Di kalangan penggiat filem independent dan pembikin filem baharu, pertandingan BMW Shorties sememangnya cukup dinantikan. Ia merupakan salah satu pertandingan yang cukup disegani di negara kita.
Bermula hari ini hingga 18 September 2022, BMW Shorties bakal mempamerkan filem-filem yang menyertainya dari tahun 2011 hingga 2019 di platform penstiman Astro GO.
Jelas Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, “BMW Shorties merupakan sebuah usaha kreatif daripada BMW Group Malaysia untuk meneroka dan mendukung bakat-bakat perfileman tempatan, dan kini ia kembali untuk tahun 2022! Program ini mengiktiraf para bakat tempatan dalam pengembaraan kreatif mereka, dan kami turut memetik ilham daripada golongan ini sebagai sebuah jenama dalam lapangan inovasi dan kreativiti.”
“Kolaborasi dengan Astro ini hadir tepat pada masanya, menjelang sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia mendemonstrasikan bahawa usaha kreatif yang berputik di Malaysia ini masih teguh mengiktiraf bakat-bakat tempatan selain menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan dalam lapangan kreatif di negara ini,” sebut Ambi.
Ads
Manakala Timbalan Presien VOD/PPV dan International Astro, Sharmin Parameswaran pula mengatakan sebagai syarikat ternama yang menyediakan aneka konten dan hiburan di Malaysia, pihaknya percaya betapa pentingnya penyampaian konten dan cerita-cerita yang secara uniknya sebati dengan landskap tanah air kita.
“Menjelang detik yang amat bermakna buat negara Malaysia, kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan BMW Shorties bagi mengetengahkan karya-karya pembikin filem dan kandungan digital tempatan buat tatapan lebih ramai individu. Dari satu segi, pelbagai kisah menarik yang kita bakal tayangkan ini meraikan asal usul kita, iaitu karya-karya yang dinukil melalui lensa pengalaman yang tersendiri, namun dikongsi bersama.”
Ads
hiburan
30 filem pendek BMW Shorties yang bakal ditayangkan di Astro GO ialah:
Ads
1. Guang oleh Quek Shio Chuan,
2. Murdered oleh Chua Dick Woei,
3. Sid & Barry oleh Quek Shio Chuan,
4. Hidup Bersama oleh Lau Ming Yeow,
5. Putus oleh Muhammad Ezmeer bin Abd Rahman,
6. 32°C Fall In Love oleh Tan Seng Kiat,
7. Pejam Pelik oleh Mohd Khairul Azri Md Noor,
8. Rozita binti Roslan oleh Taufiq Kamal,
9. Fish oleh Gan Yu Long,
10. Koci 5 Ringgit oleh Khairul Azaharuddin bin Ariffin,
11. Gigi oleh Audrie Yeo,
12. Short & Sweet oleh Balachandran S.K. Sivalingam,
13. TUCK oleh Gordon Ling Fu Chur,
14. Terminal oleh Caston J,
15. Hawa oleh Tan Ce Ding,
16. Roundabout oleh Liew Yew Yin,
17. Never Was The Shade oleh Lim Kean Hian,
18. SELAM 2.0 oleh Lor Yew Mien,
19. Desakan Dewasa oleh Johanna Johan Ariffin,
20. Touch oleh Wilson Tai,
21. Gold! There is Gold in the River oleh Mallory Lee,
22. Colourless oleh Ananth Subramaniam,
23. Burn oleh Ng Kwok Yong,
24. Handbag oleh Mohd Khairul Anuar,
25. Kampung Aman oleh Sherwynn Victor dan Michael Lourdes,
26. PACE oleh Ekin Charles,
27. Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua,
28. Ralat the Musical oleh Khairi Anwar,
29. Pemburungan oleh Chulat,
30. SATU oleh John Hafiz
BMW Shorties Kini Kembali!
Di samping tayangan filem-filem pendek BMW Shorties ini di Astro GO, pertandingan BMW Shorties juga bakal kembali untuk tahun yang ke-16, kini dengan tema “RE:IMAGINE”!
Pertandingan ini bermatlamat untuk menyediakan sebuah platform bagi para pembikin filem dan kandungan digital untuk menzahirkan kreativiti masing-masing, dan pemenang hadiah utama BMW Shorties sekali lagi akan dianugerahkan geran produksi bernilai RM 80,000 untuk membikin sebuah filem pendek hasil pembiayaan BMW Shorties.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi pencinta filem yang sering menonton di laman penstriman Netflix, pastinya tidak asing dengan filem Bollywood berjudul “Maharaj” yang menduduki carta 10 teratas sejak akhir-akhir ini.
