Memiliki kereta kini seakan sudah menjadi satu keperluan buat rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kota raya. Walaupun berdepan kesesakan jalan raya yang agak meruncing ketika waktu puncak namun penggunaan kereta dilihat oleh ramai pengguna sebagai langkah yang lebih baik berbanding menggunakan pengangkutan awam.
Apatah lagi jika tempat kerja berada pada jarak yang agak jauh daripada kediaman. Jadi tidak hairanlah sesebuah keluarga memiliki lebih dari sebuah kereta atau kenderaan kerana ia kini menjadi medium pengangkutan utama.
Buat anda yang baru bekerja atau yang ingin mencari kereta kedua harga pastinya menjadi satu faktor yang sangat penting. Pada masa kini pengguna agak bertuah kerana ditawarkan dengan seleksi yang cukup baik untuk kereta mampu milik pada harga di bawah RM50,000.
Ini kita bercakap tentang kereta baru ya bukannya kereta terpakai. Mungkin anda agak keliru dan tidak pasti kereta mana yang sesuai untuk dibeli.
Berikut MASKULIN senaraikan 7 kereta berharga di bawah RM50,000 yang boleh didapati di pasaran sekarang.
Perodua Bezza
Harga: Bermula dari RM33,456
Ansuran bulanan: RM367
Jentera Perodua yang dilihat cukup ekonomi dan memiliki ruang yang agak selesa. Ditawarkan bermula pada harga RM33,456, Perodua Bezza dilihat cukup sesuai buat orang bujang atau keluarga kecil.
Kelebihan: Ansuran bulanan rendah dan ruang yang agak luas
Proton Iriz
Harga: Bermula dari 40,800
Ansuran bulanan: RM450
Ads
Kereta hatchback yang penampilannya agak sporty dan menarik. Sesuai buat mereka yang ingin tampil bergaya dengan harga kereta yang mampu milik.
Kelebihan: Enjin 4 silinder dengan sistem transmisi CVT
Kia Picanto
Harga: Bermula RM47,079
Ansuran bulanan: RM520
Jentera dari Korea yang sering dipandang sepi tetapi sebenarnya menawarkan spesifikasi yang agak baik. Hadir dengan enjin 1.2L dengan kuasa 83 kuasa kuda 122Nm, Kia Picanto cukup sesuai buat mereka yang inginkan kelainan.
Kelebihan: Dapat merasa sentuhan jentera Korea
Proton Saga
Ads
Harga: Bermula dari RM32,800
Ansuran bulanan: RM360
Jenama kereta legenda yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia ini hadir dengan penampilan terkini yang cukup menarik. Proton Saga merupakan di antara kereta sedan yang mampu milik dan menawarkan ruang yang agak baik.
Kelebihan: Di antara harga termurah di pasaran
Perodua Axia
Harga: Bermula dari RM23,367
Ansuran bulanan: RM256
Perodua Axia tampil sebagai alternatif kereta kompak yang bersifar cukup ekonomi kepada penggunanya. Selain harga permulaan yang mura ia juga merupakan kereta yang menggunakan minyak pada tahap yang agak menjimatkan.
Kelebihan: Comel dan kompak
Ads
Proton Persona
Harga: Bermula dari RM45,800
Ansuran bulanan: RM510
Jika anda mencari kerera sedan dengan kapasiti enjin yang lebih tinggi, Proton Persona adalah jawapannya. Tampil dengan enjin 1.6L, Proton Persona mampu menjadi pilihan terbaik untuk segenap aspek.
Kelebihan: Kualiti luaran tampil lebih premium
Produa Myvi
Harga: Bermula RM45,700
Ansuran bulanan: RM500
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Inilah kereta yang diberikan gelaran ‘king’ oleh rakyat Malaysia yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Peroduan Myvi hadir sebagai kereta agak sempurna bagi harga di bawah RM50,000.
Kelebihan: Harga selepas jualan yang agak kukuh
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin anda dah lakukan macam-macam dan berusaha tapi masih tak berhasil. Terlebih dahulu anda jangan salahkan diri sendiri. Ini kerana setiap orang mempunyai kadar metabolism yang berbeza.
Bagi anda yang kurang berat badan mungkin anda boleh cuba teknik yang MASKULIN kongsi di bawah.
Selamat mencuba!
Sila elak makanan berlemak & bergoreng
Pastikan mengambil makanan yang tinggi kalori dan makan makanan yang dimasak dengan cara yang dikukus, direbus atau dibakar lebih baik daripada digoreng kerana makanan bergoreng mengandungi lebih banyak lemak (dari minyak yang digoreng).
Bekalan protein sangat penting untuk anda membina otot. Oleh itu pilihlah makanan tinggi protein tapi rendah lemak antaranya seperti telur, dada ayam, susu rendah lemak,susu soya non-GMO dan sebagainya.
Sumber dari karbohidrat juga penting untuk bekalkan sumber tenaga berpanjangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang membekalkan vitamin dan mineral untuk badan. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma sangat membantu tambah berat badan. Makan di antara selingan waktu makan utama.
Bersenam
Jangan ingat anda kurus tapi boleh skip bersenam ya! Bersenamlah sekurang-kurangnya 3-4 kali dalam seminggu. Dan ambil masa selama 10- 15 minit sahaja.
Untuk senaman tambah berat badan disarankan lebih kepada latihan kardio untuk meningkatkan otot secara tepat. Aktiviti yang sesuai seperti berenang, joging atau boleh dilakukan di mana saja seperti aktiviti squat, sit up, push up, pull up atau senamrobik.
Elak perut kosong
Banyak minum air atau jus buah-buahan segar, susu organik atau serbuk protein sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Makan dalam kuantiti yang sedikit secara kerap dan konsisten, ia penting untuk tambah jisim otot dan elak kehilangan tisu-tisu penting. Ini cara terbaik untuk tambah berat badan.
Cukup Rehat
Pastikan anda dapat rehat yang menukupi. Pastikan anda sekurang-kurangnya tidur 7 atau 8 jam sehari bagi membantu pembentukan otot dan proses pemulihan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila sebelah otot kaki atau tangan lebih kuat dan besar berbanding dengan otot di sebelah lagi, anda sebenarnya sedang mengalami otot tidak seimbang ( imbalance muscle) . Sekiranya anda lebih gemar melakukan senaman seperti chest press dan push up tanpa melakukan senaman rowing, deadlift serta arm dumbell row, peluang untuk mendapat otot tidak seimbang adalah tinggi. Ini kerana otot di bahagian dada anda akan lebih kuat dan besar berbanding otot belakang tubuh badan. Begitu juga dengan kekuatan kaki dan badan perlulah seimbang.
Keseimbangan otot , kekuatan, fleksibeliti pada postur tubuh badan amat penting bagi mengelakkan kecederaan sendi. Mereka yang gemar melakukan senaman dua hala pergerakan ( 2 sided moves ) seperti menggunakan barbell akan mendapat peluang otot tidak seimbang. Untuk pengetahuan anda, dominan otot akan menggunakan lebih kekuatan berbanding bukan dominan secara tidak langsung otot yang dibina tidak seimbang.
Bagi mengelakkan otot tidak seimbang, anda perlu mempelbagaikan senaman untuk semua kumpulan otot dan melakukan regangan selepas bersenam. Berikut antara contoh senaman untuk menyeimbangkan otot kiri dan kanan anggota tubuh badan anda. Biasakan melakukan senaman unilateral dengan menggunakan dumbbell berbanding barbell atau melakukan senaman satu bahagian ( side by side ).
Single leg deadlift
-Kebiasaannya ramai yang melakukan deadlift menggunakan barbell. Besar kemungkinan mereka menggunakan otot dominan lebih banyak. Kali ini, biasakan melakukan deadlift dengan satu kaki dan satu dumbbell.
-Letakkan semua beban pada tumit kaki, pastian dumbbell sentiasa rapat pada kaki anda. Apabila anda sudah seimbang, mulakan pergerakan seperti biasa.
-Anda yang tidak seimbang akan nampak jelas apabila melakukan senaman ini.
Single hand dumbbell chest press.
-Apabila anda biasa melakukan chest press dengan menggunakan kedua-dua dumbbell, otot dan kekuatan tidak seimbang pada dada anda akan jelas kelihatan. Cuba lakukan senaman ini, ia bukan sahaja membina otot dada malah kekuatan pada bahagian abdominal.
