perfume lelaki bau
Foto: 8photo / Freepik

Antara perkara paling sakit hati selepas membeli minyak wangi yang harganya ratusan ringgit adalah ia kurang berbau. Memang rasa macam nak campak pun ada botol perfume. Selepas itu mulalah anda syak yang perfume dibeli merupakan produk tiruan atau lebih teruk tidak seperti diklankan.

Sedangkan terdapat banyak faktor dan punca mengapa minyak wangi yang anda guna itu tidak mengeluarkan bau seperti yang diharapkan. Bertambah hairan apabila ia disembur kepada orang lain baunya okay sahaja melekat dengan baik.

Jadi apa puncanya? Mungkin itulah persoalan yang telah lama menghantui anda.

Ikuti perkongsian MASKULIN tentang beberapa punca dan faktor mengapa minyak wangi kurang berbau bila digunakan.

DISIMPAN LAMA

Ya, mungkin anda ada lebih daripada satu jenis minyak wangi. Namun perlu diingt setiap inyak wangi paling lama boleh bertahan untuk digunakan pun hanyalah 5 tahun. Menggunakan minyak wangi yang telah lama disimpan membuatkan baunya kurng kuat.

CARA SIMPAN

Faktor cahaya dan kelembapan kawasan simpanan boleh menjadi faktor penting mengekalkan bau wanghi. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan berlakunya proses pengoksidaan. Bila ini berlaku bau minyak wangi yang digunakan akan terjejas dan tidak mengeluarkan bau seperti yang dimahukan.

KULIT KERING

Kulit yang sihat adalah kulit yang tidak kering dan mempunyai kelembapan yang baik. Disebabkan itulah jika anda mempunyai jenis kulit kering bau minyak wangi yangh dipakai mudah hilang. Ini kerana kekurangan kelembapan pada badan tidak membuatkan ia ‘melekat’ dan tahan lama.

TERLALU BANYAK BAU

Setiap hari kita menggunakan pelbagai jenis produk yang ada baunya tersendiri. Sabun mandi, pencuci muka dan juga syampu di antara produk yang ada bau. Dan percampuran bau inilah juga yang boleh menjadi penyebab ia mudah hilang baunya.

MASALAH KULIT

Bagi anda yang berdepan dengan masalah atau penyakit kulit mungkin kurang bernasib baik bila bercakap tentang minyak wangi. Ada sesetengahnya berdepan alahan dan jika dipakai pula baunya tidak tahan lama.

Dapatkan perfume berjenama pada harga menarik di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI