PLAYSTATION 5 BAKAL DIPASARAN TIDAK LAMA LAGI

Berita yang dinantikan oleh penggemar permainan video khususnya konsol keluaran Sony Interactive Entertainment yang terbaru iaitu PlayStation 5 telah muncul pada hari ini.

Malah ia telah menjadi bahan bualan tular di laman media sosial sejak pagi tadi lagi. Pengumuman yang mengejutkan ramai pihak itu menyaksikan tarikh pelancaran yang diumumkan berserta senarai harga untuk PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition.

Perkara ini turut dikongsi PlayStation menerusi laman Twitter kendalian mereka dengan kapsyen ‘See you in November!’. Menerusi hantaran berfoto yang sama, mereka turut mengumumkan senarai harganya pada USD499 (RM2067) manakala versi Digital Edition pula pada harga lebih murah iaitu USD399 (RM1653).

PlayStation 5 Digital Edition pula pada harga lebih

IKLAN

LEBIH ISTIMEWA

Berita ini merupakan satu keturajaan yang tidak dapat disembunyikan di kalangan gamers. Apa tidaknya kali terkahir mereka tampil dengan konsol PlayStation 4 ialah pada tahun 2013. Harapan mereka untuk menyaksikan konsol ini dikeluarkan pada tahun 2020 menjadi kenyataan.

Lebih istimewa apabila ia bakal hadir di pasaran pada 12 November. Manakala gamers di Malaysia juga dapat bersorak gembira kerana mereka berpeluang mendapatkannya pada 19 November 2020.

PLAYSTATION 5 HEBAT TERTARIK MEMANG DA BOMB

Sony Interactive Entertainment turut mengumumkan beberapa pilihan permainan video eksklusif untuk PlayStation 5 dengan antaranya ‘Resident Evil Village’, ‘Hogwarts Legacy’, ‘Final Fantasy XVI’ serta ‘Spider-Man: Miles Morales’.

MASKULIN yakin ramai di antara sudah membuat kira-kira bajet dan memikirkan taktik terbaik untuk memujuk isteri atau pasangan demi merealisasikan impian mendapatkannya.

Jika anda ingin mencari konrtroller gaming pada harga sangat berpatutan, anda boleh dapatkan di sini!