Filem terbaru ‘Soloz : Game of Life’ bakal membawa peminat dunia gaming ke sebuah pengalaman epik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini!
Kisah ini mengangkat perjalanan Mohd Faris bin Zakaria, atau lebih dikenali sebagai Soloz, dalam usahanya menjadi seorang pemain e-sukan profesional yang disegani.
Kisah Benar Perjuangan Soloz
Foto : IMDB
Diinspirasikan daripada pengalaman sebenar Soloz, filem ini tidak hanya memaparkan kehebatan beliau dalam arena Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), tetapi juga kisah penuh emosi tentang cabaran, pengorbanan dan persahabatan yang terjalin dalam dunia e-sukan.
Ia menjanjikan perspektif unik tentang kehidupan seorang gamer, dari detik-detik kejatuhan sehingga momen kejayaan besar.
Bagi peminat MLBB, filem ini bakal memberikan rasa dekat dengan perjalanan Soloz.
Namun, bagi mereka yang kurang familiar dengan dunia gaming, ini adalah peluang untuk memahami usaha keras dan cabaran di sebalik tabir yang sering dipandang remeh.
Ads
Gabungan Animasi Gempak dan Visual Hebat Arahan Syafiq Yusof
Di bawah arahan pengarah berbakat Syafiq Yusof, filem ini menampilkan elemen animasi dan kesan visual yang mengagumkan.
Syafiq yang dikenali dengan karya blockbuster seperti “Abang Long Fadil” sekali lagi mengambil pendekatan berani untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain.
Dengan teknologi animasi terkini, Soloz: Game of Life menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa yang akan memukau penonton.
Setiap aksi, suasana pertandingan dan perjalanan Soloz divisualkan dengan penuh keaslian, menjadikan filem ini antara karya tempatan yang bakal diingati.
Filem ini bukan sekadar hiburan kosong. Ia juga membawa mesej penting untuk mengubah persepsi masyarakat tentang permainan video dan industri e-sukan.
Menurut Syafiq Yusof, “Kami mahu membuka mata masyarakat bahawa dunia gaming bukan sekadar membuang masa. Ia adalah sebuah industri yang berkembang pesat dengan potensi besar sebagai kerjaya untuk generasi muda.”
Melalui Soloz: Game of Life, stigma negatif terhadap video game diharap dapat dihapuskan.
Ads
Filem ini menyerlahkan sisi positif e-sukan, termasuk kepentingan kerjasama, pengorbanan, dan usaha gigih yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam sekarang!
Sumber : ohbulan!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.
Sebagai seorang pemain bola sepak profesional penglibatan dalam pertukaran dan penghijrahan ke kelab lain adalah satu asam garam yang normal dan perlu diikuti dengan penuh profesional.
Itulah yang dilalui oleh pemain muda muda yang mempunyai potensi cukup luar biasa, Luqman Hakim. Terbaru, pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini telah disahkan menyertai sebuah kelab profesional dari Liga Iceland iaitu UMF Njardvík.
Menurut Astro Awani, penyertaan Luqman ke kelab Iceland tersebut adalah secara pinjaman dari kelab asalnya berpangkalan di Belgium, KV Kortrijk. Berita perpindahan secara pinjaman tersebut diumumkan oleh UMF Njardvík menerusi laman media sosial mereka.
Foto: Sinar Harian
“Njardvík telah mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sehingga saingan 2023 tamat.
“Berasal dari Malaysia, Luqman merupakan pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama pasukan junior,” jelas kenyataan dari kelab tersebut.
Tambah mereka lagi, Luqman juga merupakan seorang pemain cukup berkaliber selepas tersenarai di antara 60 pemain muda berpotensi pada tahun 2019.
Luqman Hakim til liðs við Knattspyrnudeild Njarðvíkur að láni frá K.V. Kortrijk í Belgíu.
“Luqman telah tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi. Kami mengucapkan selamat datang kepada Luqman,” tambah kenyataan kelab itu lagi.
Dalam sebuah video yang dimuat naik laman media sosial UMF Njardvík menunjukkan simbolik pesawat MAS mendarat di Iceland. Ia dikuti dengan paparan Luqman sedang menimang bola dalam kondisi padang dipenuhi salji.
Iceland merupakan negara yang sentiasa terdedah dengan musim sejuk sepanjang tahun. Jadi amat menarik untuk melihat bagaimana Luqman Hakim menyesuaikan diri dan beraksi dalam kondisi yang sejuk seperti ini.
Selamat maju jaya buat Luqman dari kami di MASKULIN. Buktikan anak Malaysia mampu beraksi dalam apa jua kondisi!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Astro Arena
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bijak menaik taraf kehidupan, penyanyi Black Hanifah terjun ke bidang perniagaan.
Tidak dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewah menyebabkan pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!
Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sebelum ini dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.
Villa sempena nama puteri kesayangan
Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.
Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.
Pelaburan Masa Depan
Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.
Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.
Kredit Instagram @black.hanifahKredit Instagram @black.hanifahKredit Instagram @black.hanifah
Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!
Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.