Saban tahun indsutri eSport di Malaysia dan juga di peringkat global berkembang dengan cukup pesat sekali.

Jumlah hadiah wang tunai menjadi semakin banyak dan ini sekaligus membuka ruang untuk menarik lebih ramai orang bercita-cita menjadi seorang games profisional dan sepenuh masa.

Malah ia kini sudah dijadikan sebagai kerjaya tetap oleh ramai peminat sukan elektronik ini bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara.

Jika suatu ketika dahulu permainan video hanyalah dianggap sebagai hobi serta medium untuk mengisi masa lapang. Perkembangan serta kemajuan yang dicapai dalam industri permainan video dengan pelbagai teknologi hebat telah membuka banyak peluang pekerjaan.

Pros & Cons Menjadi Seorang Gamer eSport Sepenuh Masa & Profesional

Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa industri gaming telah melepasi industri Hollywood dari segi nilai dan pendapatan. Senagai contoh, permainan video ‘Red Dead Redemption 2’ telah dijual sebanyak 23 juta unit dan mencatatkan jualan sebanyak USD725 juta pada minggu pertama ia dikeluarkan sahaja!

Walaupun begitu jumlah wang yang mengalir masuk kepada gamer profesional juga banyak. Pada tahun lalu gamer berpengaruh Tyler Blevins atau lebih dikenali sebagai Ninja meraih pendapatan sebanyak USD17 juta setahun.

IKLAN

Di Malaysia juga kita sudah ada ramai gamer profesional yang cukup berpengaruh seperti Soloz yang pernah tular membeli kereta Mustang berharga lebih RM400 ribu.

Namun dalam setiap pekerjaan pasti ada pros dan cons. Buat anda yang berkira-kira ingin jadi seperti Ninja atau Soloz, perlau tahu perkara-perkara yang MASKULIN kongsi di bawah.

PROS

Hadiah Lumayan

Seperti yang MASKULIN katakan jumlah hadiah wang tunai dalam setiap kejohanan meningkat hari demi hari. eSport telah membawa banyak tajaan dan meraih pendapatan menerusipengiklanan dan juga penstriman. Hadiah wang tunai yang tinggi membuatkan semakin ramai anak muda berkecimpung dengan serius sebagai gamer sepenuh masa.

Skil Pantas

IKLAN

Kebanyakan eSports kini sangatkompleks dan dimainkan dengan cukup pantas. Satu kajian telah dijalankan dengan seramai 50 pemain bermain game ‘Sims 2’ dan 50 orang lagi dengan ‘Call of Duty’. Hasil kajian mendapati pemain ‘Call of Duty’ mampu membuat keputusan 25% lebih pantas. Ini membuatkan mereka lebih cepat memproses dan melakukan keputusan hatta dalam kehidupan sekali.

Interaksi Sosial

Dahuli ramai beranggapan bahawa gamer adalah seorang yang anti sosial. Namun kajian terbaru menunjukkan ia adalah sebaliknya. Permaina video secara atas talian mampu membentuk komuniti tersendiri dan melatih hubungan intraksi sosial yang baik. eSport telah berubah menjadi fenomena baru dan membenarkan pemian seluruh dunia berinteraksi menerusi permainan video.

Populariti

IKLAN

Penstriman perlawanan eSport semakin hari semakin tinggi jumlah penonton. Ini secara tidak langsung memberikan populariti kepada gamers. Dan menerusi populariti inilah yang akan membuka banyak pintu erta peluang di masaakan datang.

Pros & Cons Menjadi Seorang Gamer eSport Sepenuh Masa & Profesional

CONS

Pelaburan Masa

Untuk menjadi gamers yang berjaya tidak berlaku dalam sekelip mata. Setiap kejayaan games pasti ada kisah pengorbanan, dedikasi serta usaha keras yang dilakukan mereka setiap hari. Persaingan juga sangat sengit kerana setiap games mahu menjadi yang terbaik. Latihan harian juga bukanlah mudah terutamanya melibatkan permainan video berpasukan. Jadi banyak masa harus dicurah dan dikorbankan.

Masalah Kesihatan

Duduk terlalu lama di atas kerusi boleh memberikan kesan kesihatan dalam jangka masa panjang. Selain itu ramai juga gamers ada tabiat minum muniman berkarbinat dalam jumlah yang cuup besar. Jika ini berlaku kemungkinan untuk obesiti adalah tinggi. Penyakit sindrom carpal tunnel juga menjadi musuh utama gamer di mana penyakit ini melibatkan kecederaan otot dan saraf di bahagian tangan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI