Sekarang ni macam-macam personaliti yang ada, ada yang bisang dan ada pula yang lebih tenang suka menyendiri.

Menurut Public health Malaysia, salah satu persanaliti yang sering di anggap salah oleh orang ramai adalah Introvert.

Individu Introvert bukan bermakna mereka pemalu, sombong atau tidak suka berkawan, tetapi mereka lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian secara bersendirian.

Personaliti Introvert bukanlah sejenis masalah mental. Jadi adalah normal untuk anda memiliki ciri ciri introvert.

Cuma individu Introvert lebih berisiko untuk mengalami kemurungan dan anxiety. Oleh itu, jangan terlalu mengasingkan diri. Cari rakan terdekat untuk anda berbual dan berkongsi cerita.

Kenali ciri-ciri personaliti Introvert:

IKLAN

– Orang mungkin ingat anda sombong atau pemalu

– Sukar untuk fokus jika suasana bising dan sibuk

– Suka belajar dari pemerhatian

– Mudah rasa lemas dan rimas apabila anda menghadiri majlis yang sesak dan ramai orang

– Lebih peka dengan perubahan emosi diri sendiri

– Suka bermesej atau baca Whatsapp berbanding berbual melalui panggilan telefon

– Ada ‘cycle of friend’ yang sedikit atau kecil

– Suka meluangkan masa dengan aktiviti yang tenang dan senyap

– Lebih cenderung memilih peluang perkerjaan seperti penulis, akauntan, pereka grafik atau berkerja dengan komputer.