Selepas hampir tiga bulan terperap di rumah kini penggemar aktiviti luaran khususnya larian boleh tersenyum lebar. Negara kita sekarang berada dalam fasa pemulihan atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas menyaksikan perjuangan barisan hadapan dan kita semua semakin membuahkan hasil dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Namun kita tidak harus leka dan terus mengamalkan apa jua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Begitu juga melakukan aktviti larian. Elakkan melakukan larian dalam kelompok yang ramai. Anda juga perlu jauhi lokasi yang terlalu ramai atau sesak dengan jumlah orang yang ramai.

Melakukam larian semula selepas sekian lama ‘berehat’ mungkin tidak ada masalah bagi pelari aktif. Namun mencari rentak cara pernafasan yang baik mungkin tidak semua orang boleh lakukan.

Perbetulkan Cara Bernafas Pasti Jarak Larian Lebih Jauh & Stamina Lebih Tinggi

Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tipi teknik pernafasan yang baik ketika melakukan larian. Dengan teknik pernafasan yang baik anda pasti dapat melakukan larian lebih jauh dan menjaga stamina.

IKLAN

TARIK NAFAS DALAM

Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.

TEKNIK TARIK NAFAS

Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.

IKLAN

POSTUR BADAN

Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.

BERTENANG

Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.

Perbetulkan Cara Bernafas Pasti Jarak Larian Lebih Jauh & Stamina Lebih Tinggi

IKLAN

GUNA HIDUNG

Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.

TEKNIK TARIK NAFAS

Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.

JAGA TEMPO LARIAN

Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.

Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI