Dalam tempoh beberapa hari ini masyarakat global heboh membicarakan tentang mutasi terbaru virus COVID-19 yang dikatakan penularan lebih cepat dan meluas dari United Kingdom (UK).
Ia dapat disaksikan dengan beberapa negara Eropah terutamanya yang berjiran dengan UK mengetatkan pergerakan di sempadan.
Namun sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menerima sebarang laporan penularan varian baharu virus tersebut di negara kita.
Mengulas perkara tersebut, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham berkata sekiranya terdapat laporan berkaitan virus tersebut, jujukan genom akan dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran varian selain menganbil tindakan pencegahan perebakannya.
Memetik laporan BERNAMA, beliau juga menegaskan bahawa Malaysia masih belum buka sempadan negara sepenuhnya kerana bimbang kes COVID-19 dari luar negara seperti ini berlaku.
Ads
“Setakat ini, beberapa negara seperti Arab Saudi dan Jerman telah menggantung penerbangan dari United Kingdom disebabkan varian baharu virus itu.
“Dulu, Malaysia pernah berdepan dengan Kluster Sivagangga yang mana mutasi jenis D614G itu menyebabkan COVID-19 lebih mudah berjangkit … sebab itu, kawalan sempadan negara sangat penting ketika ini,” jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.
TAHAP JANGKITAN LEBIH TINGGI
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata varian baharu itu atau nama saintifiknya VUI 202012/01 didapati mempunyai tahap jangkitan lebih tinggi iaitu sebanyak 20 peratus.
Ads
Sementara itu, Dr Adham memuji tindakan pantas serta kerjasama antara kerajaan negeri Terengganu dan petugas barisan hadapan negeri itu dalam mengasing dan merawat individu dikesan positif COVID-19 serta kontak rapat pesakit.
“Tindakan itu sangat berkesan dalam mengawal COVID-19 di Terengganu dan tahap pematuhan penduduk juga sangat baik. Program Pengurangan Risiko Daerah (DRCP) yang dijalankan juga terbukti berjaya memastikan tiada zon merah COVID-19 di Terengganu setakat ini.
Ads
“Program COMBI (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) dan Kospen (Komuniti Sihat Perkasa Negara) juga digerakkan untuk mendidik komuniti agar terus mengamalkan SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan COVID-19 secara berterusan,” katanya.
Semoga barisan hadapan negara terus tabah dan kuat untuk mengharungi cabaran yang saban hari masih tiada petunjuk akan berakhir. Namun berita kemunculan vaksin yang bakal negara perolehi pada Februari tahun hadapan mampu memberikan sedikit sinar dan kelegaan buat kita semua.
Semua orang akan laluinya tidak mengira bangsa dan status sosial. Setiap orang akan meningkat usia dan berdepan hari tua jika ditakdirkan umur panjang. Bagi kebanyakan orang terutamanya wanita, mencari formula untuk awet muda merupakan satu keajaiban yang dicari.
Lihat sahaja di pasaran pelbagai produk penjagaan kulit, wajah dan kecantikan dikeluarkan dengan promosi bertindak sebagai ejen awet muda.
Tappi tidak dinafikan juga bahawa sesetengah orang memang lahir secara semula jadi awet muda. Selain memiliki wajah yang nampak muda, tubuh badan fizikal juga nampak tidak langsung dimamah usia.
Itulah yang dipamerkan oleh wanita ini yang sudah berusia 53 tahun tapi berpenampilan tak ubah seperti anak gadis berusia 23 tahun. Dan lebih mengejutkan wanita dikenali denngan nama Puspa Dewi ini turut mempunyai cucu!
‘Nenek’ gorgeous yang berasal dari Indonesia ini kian tular di laman media sosial kerana penampilannya yang sangat awet muda.
Memetik laporan Tribunenews, Puspa Dewi yang turut mesra disapa dengan panggilan Mama Hadi ini pernah tular sekitar tahun 2017. Rupa parasanya yang cantik dan fizikal yang mulus bak anak gadis membuatkan ramai warganet terpesona dengan penampilannya.
Dahulu dia pernah tular kerana anak lelakinya memuat naik sekeping foto bersama ibunya sambil membawa kek ulang tahun. Menerusi foto itu mereka tidak langsung kelihatan seperti emak dan anak kerana nampak sebaya.
