Jika anda mementingkan peralatan yang efisien, memudahkan serta memberikan simbol maskulin tentunya pencukur eletrik merupakan alat yang wajib ada dalam simpanan anda.
Wujud sejak tahun 1030, pencukur eletrik telah banyak mengubah bagaimana lelaki menjaga penampilan. Sekarang pelbagai jenis mesin pencukur eletrik dengan segala macam reka bentuk serta mata pisau membanjiri pasaran.
Setiap satunya juga mempunyai teknologi serta inovasi tersendiri. Buat anda yang belum pernah menggunakan mesin pencukur eletrik, MASKULIN boleh katakan anda merupakan insan-insan yang dalam kerugian.
Malah di pasaran terdapat pelbagai segmen berbeza ditawarkan untuk anda berkulit sensitif, mengemaskan jambang atau janggut, mencukur kepala atau melakukan kemasan misan.
Usahlah terkejut kalau harga mesin pencukur ini sedikit mahal. Tpai bagi MASKULIN apa salahnya kalau anda laburkan sedikit wang demi penjagaan wajah yang lebih baik dan berkesan.
Ads
Di bawah ini MASKULIN ingin kongsi beberapa mesin pencukur eletrik terbaik boleh anda dapati di pasaran.
MAX-T Electric Shaver
Memberikan keselesaan kepad pengguna dengan putaran mesinnya yang perlahan.
Braun Series 7 Wet/Dry Electric Shaver 7899cc
Amat disyorkan kepada pengguna yang mempunyai kulit sensitif.
Ads
Panasonic Arc5 ES-LV65-S
Mempunyai sensor automatik yang akan menilai ketebalan janggut atau jambang.
Philips Norelco’s Series 9000 Prestige
Dilengkapi dengan click-on trimmer untuk misai dan sideburn.
Ads
Remington F5-5800 Rechargeable Foil Shaver
Mesin pencukur ideal untuk melakukan trim kemas pada bahagian janggut, jambang dan sideburn.
Phisco Men’s Electric Rotary Shaver Razor with Beard Trimmer 3D
Amat senang untuk dibersihkan dengan menggunakan air sahaja.
Panasonic ES-LA63-S Arc4 Men’s Electric Razor
Diperbuat daripada stainless steel serta memberikan keselasaan pada wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
AIR KELAPAENAK DIMINUM DAN DIGUNAKAN SECARA MELUAS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN. KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM AIR KELAPA JUGA SANGAT BERMANFAAT UNTUK KECANTIKAN. AIR KELAPA DIKATAKAN DAPAT MEMBANTU MENGATASI PELBAGAI MASALAH KULIT DAN MENJADIKAN WAJAH LEBIH MULUS SERTA CERAH.
PUDARKAN PARUT
Bagi menghilangkan parut pada wajah, sapukan bahagian bermasalah dengan air kelapa. Biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini setiap hari unutk mendapatkan hasil memuaskan. Dari hari ke hari, parut beransur pudar dan akhirnya hilang.
MENGECUTKAN JERAWAT
Jika anda yang menghadapi maslaah jerawat, cuci wajah setiap hari dengan air kelapa. Khasiat yang terkandung dalam air kelapa membantu mengecutkan jerawat secara semula jadi tanapa menginggalkan parut. Ia juga dikatakan dapat membantu memudarkan pigmentasi.
MENGHALUSKAN & MELICINKAN KULIT
Air kelapa juga dapat membantu menghaluskan kulit yang kasar dan tona tidak sekata. Di samping itu, ia membantu kulit wajah licin dan halus. Pembersihan wajah secara konsisten dengan iar kelapa juga dikatakan dapat mengatasi masalah liang roma terbuka. Ia membantu mengecilkan pori-pori dan menjadikan kulit wajah lebih anjal.
SEIMBANGKAN KELEMBAPAN
Adakah anda tahu, air kelapa dapat membantu menyeimbangkan kelembapan pada kulit secara natural. Ia membuatkan kulit wajah tidak terlalu berminyak dan tidak pula kering. Caranya muda, campurkan kelapa parut bersama air kelapa. Kemudian, oles pada wajah sebagai masker. Biarkan sehingga 20 hingga 30 minit, bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dua kali seminggu unutk memiliki kulit wajah yang lembap dan sihat.
MEMBERI KESEGARAN
Golongan yang mempunyai kulit wajah kusam dan lesu, air kepala adalah jawapan kepada masalah anda. Simpan air kelapa di dalam peti sejuk, apabila wajah terasa letih, basuh dengan air kepala. Jangan terus bila, biarkan sehingga air kepala kering. Kemudian bilas dengan air putih. Wajah akan tampak segar dan berseri.
ANTIPENUAAN
Agar tampak awet muda, amalkan membasuh wajah dengan air kelapa setiap pagi. Lakukan petua ini tanpa jemu, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kulit wajah tampak mulus, berseri dan antipenuaan. Air kelapa bertindak secara semula jadi merawat pelbagai masalah kulit wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berbeza dengan kaum wanita, lelaki sebenarnya tak memerlukan terlalu banyak produk penjagaan dan penggayaan rambut. Malah dalam penjagaan harian pun lelaki kebanyakannya lebih selesa menggunakan syampu dan perapi untuk membersihkan rambut.
Manakala untuk penggayaan rambut pula ramai yang lebih selesa menggunakan salah satu daripada 3 produk rambut paling popular iaitu pomade, wax dan gel.
Selain digunakan untuk penggayaan produk-produk rambut ini juga mampu membantu anda mendapatkan gaya rambut yang diingini. Selain itu juga ia juga sarat dengan pelbagai khasiat dan vitamin yang sesuai untuk kesihatan kulit kepala.
Tapi tahukah anda apakah bezanya di antara pomade, wax dan gel?
POMADE
Ingat lagi tak dalam tempoh beberapa tahuh sebelum ini? Boleh dikatakan semua lelaki memiliki pomade. Adakah ia masih lagi popular sekarang? Mungkin. Buat pengguna pomade pastinya adan sudah tahu bahawa ia mempunyai 3 jenis iaitu water based, oil based dan mix based.
Produk pomade dihasilkan daripada minyak mengandungi lemak serta zat berminyak seperti wax. Ia memberi kesan rambut licin, bersinar, kering dan tahan lebih lama berbanding wax dan gel. Tahukah anda pada zaman dulu bahan utama pomade dihasilkan daripada lemak beruang? Perkataan ‘pomade’ pula berasal daripada Bahasa Perancis yang bermaksud ‘salep’, sejenis gel dari buah-buahan. Sebab itulah kebanyakan pomade mempunyai pelbagai bau sama ada buah-buahan atau bau yang diinspirasikan daripada minyak wangi.
Berbeza dengan pomade, penggunaan wax pula pernah popular pada era rambut kembang dan punk rock. Wax dihasilkan daripada bahan lilin yang biasanya sesuai untuk kulit rambut. Wax mengambil masa beberapa jam untuk kering dan tidak beri kesan berkilat serta merta.
Kesan kilat wax juga tak tahan lama. Ia hanya bertahan selama 2 hingga 3 jam sahaja. Penggunaan wax sesuai untuk gaya rambut pacak atau tidak berstuktur. Disebabkan itulah ia sangat popular di kalangan penggemar gaya punk rock!
GEL
Sesuai dengan bentuk fizikalnya, gel merupakan produk rambut yang dihasilkan berasaskan air. Penggunaan gel biasanya adalah mengekalkan gaya fesyen rambut tanpa memberi kesan berkilat. Tetapi terdapat juga sesetengah jenama gel yang mampu memberikan efek kilat atau bersinar. Cuma ketahanannya kurang sedikit berbanding pomade.
Ia biasanya menjadi pilihan kepada orang yang tidak melakukan aktiviti luaran dan lebih banyak dalam kondisi berhawa dingin. Selain itu, gel juga lebih mesra kulit kepada kerana asanya daripada air. Namun bila terkena air fungsinya akan terus hilang dengan mudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap hari mungkin ada di antara anda sering mengeluh. Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat danperubahan fizikal pula berubah dalam sekelip mata.
Lebih mengharukan jika usia tidak mencecah 40-an lagi tapi wajah anda sudah menunjukkan sebaliknya. Ternyata wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mungkin itulah yang anda sering renungi setiap kali memandang cermin setiap pagi.
Kulit wajah merupakan bahagian yang sangat sensitif. Setiap hari ktia terdedah dengan pelbagai jenis kotoran dan cahaya yang boleh membuatkan kulit jadi rosak. Ia tidak berlaku dalam masa singkat tapi perubahan itu boleh berlaku dalam masa tertentu. Sedar tidak sedar, wajah sudah mula nampak lebih tua!
Terdapat beberapa punca dan tabiat yang harus anda elak jika tidak ingin perkara di atas berlaku. Dan masih tidak terlambat untuk anda mengubahnya.
Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
TERDEDAH CAHAYA MATAHARI BERLEBIHAN
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
PERUBAHAN DALAMAN
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
GANGGUAN TEKANAN
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
MASA TIDUR TAK CUKUP
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
TERDEDAH KEPADA PENCEMARAN
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
MASALAH OBESITI
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Tip 10 Minit Penjagaan Kulit Lelaki
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar anda memiliki pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan.
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih, sihat dan rapi, luangkan 10 minit untuk melakukan rutin penjagaan kulit ini.
1. Tinggalkan sabun
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan dalam amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih lagi basah. Tempoh Masa: 2 minit
2. Sental pun penting
Gunakan krim penyental harian bagi tujuan untuk membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda sekali gus menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan penyental pada hujung jari dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit
3. Jangan lupa mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit
4. Sapuan penting pada kulit
Kulit perlu sentiasa lembap dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi vitamin E dan krim perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.