Hampir setiap hari kita diingatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya dari Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham untuk sentiasa melakukan penjrakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

Malah menerusi SOP yang diperkenalkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewajibkan setiap premis perniagaan dan aktiviti sosial wajib melakukan penjarakan sosial.

Menurut Dr Noor Hisham, penjarakan sosial ini sangat penting untuk dilakukan oleh masyarakat kerana ia merendahkan kadar jangkitan COVID-19. Saranan beliau ditegaskan lagi kerana virus ini dilaporkan boleh berjangkit melalui mata.

“Virus (Covid-19) boleh masuk ke dalam mata, oleh itu elakkan tangan daripada selalu menyentuh muka dan mata,” jelasnya di sidang media harian COVID-19, di Putrajaya beberapa haru lalu.

IKLAN

Penjarakan Sosial Satu Meter Penting Untuk Elak COVID-19 Berjangkit Melalui Mata

KAJIAN KE ATAS PESAKIT

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh JAMA Ophthalmology mendapati bahawa data awal menunjukkan terdapat kebarangkalian coronavirus 2 (SARS-CoV-2), virus yang menyebabkan penyakit COVID-19 boleh berjangkit melalui mata.

IKLAN

Pakar yang melakukan kajian telah menganalisa data daripada 38 oranh pesakit yang dijangkiti COVID-19 dari Hubei, China. Mereka mendapati bahawa seramai 12 individu menunjukan manifestasi penyakit mata seperti epiphora, conjuctival congestion dan chemosis.

Penjarakan Sosial Satu Meter Penting Untuk Elak COVID-19 Berjangkit Melalui Mata

IKLAN

Kesemua simptom tersebut muncul di kalangan pesakit tersebut konsisten dengan conjunctivitis atau mata merah. Namun begitu tiada seorang pun daripada 12 pesakit tersebut berdepan masalah penglihatan kabur.

Sementara American Academy of Ophthalmology (AAO) beranggapan bahawa virus tersebut boleh menyebabkan conjunctivitis dan berpotensi untuk dijangkiti menerusi titisan air ke dalam mata.

Jadi untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada anda dan keluarga, sentiasalah memastikan penjarakan sosial dilakukan setiap masa apabila berada di luar. Ingat, keluar hanya perlu sahaja. Tempoh PKPB yang diberikan kelonggaran oleh kerajaan bukan lesen untuk kita berbuat sesuka hati. Amalkan norma baru dalam kehidupan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI