Ini antara kisah raya yang sampai ke telinga penulis. Haishh.. orang raya nak happy, tapi kalau sampai ada saudara-mara bermasam muka, apalah ertinya?

Kisahnya seorang anak ini memang mempunyai ramai kawan dan memandangkan rumahnya kecil, diajaklah kawan-kawan beraya di rumah maknya.

Pak cik, mak cik si lelaki pun ada

Yang jadi tak sedapnya, isteri si lelaki pun ada sekali tetapi isterinya cuma datang teman suami dan duduk sahaja.

Ibarat katanya, cuma reti pasang badan sahaja. Tahulah muka cantik dan badan lawa tetapi sebagai isteri dan menantu, agak-agaklah.

Takkan kawan suami beraya di rumah mak mertua sekali pun, mak mertua terpaksa urus segala-galanya?

IKLAN

Suami Ajak Kawan-Kawan Beraya Di Rumah Mak Tetapi Isteri Steady Pasang Badan

Baik dari memasak pelbagai hidangan dan mengemas rumah, si isteri langsung tak sentuh apa-apa. Memang tak tahu apa alasannya tetapi tak moleklah begitu.

Yang lebih jadi buah mulut, pak cik dan mak cik si lelaki pun ada sekali. Takkan mereka pula yang perlu jadi ‘tuan rumah’ untuk senangkan kerja kakak mereka.

IKLAN

Si mak jenis cepat simpati

Mak ini satu masalahnya, cepat simpati. Sudah masak bihun goreng, ada pula yang minta nasi. Katanya untuk si anak dia makan.

Haipp..!! Awak datang rumah orang beraya kot! Si anak lelaki ini pun satu. Entahlah.. Lainlah kalau si isteri bangun ke dapur dan tolong mak mertua, OKlah juga.

Ini tidak. Masya’Allah.. Akhirnya, semua pak cik dan mak cik itu beredar kerana tidak tahan melihat kelakuan si isteri lelaki tersebut. Makin panas isi dalam rumah katanya.

IKLAN

Suami Ajak Kawan-Kawan Beraya Di Rumah Mak Tetapi Isteri Steady Pasang Badan

Didik isteri jadi prihatin, jangan susahkan orang tua

Pengajarannya di sini, si suami pun, tolonglah didik isteri untuk jadi prihatin dan ringan tulang. Tahulah isteri cantik tetapi apa gunanya kalau jadi bahan ‘membawang’?

Tak ada sesiapa pun suka membawang sebenarnya tetapi kalau dah perangai sehingga menyusahkan mak sendiri pada pandangan mata orang lain, siaplah.

Elakkan habis 20 rumah kena canang cerita ini dan sebagai lelaki, anda mampu mengubahnya untuk mewujudkan suasana harmoni.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI