Image by jcomp on Freepik

Rata-rata kereta moden yang dihasilkan pengeluar pada masa kini pastinya dilengkapi dengan engine control unit atau ECU. MASKULIN yakin rata-rata daripada anda yang memiliki kereta pastinya pernah mendengar tentang komponen ini.

Tapi ada kemungkinan besar juga anda tidak berapa arif tentang apakah fungsi sebenarnya dalam sisten enjin kereta anda.

Secara asasnya, ECU bertindak sebagai unit kawalan elektronik yang berfungsi sebagai pusat kawalan atau sistem komputer elektrik utama. Fungsi-fungsi penting dalam kereta anda kini kebanyakannya dikawal menerusi ECU.

Petanda ECU Kereta Bermasalah & Bagaimana Nak Kenal Punca Kerosakannya 
Kredit: autotechdrive.com

Jadi peranannya cukup penting bagi memastikan kereta boleh bergerak dengan lancar dan selamat. Dalam pada masa yang sama ia juga turut berfungsi untuk uruskan nisbah bahan api dan udara serta pemasanan enjin.

IKLAN

ECU juga mengumpul maklumat dari pelbagai sensor di dalam kereta dan memprosesnya bagi mengira serta menala percikan dan bahan api sesuai untuk kuasa, prestasi dan kemampuan sebenar kereta anda.

Petanda ECU Kereta Bermasalah & Bagaimana Nak Kenal Punca Kerosakannya 
Foto kredit: gomechnic dot.in

Disebabkan itulah bila ECU rosak ia boleh buat anda sakit kepala kerana kereta akan tidak boleh dihidupkan dan pelbagai lampu indikator akan menyala. Berikut beberapa petanda yang boleh anda perhatikan yang mungkin menunjukkan ECU kereta bermasalah atau rosak.

IKLAN

PETANDA

  • Enjin kereta makin lama makin jadi lemah atau semput bila dipandu
  • Indikator atau lampu enjin mula menyala
  • Prestasi sebenarn enjin terjejas dan mula menurun
  • Kereta jadi lebih kuat makan minyak
  • Enjin tidak dapat dihidupkan seperti biasa

Selepas mendapati petanda-petanda di atas amat penting juga untuk anda tahu apakah punca yang boleh menyumbang kepada kerosakan berlaku terhadap ECU. Berikut 5 punca kerosakan yang boleh anda berikan perhatian sebaiknya.

PUNCA

  • Bateri kereta selalu kong
  • Jumper kereta dengan cara yang salah
  • Starter kereta rosak
  • Ada kakisan di ECU
  • Voltan rendah

Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kereta. Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

IKLAN

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI