Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya bolehkan melakukan solat tarawih secara online memandangkan sekarang ni musim PKP dan bagi sesetengah negeri sudah mengamalkan ‘nikah secara online’.

Menurut Menteri di Jabatan Pedana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan tarawih yang dilakukan secara dalam talian tidak dibolehkan kerana syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.

“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.

“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.

IKLAN

Sejak pelaksanaan PKP, semua aktiviti dan program di masjid serta surau dihentikan buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

IKLAN

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, satu Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan turut bersidang hari ini bagi mendapatkan pandangan para ulama berhubung beberapa perkara.

“Hari ini kita akan lihat pandangan ulama mengenai solat tarawih, nikah online, jarak sosial dalam solat dan sebagainya. Kita nak dengar pandangan negeri-negeri lain berhubung perkara ini.” Katanya.

IKLAN

Namun, lain bezanya dengan akad bagi zakat fitrah secara online jika dibandingkan dengan sistem nikah dan sebagainya.

“Akad zakat ini lebih kepada kita berniat untuk beri zakat dan bila mana kita membuat tindakan (bayaran zakat) itu, maka itulah zakat.

“Di Malaysia kita bergantung kepada prosedur di mana Ulul Amri telah menjelaskan bahawa zakat perlu dibayar kepada badan dilantik oleh kerajaan.

“Bila zakat secara fizikal, kebiasaannya amil akan membaca doa selepas akad dibuat. Oleh itu, dalam sistem online ini, kita akan turut sertakan doa di dalam resit buat para pembayar.” Katanya lagi.