Bagi kebanyakan pelari, cabaran sebenar sebelum berlari marathon bukan sekadar latihan fizikal atau persiapan gear, tapi soal tidur.

Seorang content creator yang juga pelari aktif, Hazim Nyem kongsi dalam videonya di TikTok bahawa normal sebenarnya untuk susah tidur malam sebelum event besar.

Katanya, walaupun pelari elite yang dah puluhan kali sertai marathon, mereka tetap rasa susah nak lelap pada malam penting itu.

Kenapa Susah Nak Tidur?

Menurut Hazim, banyak faktor yang datang serentak rasa risau boleh perform atau tidak, terlalu excited nak turun beraksi, sampai ada yang rasa macam adrenaline malam tu memang tak nak bagi mata pejam.

@hazim_nyem TIPS TIDUR SEBELUM RACE DAY Normal ke susah nak tidur malam sebelum RACE DAY? itu normal bagi pelari untuk susah nak tidur nyenyak sebelum RACE DAY sebabnya ada macam-macam faktor dan perasaan yang hadir antaranya risau, over excited sehimgg naik adrenalin. Walaubagaimanapun, itu tidak menunjukkan signifikan pada prestasi kalau tidur cukup pada minggu RACE DAY. Rekomendasi dan pengalaman elit biasanya dapat 2-3 hari tidur nyenyak pun dan dikira baik. Dari segi timimg itu, terpulang pada diri. Sebaiknya elit runner kongsikan adalah 8 jam dikira tempoh terbaik untuk beri ruang badan rehat dan bersedia sepenuhnya. #TipsRaceDay “Story best, kita kongsi” Semoga bermanfaat #MalaysiaRunner #tipslari #TipsLongRun #MAFTraining ♬ original sound – Hazim Nyem

Situasi ini bukanlah tanda kelemahan, sebaliknya sebahagian daripada perjalanan seorang pelari.

Rahsia Sebenar, 2–3 Hari Sebelum Event

Hazim tekankan, rahsia sebenar bukanlah pada malam terakhir sebelum event, tetapi 2–3 hari sebelumnya.

Ads

Jika masa itu pelari dapat cukup tidur dan rehat, badan sudah bersedia untuk menghadapi larian.

“Kalau dapat tidur malam sebelum marathon tu memang bonus, tapi kalau tak dapat, jangan panik. Yang penting badan dah recharge lebih awal,” jelasnya.

Selain itu, Hazim berkongsi bahawa rehat bukan bermaksud tidur semata-mata. Rehat boleh datang dalam bentuk lain elakkan aktiviti berat, jaga pemakanan, cuba tenangkan diri dengan muzik santai, atau lakukan sedikit stretching ringan.

Apa yang paling penting ialah memberi ruang pada tubuh dan minda untuk relax.

Jadi, kalau anda pun berdepan masalah sama menjelang marathon percayalah, anda bukan keseorangan.

Ads

Hazim Nyem sudah buktikan, tidur itu bonus, tapi rehat adalah keutamaan.

Rest Day & Tidur, Lelaki Ini Dedah Apa Yang Pelari Selalu Terlepas Pandang
Foto : Parkrun

Apa yang lebih penting ialah bagaimana anda menjaga tubuh sepanjang persiapan, termasuk pemakanan, hidrasi, serta waktu rehat yang konsisten beberapa hari sebelum hari perlumbaan.

Mungkin malam terakhir sukar untuk lelap kerana rasa gugup atau teruja, itu perkara biasa.

BACA LAGI : Kenapa Ramai Atlet Berbakat Gagal Sebelum Menjadi Juara?

Ads

Namun, jangan biarkan ia merosakkan keyakinan anda.

Percayalah, tubuh yang sudah cukup rehat dalam tempoh beberapa hari sebelumnya tetap mampu beraksi dengan baik.

Kesimpulannya, jangan terlalu bimbang soal tidur malam terakhir. Fokus pada rehat yang berkualiti, kawal emosi, dan nikmati perjalanan anda di garis marathon.

Itulah rahsia sebenar untuk kekal bertenaga dan berlari dengan penuh semangat.

Sumber : Tiktok Hazim Nyem

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads