Image by azerbaijan_stockers on Freepik

Topi keledar merupakan kelengkapan yang wajib dipakai ketika menunggang motosikal. Bukan sahaja disebabkan ia adalah mengikut undang-undang dan peraturan dari JPJ malah paling penting untuk keselamatan anda lebih terjamin di jalan raya.

Seperti mana yang kita ketahui kecederaan kepada merupakan antara penyumbang utama kemalangan maut di kalangan penunggang motosikal. Jadi disebabkan itulah kita perlu menggunakan topi keledar yang berkualiti dan mendapat pensijilan dari aspek keselamatan.

Step Cuci Topi Keledar Dengan Betul, Barulah Kualiti Terjaga & Tiada Bau Hapak
Image by karlyukav on Freepik

Penjagaan topi keledar juga tidak kurang pentingnya bagi memastikan anda sentiasa selesa bila menggunakannya. Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip penjagaan serta tip bagaimana untuk mencuci topi keledar agar ia sentiasa dalam kondisi terbaik.

JEMUR TOPI KELEDAR

Jemurlah helmet anda seminggu sekali agar segala bau dan kelembapan dapat dihapuskan. Saat anda menjemurnya, pastikan ia menghadap ke atas agar sinar matahari dapat masuk ke semua bahagian di dalam helmet.

Namun, jangan jemur helmet anda secara berterusan di bawah matahari yang terik kerana ia akan membuatkan busa polisterin yang ada di dalam helmet cepat rosak.

JAUHI LOKASI LEMBAP

Setelah menggunakannya, jangan simpan helmet anda di tempat yang lembap kerana ia akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan kulat. Pastikan anda meletakkannya di tempat yang kering dan sejuk.

IKLAN

Lagi baik jika anda menyimpannya di ruang yang terbuka untuk memudahkan penyebaran udara pada helmet.

Step Cuci Topi Keledar Dengan Betul, Barulah Kualiti Terjaga & Tiada Bau Hapak
Image by bublikhaus on Freepik

JANGAN SUMBAT BARANG

Ruang di dalam helmet yang memudahkan penyimpanan menyebabkan ramai yang suka meletakkan pelbagai barang seperti sarung tangan, kunci motosikal dan sebagainya.

Elak melakukannya kerana barang-barang tersebut mungkin dipenuhi kekotoran dan peluh yang boleh menyebabkan dalam helmet rosak atau berbau.

CUCI BAHAGIAN LUAR

Terdapat banyak pilihan pencuci helmet dan visor yang dijual di pasaran. Sebelum anda menggunakan pencuci baharu ini, uji dahulu pada bahagian yang kecil sebelum anda menggunakannya pada keseluruhan helmet.

IKLAN

Elak menggunakan sebarang pencuci seperti pencuci pinggan atau sabun, bimbang ia boleh merosakkan bahagian luar helmet.

Step Cuci Topi Keledar Dengan Betul, Barulah Kualiti Terjaga & Tiada Bau Hapak
Image by cookie_studio on Freepik

CUCI BAHAGIAN DALAM

Cuci bahagian dalam helmet anda mengikut kadar penggunaan, lebih-lebih lagi jika ia berbau dan kotor. Pastikan anda menanggalkan apa jua pelapik yang boleh ditanggalkan dan basuh keseluruhan helmet dengan air suam dan pencuci lembut.

Untuk ruangan yang sukar dicapai seperti lohong udara, anda boleh menggunakan putik kapas untuk membersihkannya.

CARA KERINGKAN TOPI KELEDAR

Selepas mencuci helmet, pastikan ia kering dahulu sebelum menyimpan. Tanggalkan pelapik keselesaan dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Elak jemur di bawah matahari yang terik kerana haba yang terlalu panas boleh melonggarkan gam di sesetengah bahagian.

IKLAN

PENGGUNAAN KAIN MIKROFIBER

Visor juga perlu sentiasa bersih daripada habuk dan kekotoran serta tidak bercalar. Ia penting agar penglihatan anda ketika menunggang motosikal tidak terganggu. Lap visor dengan lembut menggunakan kain mikrofiber dan air untuk mengelakkannya bercalar.

CARA SANGKUT

Ramai yang suka menyangkut helmet pada cermin pandang belakang ataupun di hujung palang pemegang.

Sebenarnya cara ini tidak sesuai dilakukan kerana bentuk cermin dan hujung palang pemegang mungkin akan merosakkan lapik EPS helmet dan menjadikannya lebih lemah di sesetengah bahagian. Pelapik EPS perlulah sekata rekaannya untuk penyebaran gegaran impak.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video automotif menarik seperti di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=Vn1YMsBxUrg&t=444s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI