
Bagi sesetengah lelaki, rokok dianggap cara untuk ‘cool’ atau melepaskan stres. Namun hakikatnya, tabiat ini hanya menjadikan tubuh semakin lemah, kewangan bocor, dan masa terbuang begitu sahaja. Itulah yang dikongsi seorang lelaki bernama Naz di laman Threads, apabila pengalamannya sebagai perokok tegar mula membuka mata ramai orang.
Naz mendedahkan dia pernah ketagih sehingga mampu menghabiskan satu kotak rokok dalam sehari. Beberapa kali dia cuba berhenti, namun setiap kali berdepan tekanan, rokok menjadi alasan untuk kembali semula. “Sebenarnya saya berhenti hanya untuk suka-suka. Tiba-tiba rasa nak merokok balik. Konon tengah stres. Dari seminggu sekotak jadi sehari sekotak,” luahnya.
View on Threads
Rokok Tidak Pernah Legakan Tekanan
Menurut Naz, rokok tidak pernah benar-benar melegakan stres. Sebaliknya ia hanya membuatkan dirinya semakin ketagih dan menambah kos hidup. “Kalau dulu saya rasa tenang bila hisap rokok, sekarang bila dah berhenti, bau asap tu sangat busuk. Terfikir juga macam mana orang sekeliling tahan dengan tabiat saya dulu,” katanya.
Hakikat ini turut disokong oleh data. Menurut Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023, seramai 4.8 juta orang dewasa di Malaysia atau 19% masih menjadi perokok tegar. Angka ini jelas menunjukkan betapa seriusnya masalah rokok dalam kalangan masyarakat, khususnya lelaki.
Reaksi Orang Ramai: Tabik Pada Usaha Berhenti
Kisah Naz mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang memuji keberaniannya menentang ketagihan, malah seorang pengamal perubatan menyifatkan merokok memang terbukti meracuni organ manusia dan kerosakan akibatnya sangat sukar dipulihkan.
Namun, ada juga netizen yang meluahkan rasa marah terhadap sikap perokok yang tidak bertanggungjawab, terutamanya mereka yang masih merokok di tempat awam. Isu ini semakin hangat kerana meskipun sudah ada akta larangan, masih ramai yang berdegil merokok di restoran atau kedai mamak.
Hak Anda Sebagai Orang Awam
Untuk lelaki yang mahu melindungi keluarga daripada asap rokok, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan talian khas WhatsApp di 010-8608949. Orang ramai boleh membuat aduan jika ternampak individu merokok di premis makanan atau jika pemilik kedai gagal meletakkan papan tanda larangan merokok.
Kisah Naz membuktikan bahawa rokok tidak pernah menjadikan seorang lelaki lebih maskulin. Sebaliknya, ia merosakkan kesihatan, mencuri wang, dan menjejaskan orang sekeliling. Lelaki sejati adalah mereka yang mampu melawan ketagihan, menjaga tubuh sendiri, serta menjadi contoh positif kepada keluarga.
Ingatlah, rokok bukanlah simbol ‘cool’. Keputusan untuk bebas daripadanya adalah pilihan yang paling berani, dan itulah kekuatan sebenar seorang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang















