Buat squats boleh tampil kacak?
Ya, mengapa tidak. Ini kerana senaman squats mampu membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan terutamanya di bahagian punggung dan peha tampil lebih mantap dan pejal.
Wanita pasti akan menoleh tengok buat kali kedua jika mereka melintas anda. Tak percaya? Cubalah lakukan squats secara konsisten dan MASKULIN boleh jamin penampilan anda akan berubah dengan drastik.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
- Back squats
- Front squats
- Box squats
- Bulgaria split squats
- Jefferson squats
- Zercher squats
- Prisoner squats
- Goblet squats
BACA: Selain Bentuk Body Sixpack, Ini 8 Lagi Manfaat Senaman Plank Setiap Pagi!
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
1.
Membina otot di seluruh badan
2.
Membakar lebih banyak lemak
3.
Meningkatkan kesihatan badan
4.
Mengekalkan tahap mobiliti anda
5.
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
6.
Tingkatkan prestasi sukan
7.
Mencegah kecederaan otot
8.
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
9.
Menguatkan sendi
10.
Senaman yang bersifat praktikal
11.
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
12.
Tak menelan kos yang tinggi
13.
Boleh dilakukan di mana saja
14.
Tidak perlukan ruang yang luas
15.
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Boleh Ke Hidup Sampai Hampir 100 Tahun? Jawapannya ‘Boleh’ Tetapi Dengan Cara Ini!

Teringin nak hidup lama-lama sampai usia mencecah 100 tahun? Jawapannya mestilah boleh asalkan anda pandai dan peka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Misalnya, Jabatan Epidemiologi, Pusat Perubatan Universiti Maastricht di Belanda telah membuktikan mereka yang melakukan aktiviti tubuh selama 60 minit mampu hidup lama.
Berbanding mereka yang cuma beriadah dalam tempoh 30 minit sehari, usia mereka kebanyakannya adalah di bawah 90 tahun.
Nisbah lelaki 39 peratus & wanita pula 21 peratus
Keputusan kajian juga mendapati, 39 peratus lelaki yang melakukan aktiviti fizikal selama 90 minit sehari pula mampu mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan senaman kurang daripada setengah jam.
Manakala sebanyak 21 peratus wanita yang melakukan aktiviti fizikal antara 30 hingga 60 minit sehari berupaya mencapai usia 90 tahun berbanding mereka yang melakukan dalam tempoh 30 minit atau kurang.
Apa aktiviti yang boleh dibuat?
Banyak aktiviti fizikal yang boleh anda lakukan dan antaranya adalah seperti berikut :
- Mulakan berjalan 10 minit, kemudian berjogging
- Selepas 30 minit, lakukan aktiviti sederhana cukup seminggu sekali
- Amalkan tiga atau empat aktiviti aerobik setiap minggu
- Pastikan ada peningkatan 50 hingga 85 peratus kadar maksima jantung (kadar sasaran jantung) untuk sesi 30 hingga 40 minit
- Berbasikal ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja
- Angkat berat mengikut kemampuan tubuh anda
- Senaman erobik berintensiti tinggi
- Membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan
- Berkebun di halaman rumah atau di ladang milik sendiri
- Bertukang dengan membina peralatan seperti kerusi, meja atau rumah
Kesan yang diterima individu?
Setelah melakukan aktiviti fizikal, tubuh anda akan menerima banyak manfaat antaranya :
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, osteoporosis, diabetes, kanser dan obesiti
- Menjaga sendi, tendon dan ligamen anjal
- Menguatkan tulang dan otot
- Mengurangkan beberapa kesan penuaan
- Membantu mengurangkan ketegangan dan kegelisahan.
- Menambah baik kesihatan mental dan mood
- Meningkatkan tenaga dan ketahanan
- Membantu tidur nyenyak
- Mencegah obesiti
Semoga bermanfaat!
Dapatkan Bentuk Badan Seperti Stephen Chow Dalam ‘Kungfu Hustle’, Lakukan Rutin Senaman Ini!

Siapa saja yang tidak kenal dengan sosok badan bernama Stephen Chow, pelakon dari Hong Kong yang kini meraih status legenda dalam dunia perfileman antarabangsa. Dikenali sebagai pelakon komedi yang bukan sahaja serba boleh malah mempunyai kehebatan menghasilkan filem komedi epik seperti ‘Shaolin Soccer’ dan ‘Kung Fu Hustle’.
Tidak keterlaluan juga untuk MASKULIN katakan filem-filem lamanya juga tidak pernah jemu untuk ditonton berulang kali seperti ‘Fight Back to School’, ‘From Beijing With Love’ dan banyak lagi.
Bagi peminat generasi lebih baharu pula pasti tidak dapat melupakan kemunculannya menerusi filem box-office, ‘Kungfu Hustle’. Dan di antara perkara yang membuatkan ramai peminat dan penonton berasa kagum ialah transformasi fizikalnya yang tampil seperti pakar seni mempertahabkan diri.

