Setiap hari pasti kita minum air kosong. Cuma masalahnya ramai yang hanya mengambilnya secara cukup syarat. Malah mungkin ada di antara anda langsung tidak minum air kosong.
Setiap menu makan pagi, tengahari dan malam dilengkapkan dengan air manis, macam mana nak cukup!
Jika anda semua bahawa terdapat banyak kelebihan meminum air kosong pasti semua berlumba-lumba mengambilnya.
Jika anda masih muda masih belum terlambat untuk mulakan tabiat meminum air kosong setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi.
Jadi apakah kelebihan meminum air kosong?
Elak Kejang Otot
Jika badan kita kekurangan air dan melakukan aktiviti lasak seperti larian, senaman gym, bersukan dan berenang. Potensi kekejangan pasti akan jadi sangat tinggi. Berbeza kondisinya jika anda minum air kosong yang cukup.
Ads
Buang Toksin
Buang segala toksin yang memudaratkan menerusi senaman apabila berpeluh dan membuang air kecil. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan pundi kencing.
Sumber Tenaga
Ingat, tubuh kita mengandungi kira-kira 50 – 65 peratus air di dalam badan. Dengan meminum air kosong mencukup ia boleh membantu kita untuk lebih fokus dan membuatkan otak lebih segar. Sebagai bonus tenaga dalaman juga meningkat.
Dengan minum air kosong yang banyak, ia membantu membuang lemak by-product, mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan (bila perut penuh mesti kurang nafsu makan) dan meningkatkan metabodilisme. Minum air kosong boleh katakan zero kalori kut!
Ia membantu melembabkan kulit, nampak lebih segar, gebu, bersinar dan licin. Malah, ia juga melewatkan kadar penuaan dan kedut. Amalkan minum air kosong pasti kamu bila dah meningkat usia nanti jadi lebih awet muda.
Ads
Penghadaman Baik
Proses penghadaman makanan merupakan satu perkara amat penting untuk kesihatan. Air merupakan elemen penting untuk perut menghadamkan makanan dan boleh menjauhkan kamu daripada sembelit.
Tingkatkan Sistem Imunisasi
Orang yang sentiasa amalkan minum air kosong biasanya susah jatuh sakit. Dengan air mencukupi kamu akan sukar untuk demam selesema dan penyakit lebih serius yang lain. Tapi, gaya pemakan kenalah jaga juga, ya.
Elak Risiko Sakit Kepala
Membantu melegakan dan mengelak daripada sakit kepala, sakit belakang dan juga migrain. Ketiga-tiga simptom itu biasanya disebabkan dehidrasi.
Lebih Ceria
Bila badan sihat dan berfungsi dengan baik, minda pun akan lebih tenang dan gembira. Badan yang sihat menghasilkan minda yang ceria!
Jimat Wang
Boleh dikatakan, air kosong memang kos paling rendah. Kalau dirumah perlu rebus saja. Kalau ada penapis air lagi bagus. Hanya tadan dan minum. Kalau ke restoran pun air kosong minuman paling murah, tak gitu?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemain Korea Selatan, Kim Whee berjaya melakukan pukulan selubang (hole in one) untuk membawa pulang sebuah kereta BMW 740LE Hybrid yang bernilai RM600 ribu pada hari ketiga kejohahanan golf CIMB Kalsik 2017 di TPC Bukit Kiara, sebentar tadi.
Kim melakukan pukulan cantik di lubang ke-15 pada jarak 182 meter untuk meraih kereta tersebut.
Sementara itu , Pat Perez pemain Amerika Syarikat masih lagi mengungguli kejohanan edisi ke-8 ini dengan 21 pukulan dibawah par perbezaan empat pukulan dari pemain berkedudukkan kedua Xander Schauffele juga dari Amerika yang melakukan 17 pukulan dibawah par.
Esok kejohanan akan bersambung dan pastinya menjanjikan saingan sengit dua pemain pusingan akhir kejohanan tahun ini.
Seperti biasa melakukan senaman akan membuatkan badan akan berasa lebih segar dan semestinya berpeluh dengan banyak.
Walaupun anda selesai melakukan rutin namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam. Ini kerana jika anda melakukannya ia boleh membuatkan senaman anda hanya sia-sia sahaja.
