Masalah nak buang perut buncit memang sukar. Jika dulu, perut buncit selalu muncul selepas lelaki berkahwin. Tetapi kini, lelaki yang belum berkahwin pun perutnya sudah maju ke depan.
Tahu tak anda, ada cara yang pantas untuk buang perut buncit? Janji anda lakukan dengan konsisten dan jaga pemakanan, masalah perut buncit akan mudah untuk diatasi.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit sehingga ada yang menawarkan kos yang tinggi. Namun, dengan 5 senaman mudah ini anda dapat buang perut buncit walaupun sambil baring.
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
Ads
2. Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
Ads
3. Flutter Kicks
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
5. Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orang lelaki jangan buat ‘derk’ dengan tanda-tanda fizikal pada badan korang yang mungkin menjadi petunjuk awal penyakit-penyakit berbahaya. Ikuti 5 tanda-tanda mudah ini demi kesihatan korang.
Untuk lelaki dewasa yang sihat, kadar denyut nadi normal adalah sekitar 70-75 denyutan sesaat. Cara nak ukur senang je. Letakkan dua jari di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kemudian darabkan jumlah denyutan yang korang dapat tadi dengan 4 untuk mendapatkan nilai per minitnya.
Yang ini senang je. Jika pengambilan air kosong cukup, air kencing akan bewarna putih jernih. Sebaliknya jika korang asyik minum air manis atau kurang minum air, warna air kencing kuning pekat atau gelap. Kalau dah kuning bertukar semakin pekat ke warna kemerahan dan bau yang agak kuat, baik korang lekas pergi jumpa doktor.
Jika kuku korang sihat, ia akan bewarna merah muda. Untuk kuku ini korang tak perlu risau sangat. Sesetengah lelaki kukunya bewarna kuning yang mungkin menandakan masalah pernafasan. Tapi kalau kuku berlekuk hati-hati kerana ia mungkin simptom awal penyakit diabetis. Jadi, rajin-rajinglah periksa kuku korang bila ada masa.
Mesti Baca: Manfaat Air Mani Buat Wanita Menurut Sains
Untuk lelaki normal, korang mampu menghasilkan cairan air mani kira-kira 2-5ml ketika ejakulasi. Tepi kena ingat juga semakin korang berusia, air mani akan berkurangan. Jika muda-muda lagi air mani tak sampai 2ml itu mungkin tanda penyakit hypersermia yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Selain itu, korang kena check juga warna air mani. Air mani lelaki yang sihat biasanya bewarna putih dan pekat. Kalau air mani korang cair sangat atau mengandungi darah, kena cepat berjumpa doktor.
Yang ni pun senang juga. Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal, contohnya bila dicubit. Kalau badan korang kekurangan air, dah lama cubit pun kulit masih tak kembali kepada posisi asal. Baik korang test cubit tangan korang sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Tadi pagi dah sarapan, sekarang lapar balik. Takkan nak makan makanan berat sebelum waktu lunch,” ujar seorang lelaki sambil mengusap perutnya.
Pernah berdepan dengan situasi sebegini? Rasanya semua orang pun ada waktunya pernah melalui fasa yang sama.
Sebenarnya tak salah untuk anda alas perut dengan mengunyah makanan yang ringan sebelum tibanya waktu untuk makan berat pada waktu tengahari.
Sehubungan itu, anda boleh cuba untuk ambil lima menu ini untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada perut :
Di sebalik pelbagai mitos buruk tentang telur, ramai yang tidak tahu telur sebenarnya mengandung 13 nutrisi penting untuk tubuh termasuk tinggi kandungan proteinnya. Kajian juga telah membuktikan dengan mengambil sarapan berprotein tinggi cuba membuatkan anda cepat kenyang. Ditambah lagi dengan kuning telur yang tinggi kandungan vitamin B, ia bukan sahaja penting untuk ketajaman memori malah kaya dengan zat untuk kesihatan mata.
Pisang cukup terkenal dengan tinggi kandungan kalorinya iaitu 105 kalori per ulas pisang yang ukuran sedang. Selain kaya dengan serat, vitamin C serta potasium. Seulas pisang yang berukuran sedang bukan sahaja memiliki 422 miligram kandungan potasium malah dapat membantu anda menurunkan tekanan darah tinggi. Serat dalam pisang pula dapat menghasilkan kesan kenyang yang lebih tahan lama.
Yogurt juga mengandungi sumber protein boleh mengenyangkan perut dengan sangat baik. Selain itu, yogurt juga kaya dengan kalsium selain anda digalakkan makan yogurt yang asli tanpa sebarang perisa campuran.
Semangkuk bubur oatmeal mengandung serat tinggi selain dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama. Dengan pengambilan oat juga, beberapa penyakit seperti kolesterol tinggi dan diabetes dapat dikurangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mula membabitkan diri dalam dunia permotoran ketika usia enam tahun dengan penggunaan Go-Kart sebagai hobi pada peringkat awal, anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini, Jazeman Jaafar terus memburu impian untuk bergelar pelumba Formula Satu (F1).
Hasrat ini bukanlah sekadar omongan kosong apabila Jazeman membuktikan potensi dirinya melalui beberapa kejohanan yang disertai pada ketika itu sehinggalah kini bergelar pelumba McLaren GT untuk Blancpain Endurance Series Formula Renault 3.5.
Jazeman yang ditemui Sisipan Maskulin baru-baru ini turut berkongsi pengalaman dilaluinya pada peringkat awal sehinggalah sampai ke tahap ini.
PEMBABITAN AWAL
Mula berlumba ketika berumur enam tahun dengan penggunaan Go-Kart. Pada mulanya, ia sebagai hobi dan kemudian saya memenangi kejohanan di Malaysia, Asia dan Eropah sebelum menyertai perlumbaan Formula Renault Asia dan mendapat tempat ketiga, diikuti sebagai juara Formula BMW Asia.
Saya berpindah ke Eropah dan berlumba untuk British Formula 3 dan menang tempat kedua kesuluruhan. Kemudian saya berlumba Formula Renault 3.5 di bawah Petronas Talent Development Program bertanding dengan pemandu lain untuk memenangi Monaco Grand Prix.
Saya juga bergiat dalam perkembangan dengan Mercedes AMG Petronas pada 2011-2015 dan membuat sesi ujian enam kali di Silverstone dan Portugal. Tahun lepas, saya meraih kemenangan di tempat kedua dalam Blancpain Endurance Series sebagai pencapaian terbaru bersama Mercedes AMG dan kini saya menjadi pelumba McLaren GT untuk Blancpain Endurance Series.
CABARAN TERBESAR
Menyerlah ketika beraksi di Kejuaraan British Formula 3, Jazeman meniti musim cemerlang selepas beraksi dalam Kejuaraan Formula Renault untuk muncul juara dalam perlumbaan di litar teknikal di Monaco 2015.
Jazeman anggap pentas Blancpain ini adalah satu cabaran baru buatnya, sebagai persediaannya untuk menjadi Formula Satu pada suatu hari nanti.
”Impian F1 saya belum tamat. Saya masih muda dan masih mempunyai ruang untuk terus belajar, saya menyertai program GT untuk menjadi pelumba yang lebih lengkap,” katanya.
MENTOR
“Pelumba legenda F1 sepanjang zaman, Ayrton Senna dari Brazil adalah mentor saya, beliau bermula dari bawah membabitkan diri melalui sukan go kart pada umur empat tahun dan memenangi Formula 3 Championship pada 1983 sebelum memulakan karier F1 setahun kemudian,” ujarnya.
KENANGAN DILALUI
Dalam karier pengalaman pahit dan manis sememangnya tidak lari, begitu juga Jazeman yang menganggap memenangi Monaco Grand Prix 2015 adalah kenangan manis dalam kerjayanya.
“Namun dinafikan gelaran kejuaraan British F3 Championship dengan perbezaan satu mata memberi banyak pengajaran dan pengalaman buat saya,” jelasnya turut menggemari aktiviti berbasikal dan mengembara.
ERTI KEJAYAAN
Selepas segala titik peluh, usaha dan dedikasi saya beri, kejayaan itu adalah segalanya. Terutamanya apabila lagu Negaraku berkumandang di Podium.
KAEDAH SENAMAN
Saya berlatih banyak dengan high intensity dan Crossfit 3 atau 4 kali seminggu. Pada hari lain pula, saya lakukan senaman cardio seperti berlari, berenang dan lain lain.
HARAPAN MASA DEPAN
Tekad untuk terus bertanding dan memenangi Le Mans 24 Hours dan juga World Endurance Championship.
–tamat—
PROFIL RINGKAS
Nama Penuh : Jazeman Firhan Jaafar
Tarikh Lahir : 13 November 1992
Pasukan terkini : Pelumba McLaren GT
Bilangan adik beradik : Anak bongsu dari tiga adik beradik.
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.