-Baring di lantai, buka tangan dengan lebar supaya anda lebih seimbang dan mulakan pergerakan.
Pistol squat / single leg squat
-Ia amat mencabar bagi mereka yang jarang melakukan senaman kaki. Cuba lakukan dengan duduk di kerusi dan berdiri dengan sebelah kaki sahaja.
-Apabila anda sudah biasa melakukannya, cuba buat tanpa menggunakan kerusi. Letak tangan anda di hadapan supaya lebih seimbang.
Single leg step up with dumbbell
-Senaman ini bukan sahaja membina otot pada quadricep serta hamstring, fokus utama juga adalah untuk membina keseimbangan serta kekuatan otot pada kedua-dua bahagian otot kaki di samping kekuatan pada abdominal.
-Anda yang kurang keseimbangan, mulakan senaman tanpa menggunakan dumbbell kemudian beralih menggunakan dumbbbell.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki yang sebenarnya malas bersenam memberikan alasan bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk bersenam.
Saudara sekalian, percayalah bahawa itu adalah alasan semata-mata. Ini kerana asenaman ringkas yang biasa bukannya mengambil masa yang lama. Malah beberapa teknik senaman tidak menuntut anda memerlukan ruang yang banyak atau menggunakan peralatan yang mahal.
Percaya tau tak jika MASKULIN katakan anda juga boleh melakukan senaman di atas kerusi semasa berada di pejabat. Dan ia boleh dilakukan tak lebih daripada 15 minit.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 teknik senaman yang boleh anda lakukan dengan menggunakan kerusi.
Senaman Kayuh
Pertama sekali anda perlu duduk di hujung kerusi. Beri sokongan kepada bahagian atas badan dengan menyandarkan bahu di atas kerusi. Kemudian letakkan kedua kaki anda dalam posisi seperti mengayuh basikal.
Mulakan aksi mengayuh dengan mengangkat paha hampir ke otot perut anda. Lakukan dengan perlahan-lahan hingga otot perut anda terasa tegang.
Plank
Ya, anda boleh lakukan senaman plank dengan menggunakan kerusi pejabat. Tapi plank tak memerlukan anda turun naik seperti tekan tubi, sebaliknya menahan beban badan dengan tangan dan kaki selama yang boleh.
Buka lengan dan letakkan tangan di atas permukaan kerusi atau meja dan berjalan ke belakang hingga satu sudut terbentuk. Letak jari kaki anda dalam keadaan renggang. Naikkan pinggul hingga membentuk garisan lurus dari bahu ke kaki. Tahan selama 30 hingga 60 saat.
Crunches
Kebiasaannya ini merupakan senaman yang dilakukan di atas permukaan atau lantai. Tapi ia sebenarnya juga boleh dilakukan di atas kerusi. Duduk di atas kerusi dengan posisi lurus pada 90 darjah dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas lantai.
Kemudian letak tangan anda di tepi kepala atau di atas dada dan gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang. Ketatkan otot perut anda seketat yang boleh dan ulang dengan bergerak ke belakang dan ke depan semula. Ulang selama beberapa kali.
Silang Siku Dan Lutut
Ini pula senaman yang boleh dilakukan dengan duduk menegak di dengan kedua-dua tangan di sisi atas kepala. Mula-mula, pusingkan badan anda dengan mengangkat kaki kanan dan membawa siku kiri menyentuh lutut kanan.
Pastikan kaki anda diangkat perlahan-lahan, tidak terlalu cepat untuk memberi tekanan kepada otot perut. Ganti pula dengan mengangkat kaki kiri ke atas dan membawa siku kanan menyentuh lutut kiri. Anda akan dapat rasa otot perut yang menegang.
Leg Pull In
Senaman ini pula lebih menakankan kepada bahagian perut. Duduk seperti biasa dan kemudian angkat badan anda menggunakan kekuatan kedua-dua tangan. Rapatkan kedua-dua kaki dan angkat ke paras dada.
Seeloknya angkat perlahan-lahan hingga otot perut terasa tegang. Kemudian berhenti seketika bila lutut mendekati dada dan turunkan semula kaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.