Pada zaman kini bukan wanita sahaja yang banyak membeli dan menggunakan produk berkait rapat dengan kesihatan, kecantikan dan juga agen untuk menurunkan berat badan.

Seringkali kita dengar beberapa kes di mana pengguna mendaftar kesan yang buruk selepas mengambil ubat-ubatan atau makanan yang didakwa mengandungi khasiat untuk kesihatan.

Namun ada anda sebagai pengguna sedar sesetengah produk di pasaran melanggar undang-undang dan tidak mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebuah perkongsian menarik telah dilakukan oleh di Facebook oleh page Public Health Malaysia berkaitan dengan isu ini. Di dalam posting ini pihak mereka memberi ingatan kepada pengguna agar lebih berhati-hati. Dan paling penting berkongsi tip bagaimana nak kenal pasti sama ada produk yang anda beli mendaftar atau tidak.

Perkongsian ini juga mengajar bagaimana untuk anda elak jadi mangsa penipuan penjual produk tidak berdaftar KKM. Jom ikut perkongsian tersebut di bawah:


PRODUK INI BERDAFTAR TAK DENGAN KKM?

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah membuat kenyataan akhbar berkenaan produk tidak berdaftar dan mengandungi bahan terlarang yang dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM.

Ads

“Sampai Bila Nak Kena Tipu Dengan Founder & Produk Tak Berdaftar KKM”, Perkongsian Ajar Pengguna Jadi Lebih Bijak

Lebih mengejutkan orang ramai ada produk yang sangat terkenal kerana diiklankan secara besar-besaran termasuklah melalui billboard di sepanjang lebuh raya tanah air kita.

Sampai bila nak kena kencing dengan founder & penjual produk tidak berdaftar dengan KKM? Sampai bila nak tertipu?

Ads

Jom periksa sendiri status pendaftaran sesuatu ubat atau produk kesihatan!

 

Produk berdaftar dengan KKM ada 2 ciri:

1. Mempunyai nombor pendaftaran MAL KKM yang boleh diperiksa di http://npra.moh.gov.my atau aplikasi NPRA Product Status.

Ads
  • Nombor pendaftaran MAL KKM ini wajib dipamerkan pada packaging produk bag memudahkan pengguna periksa sama ada betul atau tidak.
  • Sebagai contoh ada penjual online jual Panadol Extra Tablets. Kita boleh guna nama ubat/produk tersebut untuk memeriksa kesahihan tentang status pendaftaran KKM nya. (Rujuk gambar 1)
  • Contoh kedua penjual online memberitahu produk tersebut mempunyai nombor pendaftaran KKM MAL iaitu MAL19983954X. Anda boleh gunakan nombor tersebut untuk turut diperiksa. (Rujuk gambar 2)
  • Selain itu kita juga boleh membuat pencarian dengan menggunakan holder name(Pemilik nombor pendaftaran produk), manufacturer name, importer dan active ingredient.

2. Mempunyai hologram meditag KKM.

  • Produk yang berdaftar dengan KKM mempunyai hologram khas yang disediakan oleh KKM.
  • Hanya hologram meditag KKM sahaja yang valid.
  • Kini kebanyakan produk berdaftar yang berada di pasaran menggunakan hologram meditag generasi 3 dan terbaru sekali generasi empat yang boleh di”scan” dengan menggunakan aplikasi Meditag Checker. (Rujuk gambar 3)

Kesimpulan:

  • Setiap produk kesihatan atau ubat yang berdaftar dengan KKM mempunyai dua ciri utama seperti yang disebut di atas.
  • Jika penjual memaklumkan produk mereka berdaftar dengan KKM, periksalah kedua-dua ciri tersebut. Jika ada, maka sahihlah produk tersebut berdaftar dengan KKM.
  • Jika tidak, penjual tersebut cuba memperdayakan kita supaya membeli produk tidak berdaftar dengan KKM yang dijual oleh mereka.
  • Hanya produk berdaftar dengan KKM mempunyai jaminan keselamatan, keberkesanan dan kualiti daripada KKM.
  • Penggunaan produk tidak berdaftar dikhuatiri hanyalah penipuan atau mengandungi bahan terlarang yang memudadatkan kesihatan serta membahayakan nyawa.
  • Semoga selepas ini kita tidak lagi tertipu dengan penjual ubat dan produk kesihatan yang tidak bertanggungjawab.

Diarap perkongsian menarik dari Public Health Malaysia sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda.

Perkongsian asal:

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI