anda ada simptom salah satu 5 ini, itu bermakna kulaiti tidur anda sangat rendah.
1. Badan sangat letih walaupun baru bangun tidur
Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna anda kurang tidur. Maka dengan itu harus ubah masa tidur dengan kadar segera. Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
Jika berada di tempat kerja anda susah bnak berikan fokus. Bila dalam meeting pujn anda boleh terlelap! Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang.
3. Set alarm lebih daripada satu
Setiap pagi anda pasti ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm telah anda set-kan. Jika anda mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang diingini. Badan dan kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.
4. Tak boleh survive tanpa kafein
Oleh kerana mengantuk anda pasti akan mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang diambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.
5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari
Ini petunjuk jelas yang anda kurang tidur. Jika badan sudah penat memang korang tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah walauoun masih muda remaja tetapi setiap orang memerlukan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila cakap tentang senaman pastinya antara bahagian badan yang selalu anda berikan perhatian ialah perut atau abdomen. Iyalah, tanpa senaman mana mungkin anda boleh dapat perut six-packs!
Terdapat pelbagai jenis senaman yang melibatkan abdomen. Namun apakah senaman yang paling baik dan memberikan kesan berimpak tinggi terhadap abdomen?
Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.
BYCYCLE CRUNCH
Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.
PLANK
Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.
SIDE PLANK
Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.
VERTICAL LEG CRUNCH
Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!
REVERSE CRUNCH
Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.