Sudah kerap kali kita mendengar kisah tentang individu yang umurnya masih muda tetapi meninggal dunia akibat serangan jantung. Bila ditanya keluarga dan rakan terdekat mereka terkejut kerana tiak menyangka tragedi seperti itu boleh berlaku kepada orang tersayang.
Apatah lagi mereka tidak perasan atau jelas dengan simptom yang mungkin selama ini tidak disedari mangsa. Serangan jantung ketika melakuka aktiviti sukan seperti berlari, berbasikal atau bermain sukan bola sepak kini menjadi mimpi ngeri terutamanya buat lelaki berusia lingkungan 30 tahun ke atas.
Bahkan serangan jantung ketika bersukan kini bagaikan menjadi musuh nombor satu buat golongan aktif. Apatah lagi jika seseorang itu melakukan aktiviti sukan seperti berlari secara semberono tanpa memikirkan kemampuan jantung atau heart rate (HR) mereka.
Tindakan ‘mengerah’ jantung untuk bekerja terlalu kuat secara tiba-tiba boleh mengundang bahaya. Apabila perkara ini dilakukan maka di sinilah risiko serangan jantung boleh berlaku. MASKULIN sebelum ini ada kongsikan artikel bagaimana anda boleh lari dengan selamat dengan mengikuti lathan MAF. Anda boleh ikutinya di sini.
Berbalik kepada risiko serangan jantung ketika bersukan, terdapat beberapa punca mengapa ia boleh berlaku. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Kematian Akibat Masalah Jantung
Hasil ujian autopsi menunjukkan kebanyakan kematian golongan bersukan ini adalah disebabkan Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung yang menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.
Ada beberapa simptom saja yang menunjukkan jantung seseorang itu mempunyai masalah. Antaranya termasuklah:
Ads
Keletihan melampau
Kaki bengkak
Mengah ketika bernafas
Dan sakit pada bahagian dada
Jangan sesekali berasa bahawa anda masih muda lalu fikir tak perlu ambil serius tentang tahap kesihatan diri.
Tragedi kematian melibatkan ahli sukan profesional menunjukkan walaupun seseorang itu aktif bersukan dan masih muda, ia tak bermaksud seseorang itu bebas daripada serangan jantung yang boleh membawa maut.
Untuk elak perkara ini berlaku ada beberapa langkah dan amalan hidup sihat boleh anda amalkan.
Kurangkan Pengambilan Fast Food
Memang susah untuk sesiapa berhenti mengambil makanan fast food. Semua iklan fast food menggiurkan orang, sekarang ini. Tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan pengambilannya ke tahap minima.
Lebihkan makanan seperti buah beri, brokoli, oatmeal, buah tembikai, buah epal dan paling mudah, switch minuman bergula kepada air kosong.
Ads
Tinggalkan Rokok, Vape Dan Yang Sewaktu Dengannya
Kes kematian mengejut banyak berkaitan dengan tabiat merokok. Bukan saja rokok menjadi punca kepada kanser, emphysema dan strok. Malah ia melemahkan kesihatan kardiovaskular. Itulah punca jantung tiba-tiba berhenti apabila seseorang bersukan lebih daripada kemampuan diri.
Berhenti merokok bukan saja menyihatkan malah duit pembelian rokok pun boleh dibuat belanja untuk barang yang lebih berfaedah.
Lakukan Pemeriksaan Doktor Secara Tetap
Jangan ingat ketika usia masih muda, korang tak perlu berjumpa doktor.
Tabiat melakukan check-up di klinik atau hospital sebenarnya memudahkan seseorang untuk memeriksa tahap terkini kesihatan mereka agar mereka sedar apakah aspek yang perlu diperbaiki.
Sekurang-kurangnya, lakukan appointment sebanyak 2 kali setahun alright.
Ads
Jangan Paksa Diri
Kalau dah terlalu penat tu, jangan pula nak push diri untuk bermain lagi. Contohnya emasa fun run – kalau sudah penat, berjalanlah sekejap. Bila perasan degupan jantung semakin laju daripada degupan normal, hentikan dulu aktiviti itu.
