Air merupakan elemen yang sangat penting dalam hidup kita. Malah tanpa air manusia boleh berdepan maut jika tkandungan air dalam badan tidak mencukupi.
Dalam kehidupan harian kita juga jumlah pengambilan air juga sangat penting. Jadi apakah faktor-faktor yang menentukan jumlah air yang harus kita ambil dalam sehari?
1. Berat Badan
Semakin besar atau lebih berat badan seseorang itu, maka lebih banyak air yang diperlukan.
2. Tahap senaman yang dilakukan
Apabila membuat senaman atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membuatkan kita berpeluh, kita perlu minum air tambahan bagi mengimbangi kehilangan cecair. Tambahan air sebanyak 400-600 ml (kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan) adalah mencukupi untuk senaman yang ringkas, tetapi senaman yang berpanjangan yang lebih daripada satu jam (contohnya, berlari marathon) akan memerlukan pengambilan cecair yang lebih banyak.
3. Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi
Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi memerlukan cecair tambahan untuk sentiasa terhidrat. Institut Perubatan mengesyorkan bahawa wanita hamil minum 2.3 liter (kira-kira 10 cawan) cecair setiap hari dan wanita yang menyusukan bayi mengambil 3.1 liter (kira-kira 13 cawan) air sehari.
Ads
4. Berada pada tempat yang amat tinggi
Tahap ketinggian yang lebih daripada 8200 kaki (2,500 meter) boleh mengakibatkan pembuangan air kecil yang lebih kerap serta pernafasan yang lebih cepat. Penggunaan rizab cecair yang berlebihan akan mendorong kita untuk minum air yang lebih.
5. Berada dalam iklim yang sangat panas atau sejuk
Cuaca yang panas atau lembabp boleh membuat kita berpeluh dan memerlukan pengambilan tambahan cecair. Udara dalaman yang dipanaskan juga boleh menyebabkan kulit kita kehilangan kelembapan semasa musim sejuk.
Ads
6. Ketika sakit atau kurang sihat
Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah atau cirit-birit, badan kita kehilangan banyak cecair (dehidrasi). Dalam keadaan ini, anda mesti minum lebih banyak air. Dalam kes jangkitan pundi kencing atau batu saluran kencing, cecair tambahan juga diperlukan.
Sekiranya badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia terpaksa bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Jika keadaan ini berlarutan, lama kelamaan ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya boleh mendapat sakit buah pinggang.
Ads
Walau apapun, bersederhanalah dalam pengambilan air yang mencukupi iaitu antara 2 hingga 4 liter air sehari bagi terutamanya jika anda berdiet atkins. Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Buah pinggang tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut. Tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada air kencing. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar cecair terus ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, pitam, pengsan dan boleh mengakibatkan kematian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kanser merupakan penyakit yang menjadi musuh utama kita yang kadangkala datang tanpa amaran. Begitu juga dengan kanser buah pinggang yang kini menjadi salah satu kanser yang sering ditemui pada manusia.
Mengikut defini dari laman kesihatan WebMD, kanser buah pinggang juga dikenali sebagai kanser renal merupakan penyakit di mana sel buah pinggang menjadi kanser dan membentuk tumor.
Hampir kesemua kes kanser buah pinggang mendapati ia mula muncul di kawasan tubules. Buat anda yang tak pasti tentang buah pinggang, ia merupakan sepasang organ penting berberbentuk seperti kacang. Tugas utama organ ini ialah membersihkan darah, membuang hasil kotoran dan menghasilkan air kencing.
Menurut American Cancer Society, hampir 74 ribu jes kanser buah pinggang diramal berlaku sepanjang tahun 2019. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan kini dikenali sebagai satu daripada 10 kanser yang sering ditemui pada mansuia.
Jadi bagaimana kita boleh mengesan terlebih awal dan mendapatkan rawatan bagi mengelakkan ia merebak lebih teruk. Ikuti 10 petanda yang cukup penting ini!
PENYEBAB KANSER BUAH PINGGANG
Salah satu punca kanser buah pinggang ialah disebabkan faktor genetik dan keturunan. Tapi antara penyebab luaran yang lain paling utama ialah tabiat merokok. Faktor lain pula ialah masalah berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi dan pengambilan ubat dalam jangka masa panjang.
BENJOLAN
Pertumbuhan sel kanser di dalam buah pinggang kadangkala sangat sukar dikesan disebabkan ia merupakan organ dalaman. Sebab itulah agak sukar untuk mengesan tanda-tanda awal tahap kanser ini. Jika terdapat benjolan pada bahagian perut atau bawah punggung dapatkan segera pemeriksaan lanjut.
