Model sekian lama dinantikan akhirnya rasmi dilancarkan ke pasaran tempatan dan lebih menarik model berkenaan baru saja menerima pengiktirafan penarafan 5 bintang Asean NCAP.
Model Myvi serba baharu berkenaan didatangkan dengan pilihan enjin 1.3 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (1NR-VE) dan 1.5 liter DOHC dengan Dwi VVT-I, 4 silinder (2NR-VE). Enjin yang memenuhi standard Euro4 itu dikeluarkan di Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd, Sendayan, Negeri Sembilan.
Enjin 1.3 liter mampu menghasilkan kuasa 70kW pada 6,000rpm dan tork 121Nm pada 4,000rpm. Manakala enjin 1.5 liter berupaya menghamburkan kuasa 76kW pada 6,000rpm dan tork 136Nm pada 4,200rpm. Pihak Perodua menawarkan pilihan transmisi 4-kelajuan automatik atau 5-kelajuan manual.
BACA>>>>>TEMPAHAN MYVI KINI DIBUKA- HARGA BERMULA RM44, 300
Myvi serba baharu berkenaan didatangkan dengan lima pilihan varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT).
Pelanggan boleh memilih enam warna yang ditawarkan: kelabu metalik, hijau peppermint metalik, merah lava metalik, ungu mystical metalik, perak glittering metalik dan putih ivory.
Dari segi dimensi, model hatchback terlaris Perodua itu lebih panjang 205mm, rendah (30mm) dan lebar (70mm) serta jarak roda bertambah 60mm berbanding generasi terdahulu.
Ads
Perubahan berkenaan menyumbang kepada ruang kabin lebih lapang dan jarak antara penumpang depan dan belakang sekitar 937mm. Manakala ruang but berkeluasan 277 liter lebih luas dengan pertambahan 69 liter berbanding Myvi sedia ada.
Selain itu, pihak Perodua menyatakan penampilan luaran dibangunkan sendiri oleh jurutera tempatan. Tidak ketinggalan Myvi serba baharu menggunakan keluli tahan karat tertinggi 2.5 kali lebih kukuh berbanding sebelumnya serta pendekap tambahan dan peneguhan di beberapa kawasan strategik.
Cermin depan akustik menyumbang kepada peringkat NVH yang lebih rendah.
Untuk keselesaan pengendalian, bahagian suspensi menerima penambahbaikan yang mana bar penstabil di depan dan belakang kini memiliki diameter lebih besar. Lower arm depan juga lebih ringan.
Menariknya selain didatangkan dengan logo Myvi baharu, model hatchback lima pintu itu didatangkan dengan lampu LED bersama fungsi ‘auto off’ dan follow me home, lampu belakang dengan ‘Light guide’, butang start/stop dan rim aloi 15 inci dwi tona warna (model 1.5L) dan rim 14 inci (model 1.3L). Pelanggan yang memilih varian 1.5 High dan 1.5 Advance dilengkapi dengan smart taq binaan dalam.
Ads
HARGA MYVI SERBA BARU:
1.3L Standard G (MT)- RM 44, 300
1.3L Standard G (AT)- RM 46, 300
1.3L Premium X (AT)- RM 48, 300
Ads
1.5L High (AT)- RM 51,800
1.5 Advance (AT)- RM 55, 300
CIRI KESELAMATAN:
Myvi 1.3L: 4 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).
Myvi 1.5L: 6 beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Manakala varian 1.5 Advance (AT) memiliki ciri tambahan iaitu Bantuan Pemanduan Selamat (ASA).
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tidak kenal dengan nama Valentino Rossi. Juara dunia MotoGP/500cc sebanyak 7 kali tersebut telah menjadi antara ikon perlumbaan motosikal paling hebat pernah disaksikan kita semua.
Walaupun usianya sudah menginjak ke usia 41 tahun namun Valentino Rossi masih gah dan disegani oleh lawannya yang jauh lebih muda. Dikenali dengan nama gelaran ‘The Doctor’, Valentino Rossi bakal meneruskan legasinya di liar untuk musim baru.
Namun ada berita terbaru yang cukup mengujakan terutama buat peminat MotoGpp tempatan khususnya pasukan Petronas Yamaha SRT, pasukan yang berasal dari Malaysia. Memetik laporan daripada laman sesawang rasmi MotopGP, Valentino Rossi mendedahkan bahawa dia hampir pasti akan bersama pasukan Petronas Yamaha SRT untuk musim 2021.
Beliau dilaporkan akan berukar tempat bersama pelumba muda, Fabio Quartararo yang sebelum ini bersama pasukan tersebut.
Walau bagaimanapun Valentino Rossi menafikan beliau sudah menandatangani kontrak namun mengakui proses persetujuan kedua pihak berjalan lancar.