Bukan hanya wajah dan bentuk badannya, penampilan Puspa Dewi banyak dikagumi kerana citarasanya dalam berfesyen begitu up-to-date dan sesuai dengan trend semasa.
Jadi tidak hairalah dia kini mempunyai jumlah follower di Instagram mencecah hampir 530 ribu orang. Selain itu, wanita yang menjadi idola ramai ini juga telah menerima banyak tajaan dan menjadi duta pelbagai jenis produk.
Ramai follower-nya tertanya-tanya, apakah rahsia awet mudanya. Baginya ia muda bukanlah rahsia yang bukan-bukan. Puspa Dewi merupakan seorang yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa bersenam sejak zaman remaja lagi.
Suplemen protein adalah antara produk pemakanan yang paling biasa dan paling popular di pasaran hari ini. Tetapi dengan limpahan produk-produk dipasaran anda mungkin keliru tentang jenis yang hendak dibeli, bila menggunakannya dan berapa banyak yang perlu diambil.
Artikel ini juga bertujuan menjelaskan keperluan protein dari sumber haiwan, tumbuhan dan juga sebagai makanan tambahan berdasarkan bukti saintifik semasa. Jika anda memerlukan khidmat nasihat dan konsultasi lanjut, sila berjumpa dengan Dietitian atau professional kesihatan yang bertauliah- bukannya terus mengesyorkan atau menetapkan suplemen tertentu.
Protein manusia mengandungi 20 asid amino semulajadi yang dibahagikan kepada dua jenis:
1. 9 asid amino penting ‘’essential” yang mesti berasal dari makanan (Kerana tubuh tidak boleh membuatnya)
2. 11 asid amino “non-essential” (dihasilkan oleh badan)
Asid amino membentuk banyak blok-blok dan komponen dalam badan, termasuk protein otot, yang dibuat melalui proses sintesis protein otot (Muscle Protein Synthesis – MPS). Untuk membina atau mengekalkan jisim otot, kita mesti mendapatkan protein dan asid amino yang mencukupi untuk menyokong proses MPS.
Protein dari sumber makanan boleh dikategorikan sebagai “lengkap” atau “tidak lengkap.” Protein lengkap mempunyai semua asid amino penting yang diperlukan untuk MPS, jadi tidak mengapa jika anda mengambil protein jenis ini begitu sahaja. Protein lengkap boleh didapati dari sumber haiwan dan tenusu.
Namun begitu, beberapa protein dari sumber tumbuhan diklasifikasikan sebagai tidak lengkap, bermakna ia kekurangan beberapa asid amino penting dan mesti dilengkapi dengan sumber protein kedua untuk melengkapkan yang hilang. Ia dipanggil “mutual supplementation” (Onoja & Obizoba 2009).
Baiklah, sekarang, anda sudah tahu asas protein dan mengapa ia penting, mari kita beralih fokus kepada suplemen protein.
Suplemen protein berasal protein tenusu, seperti whey dan casein, dan juga protein berasaskan sayuran, seperti soya dan quinoa. Protein whey adalah suplemen yang popular terutama dikalangan atlet bina badan dan juga mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Susu mempunyai dua protein utama: whey (~ 20%) dan casein (~ 80%). Whey adalah sejenis protein lengkap yang biasanya diklasifikasikan sebagai sama ada Isolate atau Concentrate (Pekat). Whey Protein Concentrate lebih mirip dengan bentuk protein susu asli. Oleh kerana ia mempunyai beberapa laktosa dalam bentuk serbuk, ia boleh menyebabkan masalah gastrik pada mereka yang mempunyai masalah ‘lactose intolerance’
Orang yang mempunyai masalah ‘lactose intolerance’ disarankan untuk mengambil Whey Protein Isolate (WPI) kerana dalam bentuk ini protein telah dipisahkan dari lemak, kolesterol dan laktosa, dan produk akhir adalah protein yang lebih halus dan jernih. Anda mungkin pernah melihat istilah “terhidrolisis” pada label tambahan protein. Ini bermakna protein itu telah dipecah menjadi komponen asid amino. Walaubagaimanapun tiada kajian dilakukan setakat ini untuk menentukan adakah protein whey terhidrolisis adalah lebih berkesan berbanding dari yang tidak dihidrolisis.