SAKIT YANG TAK SEMBUH
Pengidap kanser buha pinggang juga berpotensi merasa sakit di bahagian abdomen dan bawah perut. Dan sakit itu datangd an pergi tanpa mengira waktu. Jika adna dapati perkara ini berlaku sila dapatkan rawatan lanjut dengan seberapa segera. Jangan sesekali melakukan diagnos sendiri berdasarkan Internet kerana ia tak akan membantu anda sembuh.
Antara petanda utama kanser buah pinggang ialah terdapat darah di dalam urin semasa anda membuang air kecil. Jika ini berlaku anda harus ambil serius dan lakukan pemeriksaan lanjut dengan seberapa segera. Ia mungkin berlaku disebabkan ada jangkitan di dalam saluran kencing, tetapi jika ia disebabkan kanser ginjal ia mungkin bermakna kanser itu sudah di peringkat tinggi.
SELERA MAKAN & BERAT MENURUN
Sering berasa penat, kurang selera makan dan berat badan yang turun secara mendadak merupakan perubahan fizikal yang sering berlaku kepada penghidap kanser. Ia merupakan antara petanda kronik yang sering terjadi di peringkat kanser paras tiga. Oleh itu perhatikan perubahan fizikal anda setiap masa. Jika sakit tanpa sembuh melebihi seminggu segeralah dapatkan pemeriksaan lanjut.
TEKANAN DARAH MENINGKAT MENGEJUT
Kebiasaannya anda seorang yang sihat dan tekanan darah juga normal. Apabila berlakunya peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba anda harus waspada. Buah pinggang anda seharusnya membantu keseimbangan air dalam bada dan tekanan daran dengan melepaskan hormon dikenali sebagai renin.
ANEMIA
Salah satu sebab anda sering merasa letih adalah kerana jumlah sel darah merah menjadi sangat rendah. Antara hormon lain yang dihasilkan oleh buah pinggang ialah erythropoetin yang berfungsi memicu sumsum tulang menghasilkan sel darah merah. Jika kanser berlaku maka proses ini akan terganggu sekali gus sel darah merah jadi rendah.
DEMAM BERPANJANGAN
Setiap kali anda demam itu bermakna sistem imunisasi sedang bertarung melawan pelnagai penyakit. Ia boleh jadi virus, vakteria ataupun barah. Jika demam anda berpanjangan periksalah suhu badan. Jika ia panas mendadak dan diikuti batuk, sakit otot dan sering bersin pergilah berjumpa doktor.
Seperti kanser lain, jika dapat dikesan terlebih awal anda mungkin boleh sembuh dan menghalangnya daripada terus merebak. Peratusan untuk sembuh agak tinggi jika ia berjaya dikesan lebih awal berbeza jika ia sudah di peringkat kritikal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang lelaki rebah akibat paru-paru bocor setelah dia berjoging sejauh dua setengah batu (empat kilometer) sambil memakai topeng muka.
Menurut doktor, perkara ini berlaku disebabkan oleh tekanan yang tinggi ke atas organ lelaki tersebut kerana pernafasannya yang kuat ketika memakai penutup muka.
Pakar bedah mengatakan lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Zhang Ping dari Hankou, China ini mengalami kebocoran pada paru-paru kirinya dan ia telah mengecut sebanyak 90 peratus.
Zhang dikejarkan ke Pusat Hospital Wuhan pada 7 Mei setelah dia mengalami sesak nafas dan sakit dada.
Katanya, dia kembali berjoging setelah kerajaan China menamatkan perintah berkurung akibat wabak koronavirus, bahkan secara berperingkat menambahkan jumlah lariannya menjadi 4 kilometer.
Kebocoran pada paru-paru ini dikenali sebagai pneumothorax yang biasanya terjadi ketika seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas kerana paru-paru tidak dapat mengembang secara normal sehingga menyebabkan kekurangan oksigen di dalam paru-paru.
Doktor mengatakan bahawa Zhang mengalami pneumothorax spontan, yang mana ia biasanya berlaku kepada penderita asma, fibrosis kistik atau pneumonia.
Penyakt ini boleh menyerang mereka yang tidak mempunyai penyakit paru-paru yang jelas terutamanya lelaki yang berbadan kurus dan tinggi dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun serta perokok.