“Boleh dikatakan hampir 99% saya akan berlumba bersama pasukan Petronas Yamaha SRT untuk tahun 2021,” jelasnya kepada Sky Sport Italia.
Pasukan Petronas Yamaha SRT anda yang paling menyerlah pada musim lalu.
“Kami masih dalam proses menyelesaikan beberapa perkara terperinci terutamanya tentang pasukan dan personal yang saya akan bekerja bersama nanti. Kami juga berbincang untuk bagaimana membina sebuah pasukan yang kompetitif,” jelasnya lagi.
Secara tidak langsung ini bermakna beliau akan berlumba bersama protegenya, Franco Morbidelli pada musim hadapan.
Peminat MotoGP negara kita pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan Valentino Rossi berlumba bersama pasukan yang cukup istimewa di kalangan rakyat Malaysia.
Dapatkan merchandise pada harga luar biasa murah dengan pelbagai potongan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sempena sambutan ulang tahun ke 30 Honda EX-5 di Malaysia dan pengeluaran ke 100 juta Siri Super Cup, Boon Siew Honda (BSH) mengeluarkan EX5 Fi Edisi Terhad. Pasaran tempatan akan menerima dua pilihan varian iaitu roda tuang dan roda jejari.
Meraikan pencapaian pengeluaran ke 100 juta unit, Honda EX5 kekal sebagai simbol kebebasan dalam mobiliti dan menjadi motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.
Model EX5 Fi Edisi Terhad itu didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan hitam. Pembaharuan boleh dilihat menerusi lencana 30th Anniversary pada bahagian pelana dan cub depan serta bahagian sisi belakang EX-5 berkenaan. Pelana didatangkan dengan padanan warna hitam dan putih. Selain itu, pada bahagian cub depan juga dipadankan dengan tiga jalur. Turut tersedia pemegang belakang krom manakala rim jejari dipadankan dengan kemasan semburan cat berwarna emas.
Kapcai tersebut didatangkan dengan enjin 109.1cc lejang tunggal penyejuk udara. Gabungan sistem pancitan bahan api PGM-Fi menghasilkan kuasa 8.35hp pada 7,500rpm dan tork 8.4Nm pada 6,000rpm.
Honda EX5 Fi Edisi Terhad dijual pada harga bermula dari RM5,309.54 (roda jejari) dan RM5,563.94 (roda tuang). Harga tersebut termasuk GST.
Diperkenalkan pada tahun 1987, EX5 mempunyai warisan yang teguh dan kisah tersendiri dalam kalangan rakyat di negara ini. Menjadi salah satu daripada kapcai yang paling penting dalam perintis pengangkutan dua roda pada masa lalu, siri Honda EX5 kekal relevan dan bergaya menerusi pengenalan model terbaharu.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengukuhan jenama Honda di negara kita nampaknya semakin berterusan. Popularitinya bukan sahaja terserlah di jalan raya malah pada angka jualannya.
Semalam Honda Malaysia mengumumkan jenama mereka telah mengekalkan kedudukan paling atas sebagai jenama kereta bukan keluaran nasional paling laris. Ia merupakan pencapaian biat tahun keenam berturut-turut buat jenama automotif asal Jepun ini.
Sepanjang tahun 2020 sebanyak 60,469 buah unit kenderaan Honda telah berjaya dijual. Secara tidak langsung menewaskan pesaing terdekatnya, Toyota.
Penyumbang utama anga jualan yang tinggi dengan sebanyak 34 peratus jumlah jualan adalah dari model City. Ia diikuti dengan model Civic dan HR-V dengan 20 peratus dan juga 17 peratus.
KEPERCAYAAN BERTERUSAN
“Ini menandakan tahun keenam berturut-turut kami berada di tempat teratas dan kami ingin ucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua!,” jelas Honda Malaysia menerusi Facebook mereka.
Pencapaian memberangsangkan daripada model City mencatatkan jualan bulanan tertinggi dengan lebih 5,500 unit telah berjaya dijual kepada pelanggannya pada bulan Disember 2020 sahaja.
Jelas Pengarah Urusan dan Kettua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, kepercayaan yang diberikan secara berterusan terhadap jenamanya telah membakar semangat mereka untuk terus berusaha lebih lagi. Ini selari dengan harapan membawa nilai ‘3 Joys of Honda’ iaitu ‘Joy of Buying’, ‘Joy of Selling’ dan ‘Joy of Creating’.
“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai penjualan yang membantu lebih banyak rakyat Malaysia membeli kereta dengan penjimatan tambahan,” jelasnya lagi.
Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Buat anda yang ingin mencari aksesori kereta pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.