
Karakter Batman telah divisualkan dan dihidupkan oleh beberapa pelakon terkenal Hollywood dengan cara tersendiri. Dan pastinya antara yang paling menggamit memori peminat adiwira ini ialah lakonan daripada Cristian Bale, Michael Keaton, Val Kilmer dan yang terbaru Ben Affleck.
Namun kini dilaporkan karakter pujaan ramai itu bakal diberi nafas baru serta mengetengahkan pelakon berbeza.
Filem ‘The Batman’ yang diumumkan tidak lama dahulu bakal diarahkan oleh Matt Reeves. Dan filem remake ini akan menampilkan Robert Pattinson sebagai adiwira The Dark Knight.

Walaupun pelbagai reaksi diterima berikutan pengumuman Robert Pattinson sebagai Batman yang baru namun dengan ‘usikan; manja Matt Reeves yang berkongsi beberapa foto sut terbaru untuk filem ‘The Batman’ membuatkan ramai semakin teruja.
Menerusi rekaan baru sut Batman ditampilkan dengan ciri-ciri lebih kuat di bahagian wajah serta membawa lebih estetika ketenteraan. Dari jarak dekat ia seakan memiliki bahagian pelindung di bahagian leher dan pada bahagian logo di dada menyerupai komik ‘Rebirth Vatman’.
Filem ‘The Batman’ dijangka akan menemui penonton di seluruh dunia pada bulan Jun 2021.
Lipstik Merah Buat Lelaki Lebih Tenang & Menaikkan Sisi Lelaki, Ini Beberapa Sebab ‘Lipstik Merah’ Tetap Di Hati!

Warna sering menjadi peranan penting dalam kehidupan seseorang. Misalnya, putih melambangkan suasana yang tenang dan hitam penuh eksklusif.
Kalau merah pula, ia merujuk kepada perlambangan yang penuh berahi serta cukup bermotivasi kerana ia memberikan aura yang serba berani.
.
Menurut satu kajian di Jepun, mereka berpendapat golongan lelaki yang hidup dalam keadaan penuh stail begitu menggemari wanita yang suka memakai gincu merah.
Kajian tersebut juga menemui 5 sebab dan alasan kenapa segelintir golongan lelaki ini cukup gemar memandang bibir merah tersebut :
1. Buatkan lelaki tenang
Wanita yang memakai gincu merah boleh menjinakkan lelaki. Lelaki akan jadi kurang bercakap dan menatap bibir itu lebih lama berbanding mata wanita.
2. Tarikan sensual
Warna merah itu merupakan tarikan sensual pada bibir yang wanita tidak harus sia-siakan. Bagus untuk temujanji kali pertama atau pertemuan saat yang penting.
.
3. Menguatkan keinginan berasmara
Tanyalah mana-mana lelaki yang mementingkan stail, mereka cepat tewas dengan wanita yang memakai gincu merah kerana keinginan untuk berasmara jadi meningkat.
4. Menaikkan sisi lelaki
Mana-mana wanita yang bergincu merah berdamping dengan lelaki, sisi lelaki tersebut akan berubah dan orang sekeliling nampak begitu cool.
.
5. Penuh bersemangat
Sebab itu mana-mana lelaki yang cool, kalau pasangannya memakai gincu merah pada hari tersebut, anda akan melihat lelaki tersebut bekerja dengan penuh bersemangat.
Bukan sekadar untuk menunjukkan kemampuannya kepada wanita berkenaan tetapi ia juga memudahkan urusan orang lain.
Perasan tak? Kalau ada sebarang pertemua close deal, si rakan bisnes akan membawa seorang wanita yang memakai gincu merah.
Tujuannya, lelaki yang serba ego ini akan jadi lebih mudah berurusan dalam suasana yang cukup professional.
Sumber : Sihat.com
“Allah Jaga Aib Kami Sekeluarga” – Tetamu Majlis Kahwin Anak Artis Buka Cerita!

Majlis persandingan pelakon dan model, Ahya Rosli atau nama sebenar Ahya Ulumuddin Rosli dan pasanganya, Shahirah yang menampilkan tarian seksi menerima kecaman yang bertalu-talu daripada netizen.
Netizen menyifatkan tindakan Ahya sudah jauh menyimpang dan sengaja mengundang bala Allah S.W.T selain merendahkan martabat adat resam dan budaya perkahwinan orang Melayu yang seharusnya dijaga.
Lebih pedih dibaca, netizen menyamakan tindakan Ahya yang angkuh mempertahankan persembahan itu adalah hak istimewanya untuk menghiburkan orang ramai biar pun tetamu yang datang kebanyakannya beragama Islam.
Menerusi isu yang sama, anak saudara lelaki kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu Faris Al-Hajari turut tidak ketinggalan mahu berkongsi cerita tentang hal tersebut kerana baginya, Allah S.W.T telah menyelamatkan aib mereka sekeluarga.
Berikut adalah cerita penuh daripada Faris Al-Hajari yang dikongsi menerusi laman Facebook miliknya :
Bersama keluarga pengantin
Allah pelihara kami sekeluarga
Dijemput makan beradab tetapi tiba lewat
Apa jadi kalau sampai lebih awal?
Alhamdulillah.. Allah angkat darjat dia
Sumber : Faris Al-Hajari
Kalau Isteri Bagi Kita Pergi Snooker, Tak Salah Kita Bagi Dia Karaoke Dengan Kawan!