Zhang juga dikatakan memakai topeng muka setiap kali melakukan larian untuk mengelakkan dirinya dijangkiti walaupun rasa tercekik dan tidak selesa.
Ketua perubatan dari Hospital Wuhan, Dr Chen Baojun mengatakan bahawa Zhang mudah terdedah dengan keadaan itu memandangkan dia seorang yang tinggi dan kurus.
Tambah Dr Chen lagi, keadaan ini mungkin berlaku berpunca daripada pemakaian topeng ketika membuat larian sehingga menyebabkan peningkatan tekanan secara tiba-tiba pada paru-paru Zhang.
Zhang berkongsi di laman sosialnya yang dia kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan nyawanya.
Dalam masa sama, pihak berkuasa pendidikan di China juga turut melarang pelajar-pelajar sekolah memakai topeng muka semasa menjalani pelajaran pendidikan jasmani (PE) kerana risiko kesihatan.
Tidak dinafikan membaca perjalanan kisah transformasi seseorang yang berubah menjadi lebih baik sememangnya cukup mengujakan. Tidak kiralah apa jua cabaran yang dilalui setiap kisah pasti membawa erti yang cukup besar bukan sahaja untuk mereka tetapi orang sekeliling.
Begitu juga dengan kisah seorang lelaki ini yang melakukan transformasi badannya dalam tempoh tujuh bulan.
Lelaki yang dikenali dengan nama Robin ini mula mendapat kesedaran untuk melakukan perubahan apabila mendapati lama-kelamaan badannya sudah tidak muat dengan baju yang ada di dalam almari.
Dari situ dia turut berkongsi bagaimana dirinya mula hilang keyakinan diri. Namun nasibnya berubah selepas bertemu dengan seseorang yang memiliki fizikal yang sangat baik.
“Saya berasa sangat kagum dengan bentuk badannya serta transformasi yang telah dia lalui. Itulah yang membakar semangat saya untuk mula mengikuti jejak langkahnya,” tambah Robin.
LEBIH BERSEMANGAT
Melihat transformasi individu tersebut, Robin menjadi bertambah bersemangat untuk melakukan perkara sama. Dia kemudian menyertai KMAK Fitness bagi menjalani latihan senaman serta diet pemakanan yang terancang. Tujuh bulan kemudian dia sendiri terkejut melihat hasilnya seperti sekarang.
“Pada mulanya saya memang ragu-ragu dan tak percaya boleh turunkan berat badan sehingga hampir 14kg. Tapi dengan rejim senaman dan disiplin yang tinggi saya berjaya,” ujarnya dengan penuh keterujaan.
Robin mendedahkan bahawa dia berjaya kurus dalam tempoh tujuh bulan. Tetapi hasil itu tidak datang dengan mudah. Sepanjang tempoh tujuh bulan tersebut adalah tempoh fasa mencabar dalam hidupnya. Ia bukanlah satu perkara yang mudah.
“Terutama semasa residensi, apabila saya mengambil 14 penerbangan dalam satu bulan, mengembara ke seluruh AS untuk majlis perkahwinan, perayaan dan sebagainya. Saya juga melakukan perjalanan misi pembedahan di India, mengembara bersama keluarga ke Portugal dan berpindah ke bandar baharu di Chicago – semuanya dalam masa tujuh bulan.”
PERANAN JURULATIH
Dari segi kecergasan, Robin menjelaskan dirinya banyak melakukan latihan dan senaman ada. Terdapat juga beberapa jenis senaman yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Di KMAK Fitness peserta yang menyertai program harus merekodkan diri berapa banyak mereka bersenam dan kemudian mereka menghantarnya. Kemudian dalam tempoh 24 jam kemudian jurulatih akan membalas dan memberikan maklum balas. Interaksi seperti inilah salah satu faktor bagaimana dia berjaya melakukannya.
Dari segi pemakanan pula, variasi diet pemakanan yang disarankan oleh mereka membolehkan Robin melakukan banyak perkara seperti melancong dan mengembara.
“Saya mempunyai seseorang yang secara konsisten menyemak saya dan boleh berkata ‘Begini keadaannya, senaman tertentu akan berubah, pemakanan akan berubah’, dan itu sesuai untuk saya.”
Selepas melakukan transformasi ini, Robin akui bahawa kehidupannya turut sama berubah. Paling penting dia berasa lebih selesa dan yakin dengan kondisi diri.
Semoga kisah Robin ini boleh membakar semangat dan menjadi inspirasi untuk anda.
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.