Bentuk badannya yang kurus namun mempunyai six-pack disebut-sebut ramai yang turut dibandingkan dengan Bruce Lee. Apakah rahsia Stephen Chow mendapatkan fizikal mantap seperti itu?
Terdapat beberapa cara boleh anda lakukan untuk dapatkan body sepertinya. Ikuti sahaja tip menarik dari MASKULIN pada kali ini.
PUSH-UP
Senaman ini juga akan terus kekal relevan dan tidak lapuk ditelan zaman. Tahukah anda bahawa ia merupakan antara latihan berkesan dan terbukti membentuk otot lengan agar ia kuat dan bertenaga.
Corak kombinasi bebanan berat badan dengan rutin menaik dan menurunkan badan anda dalam posisi lurus sangat digalakkan. Anda boleh lakukan sebanyak 10 kali push up. Kemudian tingkatkan intensity dengan 20, 30, hinggalah 50 kali sehari bila badan mula selesa.
ARM CIRCLE
Dinaggap sebagai salah satu senaman asas, ia boleh dilakukan sebagai permulaan anda untuk anda mencapai impian. Caranya dengan mengaplikasikan rutin ini. Latihan membentuk otot lengan tidak semesti dengan mengangkat bebanan sahaja.
Anda boleh cuba berdiri secara tegak dan turut mendepakan tangan lurus ke sisi. Selepas itu pusing lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Ulang senaman putara ini di antara 10 hingga 20 kali dalam beberapa set. Untuk impak lebih besar anda juga boleh lakukannya dengan menggenggam dumbbell.
CONCENTRATION CURL
Senaman concentration curl merupakan sejenis latihan angkat berat atau beban. Jika kena cara ia tidaklah susah untuk dilakukan. Tekniknya harus duduk dan rentangkan kaki. Kemudian lengan anda diletakkan di depan paha. Perlahan-lahan angkat dumbbell mengikut jumlah rep yang anda sasarkan. Jika penat tukar lain untuk melakukan teknik sama. Ia bagi memastikan kestabilan postur tubuh anda.
PULL UP
Semudah ‘A’B’C’! Senaman yang boleh dilakukan dengan bergantung kepada palang datar, tegakkan tangan lurus dan selaras dengan bahu. Kemudian angkat tubuh ke atas hingga dada anda menyentuh palang tersebut. Bagi anda yang tidak biasa, lakukan secara perlahan dan angkat badan setinggi mungkin. Jika dilakukan setiap hari pasti anda berjaya mengangkat ke paras dada.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda sebaiknya. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
5 Cara Diet Sihat Makan Minyak Zaitun Agar Berat Badan Cepat Turun

Ramai orang mengetahui bahawa makan minyak zaitun sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Bukan hanya itu, makan minyak zaitun juga boleh mencegah kolesterol selain menjadi ramuan terbaik untuk menurunkan berat badan.
Minyak zaitun kaya akan kandungan vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Ia dapat membantu mengurangi rasa lapar dan keinginan untuk makan banyak, merendahkan lemak dan kolestrol serta membantu mencernakan makanan agar menjadi lebih baik.
Sebelum mengetahui cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan minyak zaitun, ada baiknya anda mengetahui larangan pengambilan minyak zaitun terlebih dahulu iaitu elak mengambil lebih daripada lima sudu. Ini kerana ia boleh menimbulkan reaksi buruk seperti masalah cirit-birit, gula dalam darah menjadi terlalu rendah atau mengundang racun pada tubuh.
BACA: Wanita Ini Kongsi Jenis-jenis Minyak Zaitun & Cara Nak Guna Agar Lebih Berkesan!
1. Makan satu sudu sebelum sarapan atau sebelum tidur
Pengambilan satu sudu minyak zaitun sebelum sarapan atau sebelum tidur malam akan membantu otak untuk lebih menghasilkan hormon leptin. Hormon ini akan menstimulasikan tubuh agar anda rasa cepat kenyang. Ketika perut anda kenyang, secara automatiknya anda akan mengurangi pengambilan makanan ketika waktu siang sehinggakan jumlah kalori yang masuk ke tubuh dapat dikawal dengan baik. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga dapat meningkat imunisasi tubuh serta mengurangkan masalah kolesterol pada tubuh badan.
2. Paduan terbaik dimakan bersama buah dan sayur
Antioksidan yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lemak agar ia mudah untuk diserap oleh tubuh. Memandangkan minyak zaitun mengandungi lemak yang baik untuk tubuh, secara tidak langsung ia menjadi paduan hebat untuk dimakan bagi mengurangkan berat badan.
BACA: Makan Telur Ayam Kampung Dengan Minyak Zaitun, Ini Cara Betul Yang Lelaki Patut Amalkan
3. Pengganti minyak goreng dalam masakan
Minyak zaitun kaya dengan lemak tak tepu dan ia dapat mengurangi kadar lemak dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kolesterol tinggi. Malah anda juga boleh menambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak. Kesemua lemak ini akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
4. Membakar lemak dan mengatasi masalah sembelit
Minyak zaitun juga boleh dijadikan campuran dalam minuman bagi membakar lemak dan melancarkan proses diet anda. Anda boleh cuba mencampurkan satu sudu minyak zaitun bersama madu dan jus lemon ke dalam air suam. Minuman kaya serat ini dapat melancarkan pencernaan sekali gus mengurangi risiko sembelit yang selalunya dihadapi oleh mereka yang sedang berdiet. Amalkan campuran ini setiap pagi.
BACA: Tip Diet Makan Nasi Satu Senduk Tapi Rasa Kenyang Macam Sepinggan
5. Minyak urut untuk membakar lemak pada tubuh
Selain bagus untuk dimakan, minyak zaitun juga merupakan minyak terbaik untuk urutan dan memanjakan diri kerana ia boleh membakar lemak dari luar. Untuk membuat minyak zaitun sendiri, pembuatannya juga mudah. Anda hanya perlu campurkan setengah cawan minyak zaitun bersama kopi dan perahan limau nipis. Sapukan pada perut atau bahagian tubuh yang berlemak. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Subscribe dan tonton video workout di Youtube MASKULIN