Casein dicernakan dengan lebih perlahan daripada protein lain, oleh itu ia sering disyorkan sebagai untuk diambil sebelum waktu tidur atau jika anda dalam keadaan akan berpuasa. Casein meningkatkan kepekatan asid amino leucine didalam darah. Ia dikesan sekitar 40 minit selepas pengambilan dan berlangsung selama 7 jam. Sebaliknya jika protein whey, kadar leucine naik selepas kira-kira 20 minit dan ia hanya bertahan 3-4 jam. Ini menjadikan casein kelihatan seperti suplemen protein yang sesuai untuk seseorang yang hendak berpuasa atau perut kosong dalam jangka waktu yang lama, tetapi Bohe dan rakan-rakan (2001) mencabar idea ini. Penemuan mereka menunjukkan bahawa mempunyai protein yang dicernakan secara perlahan tidak bermanfaat untuk orang yang berpuasa dan berlapar secara berpanjangan (prolonged starvation).
Casein mengandungi laktosa, jadi mereka yang mempunyai ‘lactose intolerance’ tidak sesuai dan perlu dimaklumkan.
Pilihan protein yang popular dikalangan pengamal vegetarian adalah terdiri kacang soya, quinoa, kacang, amaranth dan beras. Tetapi soya, quinoa dan amaranth adalah satu-satunya sumber protein lengkap dari sumber tumbuhan.
Oleh kerana sumber protein lengkap dari tumbuhan amatlah sedikit, para vegetarian perlulah mencampur protein tumbuhan dari pelbagai sumber.
Sebagai contoh, serbuk protein yang menggabungkan protein kacang dan beras akan memenuhi semua keperluan asid amino dan membuat protein tersebut menjadi lengkap. Pertimbangan kedua adalah dengan menilai tahap asid amino protein tersebut serta dos yang betul diperlukan bagi setiap hidangan. Ia selalunya dirujuk kepada pakar pemakanan yang bertauliah.
Leucine sering dipanggil “raja asid amino” kerana ia adalah “enjin” penting yang memacu pertumbuhan otot didalam MPS, manakala 19 asid amino yang lain adalah “bahan bakar”. Badan kita memerlukan minimum sejumlah leucine untuk menghasilkan MPS.
Di sinilah pilihan protein memainkan peranan. Sebagai contoh, pengambilan protein whey biasanya mempunyai kira-kira 10.8% leucine, manakala protein soya adalah lebih rendah berbanding whey, biasanya sekitar 6.2% (Phillips, Tang & Moore 2009). Ia memberi impak besar kepada kuantiti protein yang perlu anda makan.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan MPS daripada 30 gram WPI, anda perlu makan 55 g protein soya. Kuantiti minimum yang diperlukan untuk merangsang MPS dikenali sebagai ‘leucine threshold’ (takat leucine), dan ia akan meningkat seiring usia. Memandangkan pengambilan kalori yang adalah agak tinggi untuk tindak balas MPS (protein juga mempunyai kalori ya..) protein berasaskan tumbuhan mungkin bukan pilihan yang optimum bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Juga, pengambilan protein meningkat seiring dengan usia kerana orang yang berumur memerlukan dos leucine yang lebih tinggi.
Salah satu perkara yangs sering menjadi persoalan ialah adakah diet tinggi protein selamat. Kajian menunjukkan bahawa diet protein tinggi tidak menyebabkan kemudaratan kepada orang yang sihat jika diambil pada kadar yang selamat (Layman et al 2015).
Walaubagaimanapun, kajian jangka masa panjang perlu diperbanyakkan untuk melihat risiko, dan hingga kini tiada kadar tetapan yang seragam menetapkan istilah ‘diet yang tinggi protein’. Mereka yang berisiko untuk menghidap penyakit kronik, dan juga pesakit kronik sendiri (terutama penyakit buah pinggang) anda perlu mendapatkan nasihat dari pakar dietetik untuk menentukan gram protein yang selamat.
