Siapa cakap hanya wanita yang kena jaga anak? Suami pun kena jaga anak sama tau! Lagi-lagi semasa isteri dalam pantang.

Tak salah kalau lelaki ambil cuti dan rehatkan isteri daripada semua aktiviti. Kerana dalam soal rumah tangga ini, banyak toleransi diperlukan.

Lelaki harus tahu semasa isteri berpantang, badannya lemah dan inilah masanya penyakit ‘meroyan’ boleh menyerang kalau tak dijaga betul.

Jadi, apa yang lelaki harus buat?

Suami Yang Reti Jaga Anak Masa Isteri Pantang Dianggap Hebat Sepanjang Zaman

IKLAN

1. Cari lauk untuk pantang

Suami perlu cari lauk untuk isteri dalam pantang. Tak kisahlah siapa yang jaga isteri anda. Mak anda ke, mak mertua ke atau ada bidan upahan ke. Yang penting tahu apa yang isteri boleh makan atau tak.

2. Dukung anak

Kalau anak menangis, suami harus dukung anak dan tenangkan dia. Kalau selama ini baby asyik bau badan mak dia, kali ini.. biar dia cam bau badan bapak dia pulak.

3. Cuci kain baju

Sebenarnya yang buat kerja-kerja rumah ni memang tugas suami. Cuma trend dan adat manusia sahaja meletakkan stigma lelaki ada raja dalam rumah. Benar, lelaki adalah ketua namun isteri adalah permaisuri yang perlu kita manja-manjakan.

IKLAN

4. Perbanyakkan mengaji

Kalau di negara Barat, mereka menggunakan muzik untuk merangsang otak bayi bermula dari perut sehingga lahir ke dunia namun dalam Islam, bukankah kita ada al-Quran untuk diperdengarkan. Bacalah.. agar anak-anak kita pun kenal kitab suci itu dan al-Quran tidak terhapus dari dalam jiwanya. Bagi yang non-muslim, ikutlah cara anutan masing-masing.

5. Kurangkan bising

Kalau ada jiran yang suka memekak dengan ekzos motosikal atau kereta, kasi deal minta mereka senyap kalau anda dan isteri ada di rumah. Minta elok-elok dan kalau buat degil juga, lapor akan kepada pihak yang berwajib kerana mengganggu ketenteraman awam.\

IKLAN

6. Jangan buat isteri stress

Ini adalah fasa yang sangat penting. Orang lepas pantang kalau stress, dia boleh meroyan tau. Meroyan ini kesan dia sangat lama dan kehidupan anda pun boleh bertukar lain. Dari dapat seorang isteri yang jelita dan ceria, bertukar menjadi orang yang sangat kita rindui.

(Mak penulis pernah berdepan dengan masalah ini semasa melahirkan adik penulis yang kedua. Waktu itu juga, nenek meninggal dunia.)

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI