Ia merupakan ikon kereta nasional negara. Dan ia juga telah membuka jalan kepada industri automatif nasional yang kini telah berjaya meletakkan nama Malaysia di peta dunia.
Jadi tidak salahlah jika ramai mengangap Proton Saga merupakan ‘godfather’ kepada industri kereta nasional. Hari ini, 9 Julai menandakan ulang tahun yang ke-35 sejak Proton Saga pertama kali diperkenalkan.
Malah tokoh negara Tun Dr Mahathir Mohamed turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada Proton Saga yang lahir daripada idea dan wawasan beliau ketika menjadi Perdana Menteri yang keempat dahulu.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 9, 2020
Bagi meraikan ulang tahun yang ke-35 ini juga Proton telah mengeluarkan model eksklusif Proton Saga Anniversary Edition. Menariknya model ulang tahun ini menggunakan siri terkini iaitu Proton Saga Premium AT.
Ads
Tampil dengan warna eksklusif iaitu Quartz Black, ia diserlahkan dengan cukup elegan dengan kemasa warna kuning di beberapa bahagian seperti gril, lip hadapan, cermin sisi dan skirt.
Pada bahagian dalamannya juga turut menampilkan warna kuning keemasan. Ini dapat dilihat pada bahagian meter serta corong penghawa dingin.
Ads
Proton juga memperkenalkan beberapa penambahan ciri-ciri yang tidak terdapat pada modelnya yang lain. Tema sporty yang ditampilkan pada model edisi eksklusif ini dikatakan mengambil inspirasi dari siri R3 iaitu keluaran kereta motosport bagi Proton.
Saiz rim kekal dengan 15 inci tapi diperkenalkan dengan kemasan kelabu matte. Selain itu aksesorinya lebih premium. Sebagai contoh ia dilengkapi lampu LED Daytime Running dan paparan skrin sesentuh 7 inci bagi kawalan sistem audio.
Ads
Walau bagaimanapun tiada sebarang plak atau logo yang menyatakan ia merupakan siri ulang tahun ke-35. Namun ia tidak bermakna model ini tidak tampil sebagai edisi istimewa yang bukan sahaja terhad keluarannya.
Difahamkan hanya 1,100 unit sahaja dikeluarkan dengan harga RM39,300 (tanpa insurans). Jika dilihat pada jumlah keluaran tersebut MASKULIN yakin ia akan habis dijual dalam sekelip mata. Edisi seperti ini bukan selalu dapat kita lihat untuk dihasilkan apatah lagi dengan pelbagai ciri eksklusifnya.
Buat anda yang berminat olehlah membuat tempahan bermula hari ini di laman sesawang rasmi Proton.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Terlalu ramai orang yang hanya tahu bawa kereta sahaja dan tak berapa peduli tentang ‘kesihatan’ kenderaan mereka. Sikap sambil lewa inilah yang akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri bila kereta mula rosa akibat tidak diservis.
Selain itu tindakan tak mempedulikan kondisi semasa kereta boleh menyebabkan kemalangan. Tak percaya? Cuba fikir tentang brek kereta. Sudoah banyak kejadian kemalangan berlaku disebabkan brek tidak berfungsi dengan baik.
Dan ini disebabkan oleh kecuaian pemilik kenderaan yang memandang perkara ini sebagai remeh sedangkan ia boleh meragut nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.
Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?
Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.
Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).
Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada nahagian yang rosak.
Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.
Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.
Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.
Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama menerusi Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.
Shell Malaysia Official Online Store ini akan memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen. Selain daripada memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna kerana membeli produk Shell Helix dari sumber rasmi yang terjamin kualitinya, pembelian di gedung dalam talian ini adalah begitu menyenangkan kerana harganya adalah termasuk penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Para pemilik kereta yang meyakini Shell Helix untuk memenuhi keperluan pelinciran enjin kereta mereka juga pastinya berasa senang bila mengetahui bahawaShell Malaysia Official Online Store menawarkan nilai yang hebat bagi pakej-pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor.
Pakej lengkap tersebut dari harga serendah RM103, merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.
Sempena pelancaran ini, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017.
Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untukmengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untukkereta mereka.
Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman berkata, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.
“Ini adalah satu lagi inisiatif daripada Shell, hari ini kami berbangga kerana menjadi syarikat minyak dan gas yang pertama di Malaysia yang mempunyai kehadiran rasmi di platform e-dagang yang ternama seperti Lazada Malaysia.
“Inisiatif ini akan membantu mengembangkan pasaran dan meluaskan jangkauan kami serta melengkapi jaringan perniagaan sedia ada di negara ini, yang telah terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan bahawa syarikat tersebut begitu teruja dengan penyertaan Shell, sebuah jenama global yang terkemuka, di platform e-dagangnya yang ternama di Malaysia.
“Kerjasama ini adalah sesuatu yang amat baik untuk Lazada dan Shell kerana ia mengutamakan pelanggan di mana mereka kini mempunyai akses yang tiada bandingannya kepada pelbagai rangkaian produk rasmi Shell Helix menerusi platform kami.
“Jenama seperti Shell memperakui kepentingan strategik e-dagang di Asia Tenggara dan kami ingin bekerjasama dengan Shell dalam mengembangkan kehadirannya dalam talian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.
Berita tentang model 150cc milik Modenas sudah lama berlegar sejak 2016. Tetapi sayangnya, Modenas mengambil keputusan untuk menutup fail projek kapcai 150cc mereka.
Keterujaan pengguna tempatan untuk merasai teknologi Modenas bagi model kapcai 150cc akhirnya kecundang. Bagaimanapun, khabar terbaru yang diterima, pihak Modenas kini masih meneruskan pembangunan model kapcai berkenaan.
Namun, Modenas memilih enjin 175cc berbanding 150cc sebelumnya. Tentunya khabar ini bukan omongan kosong. Hal ini kerana beberapa foto pihak penyelidikan dan pembangunan (R&D) Modenas sedang melakukan ujian mula tersebar di laman sosial.
Tidak mustahil untuk Modenas memperkenalkan kapcai bersesaran 175cc. Tentunya Modenas menggunakan enjin 150cc sebelum ini yang dibangunkan di Austria. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, asas pembangunan enjin Modenas tersebut bagi sesaran 125cc sehingga 250cc.
Untuk mendapat sesaran yang lebih besar, Modenas hanya perlu melakukan talaan pada gerek dan lejang serta blok.
Agak sayang sekiranya proses pembangunan enjin tersebut dihentikan begitu sahaja. Kerana penulis difahamkan pihak konglomerat DRB-Hicom telah melaburkan kira-kira RM20juta bagi membangunkan enjin prototaip tersebut.
Bahkan, pihak Modenas memerlukan baki kira-kira RM20juta untuk meneruskan ke peringkat pembinaan. Nampaknya, pihak Modenas mula mendapat semangat baharu selepas kerjasama dengan pihak Bajaj Auto mula mendapat sambutan.
Diharapkan projek kapcai 175cc berkenaan tidak terhenti di tengah jalan dan sekali lagi menghampakan peminat dua roda.
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.