Seorang pekerja swasta, Naizri Abas, 37, yang menyertai program berbasikal jarak jauh, Audax Randonneurs Malaysia mengakui berat badannya pernah mencecah 100kg suatu ketika dahulu namun berjaya turun sehingga ke 75kg hanya dengan aktiviti mengayuh basikal.
Yang penting, Naizri menegaskan komitmen dan percaya pada diri adalah satu perkara yang perlu dipegang teguh setiap masa jika mahu berat badan turun seperti yang diinginkan.
Walaupun mengambil masa lama sehingga tiga tahun, bagi Naizri perkara itu bukanlah satu masalah selagi niat dan disiplin diri itu bergerak sealiran.
Mengulas lanjut tentang program yang disertai, sukan berbasikal melatih dirinya untuk menjadi lebih fokus selain boleh menguatkan mental dan daya tahan tubuh.
Ads
Berkongsi tentang cabaran sukan berbasikal, Naizri mengakui memang terdapat banyak risikonya seperti jatuh basikal, tayar pancit dan kemalangan kecil namun perkara itu adalah satu lumrah biasa.
Kongsi Naizri lagi, apa yang penting dalam sukan berbasikal ini adalah seseorang itu mesti tahu cara untuk menguruskan basikalnya terlebih dahulu jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Ads
Perkara ini turut disokong oleh rakannya, Mohd. Hamdi Mohd. Thahrir, 37, yang sudah bermain sukan basikal ini sejak 10 tahun lalu.
Ads
Berkongsi tips untuk bermain basikal dalam jarak jauh sambil menguruskan badan, Mohd. Hamdi mengambil contoh program Audax Randonneurs Malaysia.
Katanya, jika jaraknya adalah sejauh 200km maka seorang penunggang basikal itu harus menjalani latihan setiap hari atau minggu sehingga lebih daripada 200km.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan lelaki mengimpikan tubuh yang tegap dan body yang sado. Itu adalah trend semasa namun tidak rasa yang punyai masa untuk melakukannya.
Lebih-lebih lagi bagi golongan lelaki yang sibuk bekerja dan punyai pelbagai komitmen harian yang tinggi.
Namun begitu untuk mencapai keinginan, sikap yang sentiasa beralasan perlu diketetepikan kerana dengan 4 teknik senaman dumbbell ini, anda boleh sado meski pun dibuat hanya dari rumah :
Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini adalah otot di bahagian forearm.
Cara senaman boleh dilakukan secara berdiri atau duduk. Pegang dumbbell dalam posisi menegak. Luruskan tangan kebawah seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.
Cara senaman berada dalam posisi duduk. Letak sebelah siku di atas peha sambil memegang dumbbell. Angkat dumbbel sambil siku di peha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada peha.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.
Cara senaman ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan. Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
Cara senaman boleh dilakukan secara berdiri atau duduk. Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan. Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
Untuk beginner, lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set dan kemudian boleh tambah 4-5 set.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti semua orang tahu khasiat makan pisang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain membantu mengurangkan berat badan dan membekalkan vitamin untuk kesihatan mata, khasiat makan pisang juga boleh cegah otot kejang.
Campuran unik vitamin, mineral dan karbohidrat glisemik rendah telah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran di kalangan atlet. Malah para atlet telah lama memilih pisang sebagai makanan untuk mencegah dari otot kejang.
Ini kerana buah pisang terbukti mengandungi kandungan potassium yang tinggi dan kekejangan otot sering kali berlaku kerana kekurangan potassium.
Terdapat 3 khasiat makan pisang yang membantu atlet kekal dalam kondisi yang baik.
Kalium yang terkandung dalam buah pisang sangat baik untuk otot, malah penting bagi para atlet. Tubuh yang mendapat kandungan kalium yang cukup dapat menghindari dari otot kejang atau cramp. Saat melakukan workout, tubuh akan kehilangan kalium melalui peluh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Linus Pauling Institure, makan pisang akan memberi jumlah kalium sebanyak 10% dari yang diperlukan oleh tubuh.
Buah pisang mempunyai kandungan khasiat yang lengkap sehingga dapat memenuhi keperluan untuk tubuh badan. Serat, nutrisi, antioksidan dan glukosa terkandung dalam tiap buah pisang. Kandungan glukosa dalam pisang membuatkan ia lebih cepat dicerna oleh tubuh. Dalam prosesnya, glukosa akan diubah menjadi glikogen yang dapat digunakan sebagai bahan bakar otot ketika anda workout. Jadi jika anda makan pisang sebelum workout, dapat membuatkan tubuh anda kekal bertenaga dan rasa segar.
Pisang mengandungi protein yang berguna untuk menjaga fungsi dan kekebalan tubuh, serta menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, kandungan asam amino yang ada pada buah pisang juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
– Percaya atau tidak, program diet rendah lemak tidak akan menghilangkan perut buncit. Perkara itu didedahkan oleh kajian yang dijalankan Universiti Colombia.
Hakikatnya, antara perkara yang boleh dilakukan adalah mengurangkan pengambilan nasi putih dan menggantikannya dengan roti gandum selain menikmati lemak sihat seperti avokado dan minyak zaitun.
Mengikut keinginan tubuh badan
– Kajian Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika mendapati, jika seseorang memenuhi keinginan badannya ketika lapar, dia lebih cenderung makan dalam kuantiti lebih sedikit dalam tempoh tertentu.
Apabila seseorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu namun pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.
Mengurangkan saiz hidangan
– Kajian mendapati individu yang mengurangkan jumlah hidangan hariannya sehingga 25 peratus akan kehilangan berat badan sehingga 15 kilogram (kg) dalam tempoh lapan minggu. Ini bukanlah langkah sukar untuk dilakukan terutama jika anda tekad melakukannya.
Di samping itu, pengambilan makanan secara terkawal pada hujung minggu juga dapat membantu seseorang mengurangkan berat badan.
Senaman bangkit tubi (sit-up) tidak menghilangkan lemak
-Sebanyak mana pun anda melakukan senaman bangkit tubi, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Ini kerana senaman ini hanya untuk menguatkan otot, namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu.
Sebaliknya, anda boleh melakukan senaman menyeluruh di bahagian otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada supaya proses pembakaran lemak lebih optimum.
Banyakkan senaman kardiovaskular
– Apabila otot besar sudah dikuatkan dengan latihan bebanan, lakukan senaman kardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak. Berlari atau melakukan senaman aerobik dapat membantu membakar kalori berlebihan dengan syarat pengambilan lemak buruk turut dihentikan.
Tiada guna bersenam, tetapi pengambilan makanan tetap tidak dikawal terutama makanan yang tinggi kalori.
Jangan kurang atau lebih tidur
-Tidur banyak memainkan peranan dari segi kesihatan. Kurang tidur membuatkan kadar metabolisme tubuh berkurangan, sekali gus menyukarkannya membakar lemak manakala tidur berlebihan pula membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk tidak banyak bergerak.
Kedua-dua keadaan ini hanya mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.
Berhenti minum minuman bersoda termasuk soda berlabel “Diet”
– Kajian selama 10 tahun yang dijalankan University of Texas mendapati mereka yang kerap minum soda diet menjadi gemuk dengan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambil minuman itu.
Ini kerana pemanis tiruan yang terkandung dalam minuman soda boleh membuatkan perut buncit lebih pantas dan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Gantilah minuman itu dengan teh atau air lemon kosong.
Berdoa atau bertafakur
– Tahukah anda, ketika berdoa dan bertafakur, pengeluaran hormon tekanan akan berkurangan? Hormon itulah yang menyebabkan perut menjadi buncit.
Oleh itu, hindarilah tekanan dan perbanyakkan berdoa atau bertafakur untuk menenangkan fikiran dan jiwa. Walaupun hanya 15 minit setiap hari, ia sudah cukup membantu.
Gula yang sihat
-Menikmati makanan manis sudah menjadi budaya orang Malaysia, namun biarlah manis yang sihat. Buah-buahan mengandungi gula semula jadi begitu juga dengan madu.
Apabila menikmati makanan yang mengandungi gula seperti kerepek dan nasi putih, sebahagian besar kalori yang dimakan akan berubah menjadi lemak di perut.
Bersenam secara bijak, bukan secara keras
– Apabila lemak di perut semakin berkurangan tibalah masanya untuk memulakan senaman perut. Bersenamlah sehingga terasa regangannya dan janganlah berlebihan ketika melakukannya. Otot perut yang mantap membantu seseorang tampil lebih sihat dan segar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Carlos Alcaraz dinobatkan Laureus World Sportsman selepas musim 2025 luar biasa, menewaskan pesaing hebat dan mengukuhkan statusnya sebagai pewaris legenda tenis dunia.