Sekarang boleh dikatakan hampir semua aktiviti sosial telah dibuka dan dibenarkan. Salah satu aktiviti yang ramai orang ternanti-natikan untuk melakukannya semula ialah aktiviti renang.
Selain pusat-pusat akuatik, lokasi seperti pulau peranginan, pantai, sungai, ari terjun dan juga taman tema menjadi pilihan. Namun untuk aktiviti renang yang dalam bentuk senaman anda perlulah melakukannya di lokasi sesuai seperti di kolam rosang atau pusat akuatik komuniti.
Renang merupakan satu bentuk aktiviti kecergasan yang cukup hebat. Lihat sahajalah atlet-atlet renang yang memiliki bentuk badan cukup mantap dan kuat. Malah stamina yang dimiliki mereka juga luar biasa.
Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti renang, berikut MASKULIN kongsikan beberapa kebaikan dan kelebihannya kepada anda.
TAK PERLU KOS TINGGI
Seperti larian, melakukan aktiviti renang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.
Ads
BAKAR KALORI DENGAN EFISIEN
Tahukah anda melakukan renangan selama kira-kira satu jam mampu membakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.
Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.
Aktiviti renang juga boleh membantu melatih dan meningkatkan prestasi paru-paru. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.
Ads
Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.
KAWAL DIABETES
Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.
Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.
Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.
Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.
Kepada anda yang ingin aktif berenang, semoga perkongsian ini boleh memberikan anda suntikan semangat untuk terus melakukannya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dapat dinafikan sindrom tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh datang secara senyap atau bertindak sebagai ‘silent killer’.
Ia boleh membawa komplikasi yang serius dengan serangan strok dan juga menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan lebih awal.
Maka jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera dan berusaha untuk menurunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan melakukan senaman.
Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah. Dikhuatiri jika anda mengikuti membuat senaman membuta tuli ial boleh menyebabkan badan ‘terkejut’. Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.
JENIS LATIHAN TERBAIK
Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga senaman asas yang sesuai. Senaman tersebut ialah;
Senaman kardiovaskular @ aerobik
Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
Senaman regangan
Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.
SEBELUM & SELEPAS BERSENAM
Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.
Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan senaman. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam. Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada senaman anda.
Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti anda pernah mengalami sakit lutut terutamanya selepas berlari, bersenam ataupun melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat. Jika sakit lutut ini tidak dirawat, ia akan menyukarkan anda untuk berjalan dengan baik.
Untuk mengatasi sakit lutut selain menggunakan rawatan moden, ada juga cara tradisional yang boleh anda amalkan. Petua ini dikongsikan Md Rosdi Hasan di entri Facebooknya menggunakan dua bahan.
CARA MERAWAT PENYAKIT LUTUT SUPAYA TULANG RAWAN SIHAT KEMBALI SEPERTI BIASA
Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.
Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartritis sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.
Elak guna minyak sapu panas
Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.
Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.
1. Ambil tiga biji bawang ros India jantan lalu ditumbuk hancur.
2. Campurkan dengan sebiji putih telur (telur kuning jangan diambil) ayam kampung ke dalam cawan.
3. Kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis (berselawatlah ke atas Nabi kita waktu hendak minum).
Lakukan dua kali sehari. In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan perkara ini selama dua atau tiga bulan lntutnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.
Nak tahu bawang jantan macam mana? Pergi tanya orang tua2.
Latihan intensif untuk mendapatkan bentuk bahagian dada yang solid dan padu dengan menggunakan beberapa teknik dan peralatan yang efektif.
Dumbbell squeeze press
Kerahan bebanan dengan menggunakan tenaga pada bahagian tangan dan dada. Tekanan ke bahagian dada ini melalui pergerakan dengan bebanan menjadi faktor kepada pertumbuhan otot yang maksima.
Weighted pushup
Latihan klasik tekan tubi nyata perlu diberi teknik lebih crunch dengan meletakkan bebanan di bahgaian belakang tubuh. Ini dapat meningkatkan keupyaan otot untuk berkerja dengan tekanan yang lebih tinggi.
Incline dumbbell bench press
Memberi tekanan kepada bahagian dada dengan menggunakan bebanan dumble disertai teknik ‘incline’ dengan menaikkan paras ‘bench’ mungkin tampak relaks namun tenaga yang dihasilkan mampu memberi tekanan pada bahagian atas dada.
Cable Fly
Latihan dengan pergerakan yang cukup efektif untuk mengisolasi otot selepas melakukan pelbagai latihan multijoint. Latihan dengan menggunakan kabel nyata dapat meneruskan ketegangan yang dialami lantas meransang pembentukan otot di bahagian dada secara lebih intensif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.