Masa rehat atau ‘Me Time’ dalam rumah tangga amat penting, kerana masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk melepaskan tekanan yang dihadapi sama ada di tempat kerja atau persekitaran.
Dalam rumah tangga, untuk makesure keharmonian dapat disemai kita perlu menghormati masa rehat antara suami dan isteri. Jika belum mempunyai anak, mudah untuk dilaksanakan tetapi jika sudah menimang cahaya mata, harus adanya toleransi di antara suami dan isteri.
Beralah dalam rumah tangga amat penting. Jika hari ini suami sudah pergi bermain futsal bersama rakan, tidak salah jika isteri mahu keluar bersama rakan-rakan wanitanya. Jika ia diamalkan, rumahtangga pasti bahagia hingga ke akhir hayat.
Seorang pengguna Facebook, Shamsul Ramli telah membuat perkongsian kenapa suami perlu menghormati masa rehat isteri dan juga sebaliknya.
Dia menyatakan bahawa:
Kalau ditanya aku ini suami yang bagaimana, aku suka mengatakan yang aku seorang suami yang sederhana dan beshe beshe aje. Cuma satu pendirian aku yang jelas, aku tidak pernah merasakan yang seorang suami adalah lebih superior dari seorang isteri.
Bagi aku, kedua-duanya memainkan peranan yang sama penting dalam rumah tangga. Sama-sama mempunyai tanggungjawab yang sama berat.
Aku tidak percaya kepada konsep: suami perlu dilayan seperti raja, makan minum disediakan, kain baju dicucikan. Suami kerjanya di rumah hanya melepak di depan TV sambil pekena kopi.
Kopi itu pun si isteri yang perlu sediakan!
Zaman mak-mak kita dulu mungkin begitu. Aku setuju begitu kerana mak-mak kita dulu adalah suri rumah sepenuh masa. Yang bertugas membanting tulang mencari rezeki adalah bapa-bapa kita.
Jadinya sudah ada ‘kontrak sosial’ di situ. Bapa-bapa keluar rumah mencari rezeki, mak-mak di rumah menyediakan makan pakai.
Zaman la ni dah tak begitu, majoriti wanita hari ini bekerjaya. Dan aku mengahwini salah seorang darinya.
Wanita hari ini bekerja pun bukan semuanya untuk kepuasan diri sendiri tetapi lebih ramai yang bekerja kerana keperluan hidup. Tuntutan hidup masa kini, untuk membantu si suami dan keluarga juga.
Maka itu, ‘kontrak sosial’ untuk pasangan bekerjaya ini juga seharusnya berbeza.
Jujurnya aku lebih suka sebegini. Segala perkara jika boleh dilakukan bersama-sama. Sama-sama ada kerja, sama-sama main peranan.
Jika seorang memasak, seorang lagi harus mengemas dan mencuci pinggan mangkuk.
Jika seorang membasuh kain baju, yang seorang lagi harus menjemur.
Ketika travelling, yang seorang memandu manakala yang seorang lagi harus menguruskan anak-anak.
‘Me time’?
Yup perlu ada juga, untuk diri masing-masing. Masing-masing penat bekerja dan masing-masing perlu ada ‘me time’ masing-masing.
Jika ‘me time’ si suami adalah di kolam pancing, apalah salahnya membenarkan ‘me time’ isterinya di gedung membeli belah atau sekadar di kedai kemboja seberang jalan nun.
Hang out bersama rakan masing-masing?
Aku setuju. Jika dia boleh membenarkan kita mengeteh di kedai mamak atau ke snooker sekali sekala, apalah salahnya kita benarkan mereka melepak sesekali di Old Town atau Secret Recipe.
Ah kalau dia hendak ke superstar karaoke sekali pun, melepaskan tekanan kerja bersama rakan-rakan sekerja dia, benarkan ajelah.
Tak akan menjadi kudis pun kan?
Cumanya janganlah keterlaluan pula. Janganlah sampai melanggar norma budaya dan batas agama kita. Janganlah sampai mengamalkan cara hidup barat pula. Di sana budaya swap suami atau isteri pun boleh menjadi gaya hidup.
Jahanam kalau begitu.
Dan kalau kau nak sangat juga kenalah kau tukar nama, kepada John, Johny, atau Jonathan!