Kawal Pengambilan Suplemen Booster
‘Budak-budak gym’ mudah terdorong untuk mengambil suplemen booster demi melonjakkan stamina ke tahap yang lebih tinggi. Kadangkala terlalu tinggi sehingga melebihi limit badan sendiri. Ini juga antara punca masalah jantung.
Lebih baik korang rujuk dulu kepada ahli farmasi atau doktor sebelum membeli suplemen.
Relakskan Diri
Ramai orang muda terutamanya lelaki menganggap aktiviti bersukan di gym dan di gelanggang adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan.
Selepas seharian di universiti atau tempat kerja, mereka ingin lepaskan lelah dan rasa stres dengan work out sehabis mungkin. Namun sebenarnya, cara terbaik untuk melepaskan lelah adalah dengan berehat.
Apabila tertekan, pelbagai reaksi kimia berlaku pada badan. Dengan berehat, badan dapat menyelaraskan kembali sel di dalam badan.
Semoha perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Berlari dan bersukan dengan selamat. Itu yang kita mahu!
Jangan subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas bersenam secara intensif — sama ada angkat berat, larian jarak jauh atau sesi HIIT, badan kita akan mengalami tekanan pada otot, sendi dan sistem saraf. Jadi sangat penting untuk lakukan recovery dengan baik!
Recovery yang betul bukan sahaja membantu mempercepatkan pemulihan, tetapi juga mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi dalam sesi seterusnya.
Berikut adalah 5 jenis senaman recovery yang terbukti berkesan dan boleh dilakukan oleh lelaki aktif dalam rutin harian.
1. Foam Rolling (Self-Myofascial Release)
Kelebihan:
Mengurangkan ketegangan otot dan ‘muscle tightness’
Melancarkan peredaran darah ke kawasan otot yang penat
Gunakan foam roller pada bahagian seperti paha depan, belakang peha, betis, dan belakang badan
Tekan perlahan-lahan dengan berat badan dan gerakkan secara perlahan selama 30–60 saat setiap bahagian
Apa Perlu Dielak:
Jangan roll terlalu cepat atau terlalu lama di satu kawasan
Elakkan kawasan yang terlalu sakit atau mengalami kecederaan serius
Rujukan: National Academy of Sports Medicine (NASM), Self-Myofascial Release Techniques
2. Active Stretching (Regangan Aktif)
Kelebihan:
Mengekalkan dan meningkatkan mobiliti sendi
Mengurangkan ketegangan otot secara progresif
Sesuai dilakukan selepas aktiviti kardio atau bebanan
Cara Melakukan:
Lakukan regangan seperti hip flexor stretch, hamstring reach dan shoulder rolls
Tahan regangan selama 15–30 saat dan ulang 2–3 kali setiap sisi
Apa Perlu Dielak:
Jangan paksa regangan melebihi had fleksibiliti
Elakkan regangan pantas (ballistic stretching) ketika otot masih keletihan
Rujukan: American Council on Exercise (ACE), Stretching Guide
3. Walking atau Light Jogging (Low-Intensity Cardio)
Kelebihan:
Melancarkan aliran darah ke seluruh badan
Membantu buang asid laktik yang terkumpul selepas latihan intensif
Meningkatkan kadar pemulihan otot
Cara Melakukan:
Berjalan atau berjoging ringan selama 10–15 minit selepas sesi senaman
Fokus pada pernafasan dan tempo yang stabil
Apa Perlu Dielak:
Jangan berhenti mendadak selepas bersenam intensif tanpa cool down
Elakkan joging laju jika otot masih tegang atau sakit
Rujukan: Journal of Sports Science & Medicine, The Role of Low-Intensity Exercise in Recovery
4. Yoga Ringan (Gentle Yoga)
Kelebihan:
Melegakan tekanan fizikal dan mental
Meningkatkan keseimbangan dan fleksibiliti
Membantu tidur yang lebih berkualiti
Cara Melakukan:
Amalkan posisi seperti Child’s Pose, Cat-Cow, dan Downward Dog
Fokus pada teknik pernafasan dan relaksasi
Apa Perlu Dielak:
Elakkan posisi yang memberi tekanan pada sendi atau kawasan cedera
Jangan lakukan yoga berat seperti Power Yoga selepas senaman intensif
Rujukan: Harvard Medical School, Benefits of Yoga in Physical Recovery
5. Breathing Exercises (Latihan Pernafasan Sedar)
Kelebihan:
Membantu mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (relaksasi)
Menstabilkan degupan jantung selepas latihan
Mengurangkan tekanan dan meningkatkan pemulihan mental
Cara Melakukan:
Lakukan teknik “box breathing” – tarik nafas 4 saat, tahan 4 saat, hembus 4 saat, tahan 4 saat
Ulang selama 5–10 minit dalam posisi duduk atau berbaring
Apa Perlu Dielak:
Jangan terlalu paksa nafas jika terasa pening atau sesak
Elakkan latihan ini jika sedang mengalami masalah pernafasan
Rujukan: Cleveland Clinic, Breathing Techniques for Recovery & Relaxation
Kenapa Recovery Itu Penting?
