Berlari merupakan aktiviti senaman yang paling popular di negara kita. Mengapakah ia menjadi aktiviti fizikal yang popular? Terdapat banyak faktor yang menjadikan larian sebagai aktiviti senaman pilihan rakyat Malaysia.
Pertama sekali kerana ia mudah dilakukan. Selain itu ia juga tidak memakan kos yang tinggi. Cukup sekadar memiliki sepasang kasut larian yang sesuai sahaja.
Namun dalam melakukan aktiviti larian anda harus bijak menggunakan teknik dengan betul agar tidak mudah mengalami kecederaan seperti kejang otot, masalah pernafasan dan juga kecederaan kaki.
Antara perkara paling penting buat anda yang aktif berlari ialah bernafas dengan betul. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh jejaskan prestasi anda sendiri. Malah jika bernafas tak betul anda juga akan berasa cepat penat dan mengah.
Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.
Ads
Berikut MASKULIN kongsikan teknik bernafas dengan baik semasa melakukan aktiviti larian.
TARIK NAFAS DALAM
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
HINGGA PERUT
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
Ads
POSTUR BADAN
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
BERTENANG
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
TEKNIK TARIK NAFAS
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan memang ramai gunakan serbuk kopi segera untuk dijadikan sebagai sumber minuman yang paling cepat sama ada di rumah mahu pun pejabat. Namun, kopi segera sangat bahaya untuk kesihatan.
Namun demikian, tidak semua orang tahu menyedari bahawa serbuk instant tersebut boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang berlebihan.
Mana tidaknya, kandungan gula dalam setiap bungkusan serbuk minuman instant itu ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori.
Selain alasannya dapat membantu untuk membuatkan kita lebih bertenaga pada awal pagi, ini risikonya yang perlu anda hadapi jika selalu mengamalkan minum kopi segera.
1. Beri tenaga palsu
Ramai yang menganggap minuman ini mampu memberi lebih tenaga padahal kesan placebomya cuma untuk sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar, anda perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Bukannya menerusi minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
2. Menghisap darah
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
3. Perosak organ penting
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga, ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
4. Penghidup kanser
Kebanyakan makanan dan minuman segera atau dalam tin mengandungi bahan kimia acrylamide. Menurut kajian kesihatan dari Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
5. Jangan tertipu
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus membuatkan anda mudah obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan
Tidur bukan keutamaan
Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk.
Kualiti tidur rendah
Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.
Makan sebelum tidur
Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam.
Bangun lewat
Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.
Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hormon testosteron ialah sejenis hormon steroid lelaki dari kumpulan Androgen dan merupakan HORMON SEKS utama lelaki.Ia bukan saja penting untuk anda membina otot bahkan untuk melancarkan keinginan seksual anda juga. Malangnya ramai juga antara kita yang kurang sedar yang kadar pengeluaran hormon semakin menurun apabila umur semakin meningkat setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun.
Namun begitu, 4 masalah di bawah yang berkaitan dengan kekurangan tahap testosteron sebenarnya masih boleh diubati.
“KAJIAN MENDAPATI LELAKI YANG MEMPUNYAI PARAS TESTOSTERON RENDAH MEMPUNYAI 40% RISIKO LEBIH TINGGI UNTUK MATI AWAL”
1. Kehilangan Keupayaan Seks
Kebanyakan lelaki yang kekurangan kadar testosteron akan mengalami keinginan seksual yang rendah – sukar untuk membangkitkan keghairahan dan lesu di bilik tidur. Hormon inilah yang beroperasi untuk menjana keinginan seksual anda – seperti ketika anda ternampak sesuatu yang meransang nafsu, anda akan berasa tergoda untuk melakukan seks.
2. Otot Anda Mengecil
Testosteron membantu tubuh anda untuk menjana metabolisma untuk membina otot engan menggalakkan tubuh anda untuk menghasilkan protein bagi tujuan tersebut. Tanpa kewujudan hormon ini anda akan mengalami masalah untuk membina otot dan seterusnya anda bakal mengalami kehilangan otot-otot yang anda pernah bina dahulu.
3. Zakar Akan Mengecil
Tanpa aliran hormon testosteron yang lancar, tisu pada zakar dan skrotum akan mengecut dan mengecil – sebagai hasilnya zakar anda kian mengecil.
Terapi testosteron pun sukar untuk mengembalikan semula saiz zakar anda yang mengecil itu – tapi ia masih mampu meningkatkan pembesaran zakar anda mungkin dalam seinci atau dua inci.
4. Perut Anda Membesar
Mereka yang mengalami kanser prostat semuanya mempunyai masalah perut yang besar – ini pula adalah akibat daripada kekurangan hormon testosteron. Penghasilan lemak di sekitar perut dan pinggang ini adalah dijana oleh lipoprotein lipase yang disebabkan oleh kekurangan hormon testosteron.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.