Faktor seterusnya dan mungkin yang perlu dipertimbangkan ialah berapa gram protein yang perlu diambil setiap hari. Walaupun jumlah ini berbeza mengikut tahap umur dan tahap aktiviti, satu meta-analisis baru-baru ini yang diterbitkan dalam British Journal of Sports Medicine mengesyorkan dos protein yang disasarkan sehingga 1.6 g sekilogram berat badan setiap hari untuk wanita dan lelaki yang menjalani latihan bebanan – weight training (Morton et al 2017). Ia dua kali ganda kadar protein yang disyorkan semasa (0.8 sekilogram berat badan). Satu lagi penemuan yang menarik oleh Morton dan rakan-rakan adalah bahawa tidak ada perbezaan dalam keperluan protein antara jantina, dan para penyelidik mengakui bahawa lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan kepada peminat latihan bebanan wanita.
Bagi waktu pengambilan protein yang optimum, ia memainkan peranan kecil dalam peningkatan otot selepas latihan bebanan. Apa yang dapat disimpukan dari kebanyakan kajian, hanya latihan bebanan sahaja adalah rangsangan yang paling penting dan kuat untuk membangunkan kekuatan dan jisim otot. Oleh itu, untuk meningkatkan jisim dan saiz otot, anda sebenarnya tidak memerlukan supplemen protein tambahan jika anda makan cukup protein dari sumber makanan.. dan juga, latihan bebanan yang optimum serta… disiplin!
Sumber : rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau kita dengar nama “Al Gaddafi,” kebanyakan orang terus teringat tokoh kontroversi Libya, Muammar Gaddafi.
Tapi bayangkan, hanya kerana nama itu, seorang lelaki mengalami pengalaman pelik dan mengecewakan semasa mahu menunaikan ibadah haji.
Lelaki warga Libya, Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi, hampir terlepas peluang menunaikan ibadah Haji selepas ditahan di lapangan terbang kerana isu keselamatan, lapor ABP News.
Menurut Gulf News, Amer ditahan di kaunter imigresen kerana nama “Al Gaddafi” yang mengaktifkan amaran dalam sistem keselamatan.
Walaupun pegawai keselamatan beritahu mereka sedang cuba selesaikan masalah itu, kumpulan jemaah Haji telah naik ke pesawat untuk berlepas ke Mekah.
Masalah keselamatan itu akhirnya selesai, tetapi juruterbang enggan buka pintu pesawat dan memilih untuk berlepas tanpa Amer.
Amer yang telah berniat untuk menunaikan Rukun Islam Ke-5 itu, enggan berputus asa dan setia menunggu di lapangan terbang.
🇱🇾 L’histoire de ce pèlerin libyen est juste incroyable !! Lisez là 😍
👤 Amer est un jeune Libyen qui a décidé d’accomplir le Hajj 2025.
🛣️ À son arrivée à l’aéroport, il a rencontré un problème de sécurité avec son passeport (à cause de son nom de famille).
— Visit al Haramain (@visitalharamain) May 26, 2025
Tidak lama selepas berlepas, pesawat tersebut mengalami masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik.
Selepas pembaikan kecil dilakukan, pesawat cuba untuk berlepas semula namun sekali lagi menghadapi masalah teknikal, menyebabkan ia mendarat buat kali kedua. Selepas dua kali gagal berlepas, juruterbang membuat keputusan untuk terbang bersama Amer.
“Saya bersumpah tidak akan terbang semula melainkan Amer turut serta bersama kami di dalam pesawat ini,” kata juruterbang itu.
Susulan itu, pihak berkuasa akhirnya memberi kelulusan kepada Amer untuk menaiki penerbangan tersebut. Menakjubkan, kapal itu berjaya berlepas dalam cubaan ketiga bersama kru dan penumpang.
Menurut Amer, dia menyifatkan pengalaman itu sebagai ujian dalam menguji keimanannya.
“Saya hanya mahu menunaikan Haji. Saya percaya, jika ia sudah tertulis untuk saya, tiada apa yang dapat menghalangnya,” katanya lagi.
Tour de Cure Malaysia menyaksikan sokongan padu MG Motor Malaysia dalam kayuhan 900KM penuh makna, membawa mesej harapan, solidariti dan kesedaran kanser.