Pemulihan bukan sekadar rehat — ia adalah sebahagian daripada proses kecergasan itu sendiri. Otot kita tumbuh dan dibaik pulih ketika kita berehat, bukannya semasa bersenam.
Tanpa recovery yang mencukupi, risiko kecederaan, keletihan kronik dan prestasi menurun menjadi lebih tinggi.
Dengan mengamalkan senaman recovery yang betul, lelaki aktif bukan sahaja dapat mempercepatkan pemulihan otot tetapi juga mengekalkan konsistensi dalam perjalanan kecergasan mereka.
Jangan abaikan fasa pemulihan. Kerana di situlah kualiti senaman sebenar dilengkapkan — dan potensi diri dibina secara menyeluruh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Larian denai atau trail running bukan sekadar satu bentuk senaman. Ia kini merupakan pengalaman menyeluruh yang menguji mental, fizikal dan keupayaan membuat keputusan dalam persekitaran semula jadi yang mencabar.
Dalam landskap larian yang semakin berkembang, aktiviti ini kini menjadi pilihan ramai lelaki urban yang mendambakan kelainan daripada rutin di trek atau jalan bertar.
Namun begitu, kejayaan dan keselamatan dalam larian denai sangat bergantung pada satu elemen penting: kasut trail.
Tanpa kasut yang sesuai, risiko tergelincir, kecederaan atau keletihan melampau boleh menjejaskan keseluruhan pengalaman.
Artikel ini akan membimbing anda dalam memilih kasut trail terbaik, berdasarkan jenis laluan, keperluan teknikal serta bajet anda.
1. Fahami Jenis Laluan Trail Anda
Langkah pertama sebelum membuat pilihan kasut ialah memahami jenis denai yang akan anda hadapi:
Lite Trail – Denai hutan rekreasi atau laluan berturap yang ringan. Laluan jenis ini memerlukan kasut dengan tapak cengkaman sederhana dan struktur ringan.
Technical Trail – Laluan berbatu, licin, berakar atau curam. Ini menuntut kasut dengan perlindungan jari kaki (toe cap), struktur tapak agresif serta kestabilan yang tinggi.
Cadangan model: Salomon Speedcross, La Sportiva Bushido II.
2. Peranan Cengkaman Outsole
Kekuatan cengkaman adalah kunci utama dalam trail running, terutamanya pada permukaan basah atau berbatu:
Lug depth (gigi tapak):
2–4mm untuk trail ringan.
Lebih daripada 4mm untuk laluan teknikal.
Jenis getah (rubber compound):
Vibram Megagrip terkenal dengan cengkaman mantap atas permukaan licin dan lembap, banyak digunakan dalam model premium seperti Merrell dan Hoka.
3. Perlindungan dan Pengudaraan
Trail running memerlukan kasut yang bukan sahaja selesa, tetapi juga tahan lasak. Ciri-ciri penting termasuk:
Toe box luas – Memberi ruang kepada jari kaki yang mungkin membengkak selepas jarak jauh.
Bahan upper tahan lasak dan cepat kering – Mengelakkan kasut menjadi berat dan panas.
Sistem pengikat tali (lacing system) – Quicklace oleh Salomon contohnya, memberikan penguncian yang pantas dan kemas.
4. Cushioning vs Ground Feel
Setiap pelari mempunyai keutamaan berbeza:
Cushioning minimal – Memberi rasa semula jadi tanah, tetapi kurang sesuai untuk jarak jauh.