Tahukah anda, watak utama Karsan Das Muji di filem Maharaj itu dilakonkan oleh Junaid Khan iaitu anak kepada pelakon terkenal Bollywood, Aamir Khan?
Lebih menarik, filem terbitan Netflix Originals itu merupakan penampilan sulung Junaid dalam bidang lakonan.
Foto: Junaid Khan dan ayahnya Aamir Khan (Sumber: Outlook India)
Memetik laporan NDTV, Junaid memaklumkan yang pengarah filem itu, Siddharth Malhotra yang menginginkan Junaid untuk berlakon di filemnya
Junaid yang sememangnya aktif dalam lakonan pentas sejak 2017 memberitahu yang Siddharth memanggilnya untuk datang ujibakat bagi filem tersebut.
Membandingkan diri dengan ayahnya, Junaid tidak melihat dirinya sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan seperti ayahnya.
Sebaliknya, dia mempunyai cara tersendiri dalam membentuk kerjaya lakonannya iaitu dengan menikmati setiap perjalanan.
Adaptasi Kes Mahkamah Sebenar
Filem “Maharaj” merupakan adaptasi daripada kes mahkamah sebenar yang dibicarakan di Mahkamah Agung Bombay pada tahun 1862, dikenali sebagai Kes Maharaj Libel 1862.
Menerusi filem itu, Junaid memegang watak sebagai Karsan Das Muji, seorang wartawan akhbar muda dengan sifat ingin tahu yang mendalam sejak kecil.
Filem ini berkisar mengenai perjuangan Karsan untuk mendedahkan salah laku seorangan pemimpin agama di sebuah kuil, Jadunat Maharaj yang menjadikan gadis muda setempat sebagai pemuas nafsu syahwatnya atas dasar ‘khidmat suci’ kepada agama.
Foto: Watak Jadunat Maharaj lakonan Jaideep Alawat. (Sumber: The Direct)
Kegiatan Maharaj itu dilakukan sejak bertahun lamanya dan dianggap sebagai satu budaya yang sudah diterima Masyarakat, sehinggakan para suami rela menyerahkan isteri mereka untuk ‘berkhidmat’.
Lebih menjijikkan, ‘khidmat suci’ itu juga boleh ditonton oleh orang ramai menerusi tingkap bilik Maharaj dengan sejumlah bayaran.
Karsan mula menyedari perbuatan terkutuk itu apabila dia menyaksikan tunangnya sendiri, Kishori menjadi salah seorang gadis yang dipilih untuk ‘berkhidmat’ kepada Maharaj beberapa hari sebelum perkahwinan mereka.
Foto: Watak Kishori lakonan Shalini Pandey (Sumber: The Direct)
Kecewa dengan perkara itu, Karsan memutuskan pertunangannya dengan Kishori.
Kishori yang kemudian sedar dengan kesilapannya terlalu taat pada ajaran Maharaj secara membabi buta akhirnya nekad untuk membunuh diri.
Kematian Kishori membakar semangat Karsan untuk mendedahkan perbuatan terkutuk Maharaj agar tiada gadis lain yang akan menjadi mangsa tipu daya Maharaj.
Masyarakat Islam sedunia menerima seorang lagi saudara baharu apabila penyanyi rap Amerika Syarikat, Lil’ Jon kini memeluk agama Islam baru-baru ini.
Memetik laporan Sinar Plus, pengislamannya diketahui umum melalui satu video yang tular di media sosial, memaparkan Lil’ Jon melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Lil’ Jon, atau nama sebenar Jonathan H Smith, 53, menitipkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mengucapkan tahniah, memberikan sokongan dan semangat menerusi hantaran di laman sosial Instagram
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara sekalian atas curahan kasih sayang dan positiviti,” kongsinya.
Menurut portal berita Turki, Daily Sabah, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.
Foto: Tangkap layar video Lil’ Jon melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Jon yang memakai kopiah merah dalam video berdurai 1 minit 50 saat itu lancar melafazkan syahadahnya di King Fahd Mosque.
Beliau yang juga DJ dan penerbit cukup dikenali dalam arena muzik Hollywood melalui beberapa lagu serta kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher.
Terdahulu, berita pengislaman aktivis terkenal Shaun King turut mencuri perhatian media antarabangsa pada Ramadan tahun ini.
Berikut adalah bagaimana anda boleh menurunkan berat badan tanpa diet:
Dapatkan Tidur yang cukup
Tidur diyakini cara alami untuk melepaskan fikiran setelah bekerja keras dan keletihan. Pentingnya cukup tidur tidak boleh dipandang ringan, khususnya dalam hal untuk mencetuskan penurunan berat badan. Semasa anda sedang tidur, tubuh anda bekerja untuk menetapkan sistem, dan menyembuhkan setiap kerosakan sel yang berlaku. Malah sistem pencernaan bekerja keras untuk memproses makanan, memetabolismekan karbohidrat dan memecah lemak. Kurang tidur mengakibatkan perubahan kadar hormon, terutamanya kortisol dan insulin. Kortisol mengatur gula, lemak, protein, mineral dan metabolisme air dan insulin, yang bertanggung jawab atas peningkatan gula darah dan penyimpanan lemak. Kurang tidur boleh mencetuskan pengeluaran kortisol, sehingga akan mengarahkan kepada peningkatan tahap insulin yang membuat penurunan berat badan menjadi lebih sukar. Dengan demikian, tidur malam yang baik dan cukup dapat membantu banyak untuk mengurangkan berat badan.
Kunyah makanan sehingga hancur
Kajian telah membuktikan bahawa jika anda lebih lama di mengunyah makanan, maka anda akan cenderung untuk mengambil kalori lebih rendah. Selain itu, mengunyah dalam waktu yang lebih lama akan mencegah pengambilan makanan secara berlebihan, kerana memberikan masa bagi otak untuk menerima isyarat daripada perut yang kenyang. Hal ini juga akan memudahkan penghadaman dengan lebih baik, dan mengehadkan saiz hidangan anda. Oleh kerana itu, dianjurkan untuk mengunyah makanan kira-kira 35 hingga 50 kali per rasuah.
Perhatikan Makanan anda.
Kita sering mendengar orang tua kita menasihati kita agar tidak bercakap, membaca atau menonton TV sambil makan. Ketika anda multitasking semasa makan anda, maka anda akan cenderung untuk mengambil lebih banyak lagi makanan. Oleh kerana itu, memberi perhatian pada apa yang anda makan sangat penting.
Elakkan makan makanan terlalu masak
Makanan yang terlalu masak akan menyebabkan penurunan kadar nutrisi. Jika anda kehilangan nutrisi, tentu anda akan merasa tidak kenyang, dan mungkin menginginkan untuk makan junk food. Untuk mencegah hal ini, anda boleh meningkatkan pengambilan makanan mentah seperti salad dan sushi. Anda digalakkan untuk makan makanan yang dikukus, atau dibakar, panggang, sayuran dan panggang daging dan ikan.
Jangan lewatkan sarapan
Ada salah faham jika terlepas sarapan adalah cara terbaik untuk memotong kalori dan menurunkan berat badan. Sarapan adalah jam makan yang paling penting, dan tidak boleh diabaikan. MENGISI BAHAN BAKAR tubuh anda beberapa kali dalam sehari sangat penting. Ketika anda melewatkan sarapan, anda akan merasa sangat lapar pada masa makan tengah hari, dan akhirnya makan berlebihan dan memilih makanan yang tidak sihat. Menghilangkan sarapan juga dapat melambatkan metabolisme anda. Oleh kerana itu, selalu makan sarapan anda dalam masa satu jam selepas bangun tidur. Semangkuk bijirin gandum dan susu rendah lemak dapat memberikan nutrisi awal untuk hari anda.
6 . Makan kerap, namun sedikit sedikit
Sering makan akan mempercepatkan metabolisme, dan tenaga berada di tahap yang lebih tinggi secara terus menerus sepanjang hari. Oleh itu, sangat sesuai untuk makan lima hingga enam kali per hari dengan 2-3 jam rehat antara waktu makan dan makanan ringan. Mengawal bahagiannya adalah penting untuk mencegah makan berlebihan. Hal ini dapat dicapai dengan menggunakan mangkuk kecil, pinggan dan gelas. Mengurangkan hidangan sebanyak 10% hingga 20% boleh menjadi kondusif untuk penurunan berat badan.
Amalkan makan buah sebelum makan daging
Amalkan makan buah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda makan makanan yang berat, kerana buah dapat dicernakan dengan cepat. Jika anda makan buah-buahan ketika perut kosong ia sangat bermanfaat untuk mendetokfikasikan sistem tubuh dan membuat anda makan lebih sedikit.
Amalkan minum teh hijau
Selain air, teh hijau juga merupakan penguat metabolisme. Penelitian telah menunjukkan bahawa minum teh hijau akan membakar 400 kalori ekstra dalam seminggu. Ia juga memiliki kekuatan antioksidan .
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.