Tidak tahu mengapa sesetengah lelaki seakan tidak tahu akan had tubuh badan mereka sendiri. Sudah habis melakukan rutin normal ingin sambung dengan senaman yang lebih berat. Tahukah anda melakukan senaman melebihi had kemampuan fizikal hanya boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
Anda sudah kehilangan banyak tenaga dan kalori. Jangan disebabkan sudah habis bersenam anda enggan makan kerana kononnya tidak mahu berat badan naik. Sedangkan tubuh badan anda memerlukan tenaga gantian yang baik. Paling penting anda harus minum banyak air sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam selepas bersenam.
Sebelum melakukan senaman anda pasti lakukan warm up bukan. Begitu juga bila sudah habis melakukan rutin. Anda perlu melakukan warm down bagi membantu fizikal melalui proses pemulihan dan aliran darah dengan baik. Jangan pula selepas lakukan rutin senaman anda terus duduk di atas kerusi sahaja.
Pakaian senaman direka khas bagi membuatkan badan berpeluh dengan baik. Malah ia boleh menyerap peluh dengan baik. Namun ia juga menyimpan banyak bakteria yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada kulit. Jadi pastikan anda tidak berlengah dan terus mandi dan tukar pakaian baharu. Bukan sahaja baju malah pakaian dalam, stoking dan juga seluar perlu ditukar.
Bagaikan menuang air ke atas daun keladi. Apa yang diusahakan hanya akan jadi sia-sia jika anda tidak pandai jaga makan. Junk food dan juga minuman berkarbonat mempunyai kandungai gula yang tinggi. Sebaliknya pilihlah snek sihat seperti baby carrot atau snek semula jadi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berjaya beraksi di pentas akhir kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia 2017 pada penyertaan kali pertama skuad wanita umpama motivasi dan perangsang buat semua pemain bagi mengharungi temasya Suka SEA ke 29, di Kuala Lumpur Ogos nanti.
Diletakkan bersama Kazakhstan, Thailand, Uzbekistan, China dan Korea Utara pada kejohanan yang berlangsung 24 hingga 28 April lalu bukanlah tugas mudah buat anak didik Iman Gobinathan untuk melangkah ke pentas akhir menentang Kazahstan sebelum tewas 0-3.
Bagi Iman, kejayaan mara ke pentas akhir umpama penyuntik semangat memandangkan ini kali pertama skuad wanita menyertai kejohanan berprestis seumpama ini.
“Skuad hoki wanita dibentuk pada awal tahun ini bagi saingan sukan SEA di Kuala Lumpur. Mereka menjalani latihan dan perlawanan persahabatan untuk menguji kemampuan masing-masing.
“Beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan di Australia pada Mac lalu memberi pengalaman serta pendedahan berguna buat semua pemain sebelum menyertai kejohanan hoki dalam dewan asia 2017 di Doha.
“Walaupun tewas kepada lawan yang lebih berpengalaman berbanding kami, tetapi persembahan pemain begitu mengujakan dan ia menepati sasaran untuk memastikan pungutan pingat emas mampu diraih pada aksi di Kuala Lumpur, Ogos nanti,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah, Pengurus Pasukan Noor Saliza Ahmad Sobni dan atlet kebangsaan, Qasidah Najwa Muhd Halimi serta Nor Izaidah Ibrahim.
Diminta mengulas persembahan pemain pada temasya tersebut, Iman melihat peningkatan mendadak dipamerkan anak didiknya walaupun masih baru menjalani latihan bersama dalam satu pasukan.
“Persiapan kini berjalan lancar dengan rata-rata pemain yang beraksi di Doha akan menggalas cabaran di Kuala Lumpur nanti, dari segi corak latihan pula mereka berjaya mengikutinya walaupun ada beberapa perbezaan dengan hoki luar.
“Pastinya kelajuan, hantaran tepat dan stamina tinggi diperlukan, saya lihat pemain berjaya menyesuaikan diri.
“Untuk aksi di Doha, pasukan sentiasa ketinggalan pada separuh masa pertama sebelum mereka bangit memberikan saingan pada babak seterusnya untuk mencapai kemenangan.
“Mudah menyesuaikan diri dengan taktikal perlawanan dan semangat berpasukan yang tinggi, itulah kelebihan utama pasukan, “katanya yang percaya Thailand dan Indonesia antara halangan utama pada temasya Sukan SEA di laman sendiri, Ogos nanti.