Liang pori wajah terbuka biasanya akan mengundang masalah seperti bintik hitam, bintik putih ataupun jerawat.
Selain menggunakan skrub, anda boleh amalkan banyak petua untuk menghilangkan masalah ini dengan bahan semula jadi yang murah dan mudah dari dapur.
Petua menghilangkan bintik hitam dan putih ini boleh diatasi dengan menggunakan sembilan bahan murah yang mudah didapati di dapur.
1. AIS
Meningkatkan pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
3. PUTIH TELUR
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
Ads
4. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
5. SODA BIKARBONAT
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
Ads
6. JUS LEMON
Mengurangkan bukaan pori, mengatasi bintik hitam dan mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
7. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.
Ads
8. YOGURT
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
9. OAT
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
LAKUKAN SECARA KONSISTEN
Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.
Dengan mengamalkan petua mengatasi bintik hitam dan putih ini serta menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!
Bukan perempuan saja, lelaki pun perlu mengamalkan produk pencuci muka. Ini penting agar produk pencuci muka tersebut dapat menjadikan kulit wajah lelaki lebih kacak, sihat dan glowing.
Selain mencuci segala kekotoran yang melekat pada wajah, produk pencuci muka juga boleh mengelakkan berlakunya masalah-masalah kulit seperti jerawat, bintik hitam, jeragat dan sebagainya.
Jika selama ini anda menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka, kini anda boleh melupakan rutin anda itu dan beralih pada produk pencuci muka yang khusus untuk lelaki.
Di sini MASKULIN senaraikan 10 produk pencuci muka terbaik yang wajib anda miliki kalau anda nak wajah kacak dan glowing.
Sesuai untuk mengawal jerawat dan bintik hitam, pencuci muka ini dirumuskan dengan teknologi skrub terkini dari Jepun yang membolehkan ia meresap jauh ke dalam kulit untuk membersihkan liang roma.
2. Clarins Men Active Face Wash
Bertindak untuk membuang kekotoran dan melicinkan tekstur kulit dengan lebih berkesan, selain menawarkan faedah yang optimum untuk menyegarkan wajah.
3. Clinique For Men Face Wash
Pencuci muka pengelupasan ini sesuai untuk lelaki kulit biasa hingga kulit kering. Penggunaannya tidak akan menjadikan kulit anda kering atau kesat, sebaliknya menjadikan proses mencukur janggut, misai atau jambang lebih mudah dan selesa.
4. Garnier Men Power White Shaving + Cleansing Brightening Foam
Produk pencuci muka dengan 2 fungsi dalam 1 ini bertindak untuk menghapuskan kekotoran dan minyak degil di permukaan kulit, selain boleh dijadikan sebagai krim pencukur.
5. Kiehl’s Age Defender Dual-Action Exfoliating Cleanser
Pencuci muka 2-dalam-1 ini bertindak untuk membersih kulit wajah sambil mengelupas tekstur kulit untuk menghilangkan kekotoran dan minyak degil
6. Lancome Men Ultimate Cleansing Gel
Pencuci muka yang tidak mengeringkan kulit ini dapat menghilangkan kekotoran dan menjadikan kulit wajah kekal glowing, bersih serta segar. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
7. Nano White Men Oil Control Clay Cleanser
Dilengkapi dengan ciri-ciri pemutih yang membantu membersihkan kulit wajah hingga ke liang-liang pori bagi mengurangkan kadar minyak dan kotoran yang melekat pada permukaan kulit.
8. Nivea Men Extra Whitening Pore Minimiser Facial Foam
Produk pencuci muka ini diformulasikan dengan 10 nutrien seperti mengurangkan bintik gelap, mencerahkan kulit, membuka liang-liang roma yang tersumbat, menghalang kulit daripada kering dan sebagainya.
9. Safi Men Oil Control Clay Detoxifying Facial Wash
Pencuci muka detoksifikasi ini membantu untuk mengurangkan kulit berminyak. Ia dilengkapi dengan formula H20 Cool Cactus dan Kaolin untuk mengunci kelembapan kulit dan mengawal minyak pada wajah.
10. SK-II Men Moisturizing Cleanser
Pencuci muka dengan kandungan mentol ini dilengkapi dengan pelembap yang mengandungi pati Pitera untuk memberikan kelembapan kulit secara berpanjangan dan membersihkan wajah sehingga ke liang pori.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang mempunyai rambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu. Masa yang sama, lelaki yang ada rambut panjang juga ada tarikannya yang tersendiri.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri dan menyesuaikannya dengan orang ramai, golongan lelaki rambut panjang ini memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang kemas dan beralun itu sesekali boleh membuatkan lelaki lain cemburu.
Jika anda ada menanam cita-cita mahu membela rambut panjang atau sedang memiliki rambut panjang, ini perkara yang perlu anda buat, ikut sahaja petua yang MASKULIN sediakan ini :
1. Basuh rambut setiap hari
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
4. Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah anda mencuci rambut. Gunakan tuala daripada material yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah.
Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali. Kemudian, biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan daripada menggosok rambut secara kasar agar akar rambut tidak rosak.
2. Rajin menyikat rambut
Bagi yang jarang menyikat rambut, pastikan selepas ini anda rajin-rajinkan diri menyikat rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala berada dalam keadaan yang baik.
3. Basuh rambut dengan air sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit kepala secara optimum.
4. Minum banyak air putih
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Elakkan minuman kafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan peningkatan suhu pada tubuh.
5. Cuci rambut setiap hari
Untuk mengelakkan rambut berbau cucilah rambut setiap hari. Kulit kepala hendaklah dibersihkan dengan sebaik-baiknya. Gunalah syampu sesuai yang mengandungi anti-bakteria.
6. Jauhi stres
Stres boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Oleh itu, elakkan stres yang keterlaluan.
7. Kurangkan makanan pedas
Bagi penggemar makanan pedas, anda dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan daripada jenis ini. Makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh, sekali gus menyebabkan rambut berbau.
8. Lakukan banyak aktiviti santai
Bagi sedikit ruang kepada diri anda untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stres dan tekanan terutamanya untuk anda yang bekerjaya. Anda boleh sibukkan diri dengan hobi atau aktiviti santai bersama kawan-kawan.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu kota pada hari ini, pada usia 86 tahun. Pemergian tokoh...