Ads

Teknik Senaman Otot Perut Buat Anda Yang Malas Work Out

Shot of a young man and woman working out

Tak dapat dinafikan antara bahagian badan yang sering menjadi sasaran buat anda yang aktif bersenam ialah di bahagian abdomen.

Bagi lelaki inilah bahagian yang dianggap agak kritikal apatah lagi jika semakin bertambah usia perut pun turut meningkat saiz diameternya.

Terdapat pelbagai jenis senaman yang melibatkan abdomen. Namun apakah senaman yang paling baik dan memberikan kesan berimpak tinggi terhadap abdomen?

Satu kajian yang dilakukan oleh San Diego University Biocmechanic Lab mengkaji keputusan EMG beberapa jenis senaman. Dan hasilnya mereka mendapat terdapat 5 senaman yang paling berkesan.

PLANK

Ads

Senaman plank mampu memberi stimulasi yang lebih tinggi di bahagian abdomen berbanding senaman lain. Ia juga melibatkan otot belakang badan.

BYCYCLE CRUNCH

Dalam kajian mereka senaman ini memberikan impak kedua paling tinggi dalam aspek menguatkan otot serta membakar lemak di perut. Ia juga memberikan stimulasi aktiviti lebih tinggi berbanding teknik crunch biasa.

Ads

SIDE PLANK

Teknik ini bukan sahaja memberikan regangan bentuk badan yang baik. Malah ia juga merangsang serta memperbaiki glutes, quads, hamstring dan juga menguatkan bahagian peha dan atas badan.

VERTICAL LEG CRUNCH

Ads

Tahukah anda dengan melakukan senaman vertical leg crunch mampu merangsang 116 peratus lebih aktiviti di bahagian abdomen berbanding melakukan crucnh biasa!

REVERSE CRUNCH

Senaman ini memberikan penekanan dan impak yang baik di bahagian bawah abdomen serta memberikan regangan otot sangat baik kepada badan.

Selamat mencuba!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
pilih saiz kasut

10 Tip Pilih Saiz Kasut Paling Tepat & Selesa, Rahsia Langkah...

Ketahui 10 tip mudah dan berkesan untuk pilih saiz kasut yang tepat agar langkah anda kekal selesa, yakin, dan bebas sakit setiap hari.