Tahukah Anda, 1 Daripada 12 Lelaki Ada Masalah Buta Warna?

Kajian perubatan dunia pernah mengeluarkan nisbah iaitu daripada 12 orang lelaki, salah seorangnya pasti akan menghidap masalah buta warna.

Manakala untuk populasi golongan wanita pula, daripada 200 orang, hanya seorang sahaja yang akan mengalami masalah ini.

Apabila menyebut tentang penyakit buta warna, ramai masyarakat yang masih tidak memahami tentang masalah ini.

Mereka menganggap bahawa penyakit buta warna hanyalah sekadar masalah kecil dan sering menyangka yang golongan tersebut hanya boleh melihat warna hitam dan putih sahaja.

Artikel berkaitan: Mata Berkerdip-kerdip, Perlukah Anda Jumpa Doktor?

Artikel berkaitan: Awas Bahaya Main Telefon Dalam Gelap, Takut Efek Mata!

IKLAN

Masyarakat Sering Tersalah Persepsi

1 Daripada 12 Lelaki Ada Buta Warna, Jadi Jangan Salahkan Mereka Jika Pilih Warna Tak Matching

Persepsi tentang perkara itu adalah tidak benar sama sekali kerana penghidap rabun warna cuma gagal membezakan beberapa warna sahaja.

Misalnya, orang yang memiliki mata normal akan melihat daun berwarna hijau tetapi bagi penghidap masalah ini, daun tersebut bagi persepsinya mereka mungkin menampakkan warna kuning.

IKLAN

Sama juga seperti warna biru dan ungu serta merah dan coklat. Golongan ini boleh menjadi keliru kerana menganggap warnanya kelihatan hampir-hampir sama.

Dua Penyebab Popular Masalah Rabun Warna

1 Daripada 12 Lelaki Ada Buta Warna, Jadi Jangan Salahkan Mereka Jika Pilih Warna Tak Matching

1. Faktor Kongenital – Faktor ini berlaku sejak seseorang itu dilahirkan atau bermula semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam erti kata lain, rabun warna ini diwarisi secara genetik dari keturunan yang sama.

IKLAN

2. Faktor Perolehan – Faktor ini berlaku disebabkan penyakit yang singgah ke tubuh badan manusia. Antara penyakit popular yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah rabun warna adalah seperti kencing manis, masalah katarak, glaukoma, proses penuaan serta kesan sampingan sesetengah ubat.

Jika lelaki pilih baju+ tudung tidak matching, jangan salahkan mereka kerana mungkin mereka alami kesukaran untuk membezakan warna!

1 Daripada 12 Lelaki Ada Buta Warna, Jadi Jangan Salahkan Mereka Jika Pilih Warna Tak Matching

Sumber: Public Health Malaysia

Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI