Bayangkan bila anda bangun sahaja tidur, sakit leher menyerang bagai nak gila. Mahu toleh ke kiri atau kanan pun sukar dilakukan kerana rasa sakit yang amat.

Situasi di atas pasti pernah berlaku kepada anda, bukan? Namun sebenarnya bukan itu sahaja punca mengapa anda boleh sakit leher. Kondisi sakit leher boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan disebabkan oleh pelbagai punca.

Ia satu kondisi sakit yang cukup menjengkelkan kerana secara tidak langsung membataskan pergerakan untuk kita melakukan aktiviti seharian. Sebelum merawatnya anda harus tahu bagaimana sakit leher boleh berlaku dan cara untuk mengatasinya.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa punca utama menyebabkan sakit leher berlaku.

POSTUR ATAU KEDUDUKAN TIDUR

Ini salah satu punca yang biasa kita hadapi. Kedudukan postur badan ketika melakukan kerja seperti mendongak terlalu lama boleh menyebabkan ia berlaku. Begitu juga kedudukan badan dan leher yang tidak baik semasa anda tidur. Jika ia bertersuan cari bantal yang sesuai boleh menyokong postur leher dengan baik.

IKLAN

Bayangkan bila anda bangun sahaja tidur, sakit leher menyerang bagai nak gila. Mahu toleh ke kiri atau kanan pun sukar dilakukan kerana rasa sakit yang amat.

STRES

Kondisi yang bukan sahaja menyebabkan kepala rasa sakit tetapi juga leher. Apabila anda stres otot-otot badan terutamanya di bahagian leher akan menjadi tegang. Dan ketegangan otot inilah yang boleh menyebabkan lama-kelamaan menjadi sakit. Jika rasa stres duduk atau baring dahulu. Pastikan badan anda mengambil posisi rehat sebaiknya.

BERAT BADAN BERLEBIHAN

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan ia boleh menyebabkan tekanan di bahagian tulang belakang yang terus bersambung ke bahagian leher. Jadi kawallan pemakanan anda sebaik mungkin agar berat badan boleh menjadi lebih sihat dengan BMI yang baik.

WHIPLASH

Kondisi ini boleh berlaku apabila badan anda berdepan dengan gerakan yang terlalu pantas. Sedangkan badan anda tidak bersedia untuk berdepan dengan seretan begitu. Mereka yang berdepan ‘whiplash’ boleh menderita sakit kepala, bawah belakang, pening, mual dan juga beberapa simptom yang lain.

SLIPPED DISK

Kecederaan yang cukup ditakuti oleh sesiapa sahaja. Kondisi ini berlaku apabila salah disc di antara tulang belakang menjadi lemah dan terhakis. Ini menyebabkan tulang belakang tidak dilindungi sebainya. Bila ini berlaku ia boleh menyebabkan kesakitan di bahagian belakang dan jug a leher.

SAKIT KEPALA

Terdapat beberapa jenis sakit kepala yang boleh merebak hingga anda sakit leher. Sakit kepala seperti migrain boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat tahan sakit. Jika sakit migrain berpanjangan anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan terapi.

UMUR

Meningkatnya usia bermakna badan anda juga menjadi semakin lemah. Bila meningkat usia badan kita akan mudah mendapat pelbagai jenis keakitan otot terutamanya di bahagian leher. Salah satu kondisi yang biasa ialah arthritis.

Sakit leher boleh dilegakan dengan menggunakan mesin urut yang baik. Anda boleh dapatkannya di sini!