Cushioning maksima – Contohnya Hoka Speedgoat, memberikan perlindungan dan keselesaan bagi laluan ultra jarak jauh.
5. Drop Kasut: Imbangan Antara Tumit dan Hujung Kaki
0–4mm drop – Lebih responsif, untuk pelari berpengalaman.
6–10mm drop – Lebih selesa dan senang disesuaikan, sesuai untuk pemula.
6. Kalis Air atau Waterproof
Model GORE-TEX atau kalis air lain – Ideal untuk persekitaran hujan atau laluan basah, tetapi kurang pengudaraan.
Model tidak kalis air – Lebih ringan, cepat kering dan sesuai untuk iklim tropika seperti Malaysia.
7. Cadangan Kasut Mengikut Julat Harga
Julat Harga
Cadangan Model
Bawah RM400
Decathlon Evadict Trail, Adidas Terrex Two
RM400 – RM650
Salomon Sense Ride, Altra Lone Peak
RM650 dan ke atas
Hoka Speedgoat, La Sportiva Akasha II, Saucony Peregrine
Tip Tambahan Sebelum Anda Membeli
Berat kasut – Disarankan bawah 300g untuk larian jarak jauh.
Break-in period – Gunakan dahulu dalam beberapa sesi pendek sebelum digunakan untuk pertandingan.
Fungsi mengatasi gaya – Pilih berdasarkan prestasi, bukan semata-mata rekaan atau warna.
Memilih kasut trail yang betul bukan sekadar tentang gaya — ia adalah pelaburan terhadap keselamatan, prestasi dan keselesaan anda dalam setiap larian.
Dengan pemilihan yang tepat, setiap langkah di denai akan menjadi lebih yakin dan bertenaga. Jadi, sebelum anda menawan denai hutan atau laluan berbatu yang mencabar, pastikan kasut anda benar-benar bersedia untuk tugasan itu.
Trail bukan sekadar tempat untuk berlari. Ia adalah medan untuk menguji kejantanan dan semangat juang. Pilih kasut anda dengan bijak — kerana di denai, hanya yang bersedia akan terus mara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sayur brokoli berada dalam kalangan keluarga sayur kobis. Ia antara sayur yang mudah didapati di pasaran dan sangat sedap dimakan serta mempunyai pelbagai nutrisi yang sangat diperlukan badan.
Ramai tidak tahu, sayur ini merupakan sayuran tanpa lemak yang rendah sodium, kalori dan tinggi dengan serat.
Di dalam masakan, sayur brokoli sangat sesuai jika dimasak secara stim dan dihidangkan begitu sahaja.
Ini adalah antara beberapa kebaikan sayur brokoli yang MASKULIN sempat senaraikan, semoga kesihatan anda lebih terjamin.
Ia sangat efektif membantu jaga pembuluh darah serta melindunginya dari rosak dan membuatkan saluran darah anda bermasalah. Pembuluh darah yang sihat bantu aliran darah bergerak lancer setelah dipam oleh jantung.
2. Mengurangkan kolesterol
Kolesterol adalah pembunuh utama lelaki. Kandungan serat yang ada dalam brokoli membantu mengeluarkan kandungan lemak yang tidak diperlukan badan. Masa yang sama ia memudahkan proses pencernaan dan memudahkan perkumuhan.
3. Mencegah kanser
Ia amat terkenal dikalangan para pakar nutrisi kerana sayur ini mampu mencegah penularan kanser. Brokoli berupaya membantu kebalkan diri anda daripada serangan kanser.
4. Bantu kuatkan tulang
Kandungan kalsium dalam brokoli sangat tinggi. Orang lelaki mudah diserang penyakit rapuh tulang. Bukan orang tua sahaja, malah orang muda turut terkena jika tiada nutrisi yang diperlukan badan tiada dalam diet kita. Ia mampu mencegah osteoporosis serta pastikan tulang badan cukup kuat.
5. Menyihatkan mata
Lutin adalah vitamin yang amat diperlukan mata. Ramai orang tahu sayur carrot membantu sihatkan mata namun terdapat juga sayuran lain yang juga turut berupaya segarkan mata iaitu salah satunya brokoli. Lutin di dalam brokoli sangat tinggi, jadi ia bantu mata anda kekali sihat & segar. Selamat tinggal kabur mata serta katarak.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.