Teh ais dan rakyat Malaysia bagai isi dan kuku. Minuman ini sering menjadi pilihan tidak kiralah sama ada di restoran mahal mahupun gerai tepi jalan.
Dapat minum yang kaw, dan sejuk memang nikmat terutama bila cuaca panas. Kadang-kadang kat rumah pun boleh teringin nak minum teh ais macam ni. Tak perlu susah keluar atau order online, kita buat saja sendiri teh ais kaw!
Buat sendiri teh ais kaw, manis berlemak
Untuk peminat teh ais! Cara membuatnya untuk satu gelas saiz ini.
1. Masukkan 2-3 sudu teh serbuh teh (saya guna teh Barra, teh dari Kedah bukan teh merah Thailand ya). Klik SINI untuk beli di Shopee.
2. Rendam dengan air yang betul-betul panas (saya guna air Cuckoo saja). Nak lagi kaw boleh masak teh ini dalam periuk sampai menggelegak
Ads
3. Biarkan rendam serbuk teh tapi sampai suam. Kemudian tapis.
4. Selepas itu boleh tambah susu pekat ikut kemanisan yang disukai.
5. Kemudian tambah 2-3 sudu susu cair untuk rasa lemak! Jangan tambah air lagi selepas bancuh, nanti cair.
Ads
6. Tambahkan ketulan ais, siap untuk diminum. Jika nak buat satu jag boleh gandakan bahan-bahan.
Senang je nak buat teh ais ni kan. Selamat mencuba!
Bulan Ramadan merupakan tempoh di mana ramai di antara kita mula kembali kepada fitrah dan belajar untuk lebih bersederhana. Amalan sahur sebagai contohnya dilakukan untuk menyediakan diri untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.
Jadi tidak hairanlah mengapa menu sahur itu dianggap cukup penting. Namun memilih makanan sahur itu tidaklah perlu terlalu bermewah, biarlah cukup untuk memberikan kita tenaga dan mampu untuk tidak berasa terlalu lapar sepanjang berpuasa.
Legenda ragbi dari pasukan New Zealand atay All Blacks, Sonny Bill William menarik perhatian ramai apabila berkongsi menu hidangan sahurnya beberapa hari yang lalu.
Beliau yang kini cukup aktif di laman media sosial dan menjadi ikon atlet Islam yang disegani ramai berkongsi hidangannya menerusi laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter) kendaliannya.
“Hidangan sahur saya. Sedap dan ringkas, lima telur dan bubur dengan krim dalamnya. Air minuman gelas besar beserta madu dan garam. Bismillah,” jelasnya dengan ringkas.
One of my favourite things about Ramadan is suhoor with the family, waking the young ones up and all sharing a meal, speaking about Allah and the blessings of our lives, always a special time. 🤲🏾❤️
Menerusi perkongsiannya lagi, Sonny turut melahirkan rasa gembiranya meraikan ketiban bulan mulia, bulan Ramada kerana dapat sekali lagi bersama-sama keluarga mengerjakan ibadah dan berpeluangmendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.
Amalan makan telur untuk bersahur sebenarnya sangat baik. Ia merupakan sumber protein yang baik yang mampu membuarkan perut berasa lebih kenyang lebih lama.
Selain itu, ia juga mengandungi lemak yang sihat dapat membantu melambatkan penyerapan karbohidrat dan memberikan tenaga berpanjangan.
Telur juga kaya akan berbagai vitamin dan mineral penting, seperti vitamin D, vitamin B12, selenium, dan zat besi, yang mendukung fungsi kekebalan tubuh dan kesehatan secara keseluruhan.
Manakala minum air yang dicamput sedikit garam dan madu juga mempunyai rahsia kebaikan yang sangat hebat. Ia membantu badan mendapatkan hidrasi lebih baik, menjaga keseimbangan elektrolit dan memberikan tenaga kerana madu mengandungi karbohidrat semula jadi.
Berbeza dengan gula biasa, madu mengandungi indels glikemik yang lebih rendah dan mampu membantu dalam mempertahankan kadar gula dalam darah yang stabil.
Dan lebih menarik minuman ini juga dipercayai boleh membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. Perlu ingat, sepanjang bulan puasa pola tidur kebanyakan kita semua sering terganggu, bulan?
Semoga tip sahur yang dikongsi oleh legenda All Blacks ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kali kita menikmati hidangan nasi kandar atau nasi lemak, pasti ada satu perasaan yang biasa dirasai selepas itu — rasa mengantuk yang begitu kuat.
Bukan sahaja perut kenyang dengan juadah enak tersebut, tetapi mata juga seakan-akan ingin terpejam, dan badan terasa lesu. Mengapa ini berlaku?
Menurut Pakar Pemakanan, Dr. Fatimah Eliana, dalam artikel yang diterbitkan oleh mStar pada tahun 2019, fenomena ini ada kaitannya dengan cara tubuh kita memproses makanan.
“Apabila kita makan terlalu banyak, organ pencernaan terpaksa bekerja lebih keras, membuatkan kita berasa mengantuk,” jelas Dr. Fatimah.
Tambahnya, organ seperti jantung dan otak perlu bekerja lebih aktif semasa proses pencernaan. Lalu menyebabkan sedikit kekurangan oksigen di dalam tubuh dan mencetuskan rasa mengantuk.
Proses pencernaan memerlukan tenaga, dan tubuh kita mendapat tenaga daripada makanan.
Apabila kita makan, sistem pencernaan akan memecahkan makanan dan memprosesnya menjadi tenaga. Semasa proses ini, tubuh akan menghasilkan beberapa bahan kimia seperti cholecystokinin (CCK), glukagon, dan amylin yang meningkatkan rasa kenyang.
Gula dalam darah akan meningkat, menggalakkan pengeluaran insulin yang membantu pemindahan gula dari darah ke sel untuk tenaga.
Selain itu, proses pencernaan juga menyebabkan peningkatan hormon serotonin, yang terkenal kerana kesannya yang menenangkan dan boleh menyebabkan rasa mengantuk.
Satu lagi hormon yang dikaitkan dengan tidur adalah melatonin. Walaupun proses pencernaan tidak secara langsung membebaskan melatonin, makanan tertentu boleh mempengaruhi tahap hormon ini dalam badan.
Bagi mengelakkan rasa mengantuk selepas makan, Dr. Fatimah menyarankan agar kita mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi.
Bergerak aktif selepas makan juga boleh membantu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita perlu bersukan berat; berjalan kaki selepas makan juga sudah memadai.
Memilih tempat makan yang sedikit jauh boleh memaksa kita untuk berjalan selepas makan, yang membantu mengalirkan darah dengan lebih baik ke otot dan mengurangkan rasa mengantuk.
“Paling baik selepas makan berjalan supaya karbohidrat yang kita makan sampai ke otot, lemak dan otak, dan sel otot serta sel lemak tidak mengalami kekurangan oksigen,” tambah beliau.
Fenomena mengantuk selepas makan ini dikenali sebagai “postprandial somnolence” atau lebih popular disebut sebagai “food coma.”
Ia adalah reaksi semula jadi tubuh terhadap proses pencernaan makanan, terutama sekali makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi kandar dan nasi lemak.
Maka, tidak hairanlah jika selepas menikmati hidangan kegemaran ini, kita akan berasa seakan-akan ditarik untuk merebahkan diri.
Mengerti mekanisme di sebalik fenomena ini mungkin boleh membantu kita membuat pilihan yang lebih bijak tentang apa yang kita makan dan bagaimana kita menghabiskan waktu selepas makan.
Bercakap tentang nasi kandar bermula 5 hingga 8 September 2024, ‘RASA Layan Curry Fiesta X Havoc Festival’ akan diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.
Acara yang berlangsung selama empat hari, bermula 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam ini menghimpunkan pengusaha makanan dengan pelbagai hidangan berasaskan kari.
Ia juga menyaksikan lebih daripada 200 booth makanan viral turut mengambil bahagian. Selain itu, pelbagai program seni, hiburan, dan aktiviti kekeluargaan disusun untuk menarik pengunjung.
Dianjurkan bersama Havoc Food Festival program yang dibawakan majalah Rasa dan Nu Ideaktiv ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nobu Kuala Lumpur merupakan nama yang cukup sinonim dengan pengalaman santapan mewah Jepun bertaraf antarabangsa. Terbaru, mereka sekali lagi mendefinisikan semula landskap kulinari dengan memperkenalkan “Maguro Osusume” sepanjang bulan Mei ini.
Lebih dari sekadar menu istimewa, inisiatif ini adalah penghormatan lestari terhadap dunia tuna premium yang kaya dan pelbagai aspek. Ia menjanjikan pengalaman yang menggabungkan kemewahan dengan kesedaran alam sekitar serta menghargai kualiti dengan penuh tanggungjawab.
‘Maguro Osusume’ adalah persembahan eksklusif selama sebulan yang menyoroti konsep “conscious luxury”.
Ia bukan sahaja mempamerkan keindahan tuna premium dari pelbagai sudut, tetapi juga meraikan pendekatan mampan dalam gastronomi.
Setiap bahagian tuna dihormati, disediakan dan dipersembahkan melalui lensa Nobu. Berakar umbi dalam kelestarian, menu ini mencerminkan komitmen Nobu KL terhadap santapan mewah dengan tujuan, mengurangkan sisa makanan sambil meninggikan setiap potongan tuna menjadi pengalaman gastronomi yang halus.
Pendekatan ini ditekankan oleh Chef Esekutif di Nobu Kuala Lumpur, Chef Philip Leong. “Dalam menghasilkan menu ini, kami bukan sahaja ingin mempamerkan kepelbagaian dan keindahan maguro, tetapi juga ingin menceritakan kisah yang lebih mendalam tentang kelestarian dan penghormatan terhadap bahan-bahan yang kami gunakan.
“Ia merupakan satu perjalanan yang luar biasa bertukar-tukar idea dengan pasukan dapur saya yang sangat berbakat dengan kreativiti, ketepatan dan semangat mereka telah menghidupkan menu ini.
“Maguro Osusume lebih daripada sekadar pengalaman santapan; ia adalah kenyataan tentang bagaimana kami, sebagai chef, boleh membuat pilihan yang sedar tanpa menjejaskan kenikmatan,” tambahnya lagi.
Para pengunjung boleh menjangkakan cita rasa yang berani namun seimbang dalam setiap hidangan yang ditawarkan.
Menu ini dirancang untuk menonjolkan tekstur dan perisa unik dari pelbagai bahagian tuna, diolah menggunakan teknik masakan Nobu yang inovatif.
Antara kemuncak menu ini termasuk O-Toro Yuzu Anticucho, di mana bahagian perut tuna (o-toro) yang lembut dan ‘melty’ dipanggang perlahan dan diperisakan dengan sos yuzu anticucho yang memberikan sentuhan sitrus yang menyegarkan.
Hidangan ini bukan sahaja memanjakan selera tetapi juga mencerminkan penggunaan bahagian tuna yang mungkin kurang lazim digunakan dalam menu biasa.
Sebagai sebahagian daripada misi Nobu KL untuk mempromosikan kelestarian dan santapan penuh kesedaran, sebahagian daripada hasil kutipan daripada menu Maguro Osusume akan disumbangkan kepada Food Bank Malaysia. Organisasi amal ini komited dalam menangani sisa makanan dan kemiskinan makanan di negara ini.
Selain menu istimewa ini, Nobu KL juga akan menganjurkan Acara Lelongan Tuna Bluefin Langsung (Live Bluefin Tuna Auction) di restoran.
Para tetamu berpeluang istimewa membida potongan premium tuna Bluefin segar dengan pilihan untuk meminta hidangan mereka disediakan secara ‘à la minute’ oleh pasukan kulinari Nobu KL atau dibawa pulang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.