
Penyakit resdung atau sinusitis adalah masalah yang lazim di seluruh dunia. Di Malaysia dianggarkan 60-65 peratus penduduk mengalami resdung.
Antara faktor yang menjadi penyumbang adalah dari segi iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya. Kita seharusnya lebih peka dengan keadaan kesihatan serta perubahan pada badan diri sendiri.
Berikut adalah beberapa petanda anda sudah mula diserang penyakit resdung namun ia sering diabaikan kerana mungkin merasakan ia adalah tindak balas normal badan.
BACA: Ubat Atasi Kerap Bersin & Hidung Berair Untuk Penghidap Resdung!
1. Mengalami hidung berair & tersumbat
Tidak kira masa dan keadaan, hidung anda tidak henti-henti mengalir dari pagi hingga ke malam. Kejadian ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena. Jika anda kurang peka dengan keadaan kesihatan sendiri, ia akan berlarutan hingga anda betul-betul jatuh sakit.
2. Gatal pada kelopak mata
Ia bukan gatal biasa. Kegatalan yang dimaksudkan adalah anda akan menggosok mata hingga terdapat kemerahan pada kelopak mata.
3. Nafas & mulut berbau
Kebiasaannya, bagi penghidap resdung nafas & mulut sedikit berbau. Walaupun anda sudah membersihkan mulut dengan memberus gigi atau berkumur guna mouthwash, bau busuk masih ada di mulut anda hingga menganggu orang lain.
4. Batuk yang teruk pada waktu malam
Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Akhirnya anda akan batuk dengan teruk pada waktu malam.
BACA: Tip & Cara Bagaimana Nak Kawal Resdung Di Rumah!
5. Kerap bersin pada waktu pagi
Antara tanda lain resdung adalah kerap kali bersin terutamanya ketika waktu pagi ataupun keadaan persekitaran yang sejuk. Teruknya bersin anda hingga membuatkan hidung warna kemerahan.
6. Hilang deria bau
Anda tidak dapat mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Di peringkat ini anda sudah memasuki fasa resdung yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Kalau tidak keadaan akan bertambah teruk jika tidak dirawat.
5 Sebab Kenapa Lelaki Memiliki ‘Dad Bod’ Atau Sedikit Boroi Sangat Menarik

Sebut sahaja tentang ‘dad bod’ mungkin ramai yang terus bayangkan seorang lelaki yang berusia 30-an atau pertengahan umur yang badannya sudah sedikit boroi.
Senario seperti ini sudah menjadi satu perkara normal terutamanya di kalangan lelaki yang sudah berkahwin dan memiliki anak kecil.
MASKULIN yakin ramai di antara anda di luar sana yang mungkin boleh ‘relate’ dengan perkara ini. Iyalah usia makin meningkat badan pun mula naik. Hati pun sudah lebih bahagia.
Tapi apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘dad bod’?
Secara kasarnya, ia membawa maksud jenis bentuk badan lelaki yang disifatkan ‘lebih bulat’ atau dalam bahasa pasarnya, boroi. Teori ‘dad bod’ ini muncul selepas seorang lelaki sudah ‘sttle down’ dengan pasangan dan memiliki anak. Lalu masalah untuk jaga berat badan bukan lagi perkara utama baginya.
Dari faktor kesihatan mungkin ia tidak baik jika berat badan dengan BMI yang berlebihan. Namun jika hanya setakat bertambah isipadu di bahagian perut ia tidaklah menjadi masalah.
Kali ini MASKULIN ingink kongsikan sedikit sudut positif buat lelaki yang memepunyai bendtuk badan seperti ini.
MASIH KUAT SEPERTI DULU
Tak perlu risau dengan kemampuan diri. Memiliki ‘dad bod’ tidak bermakna anda lemah atau tidak sihat. Anda masih mempuyai kekuatan dan kehebatan seperti dulu. Malah mungkin lebih hebat lagi.
Berdepan dengan pelbagai tugas di pejabat, di rumah dan sebagai bapa mampu menjadikan anda seorang yang sangat aktif bergerak. Lebih seronok lagi anda juga boleh saja melakukan senaman ringan seperti biasa. Boroi sedikit tak mengapa janji tidak mencapai tahap obese.
PENTINGKAN KELUARGA
Seorang lelaki ‘dad bod’ sangat pentingkan keluarganya. Mungkin sebelum kahwin atau memiliki anak dia lebih mementingkan untuk jaga diri sendiri sahaja. Namun dengan tanggungjawab besar yang datang anda akan lebih pentingkan kebajikan dan kebahagiaan mereka.
MASIH BOLEH AMAL DIET SEIMBANG
Buat anda yang memiliki ‘dad bod’ usahlah risau dan gusar. Pertama sekali anda masih boleh mendapatkan kualiti kesihatan yang baik walaupun sedikit boroi. Paling penting cuba kurangkan makanan segera, banyak gula dan juga berminyak.
Tapi dalam masa yang sama usahlah terlalu tegas dan jumud dalam mengawal diet. Sekali-sekala apa salahnya belanja anak dan isteri makan piza atau burger.

DIANGGAP SEKSI
Ini perkara yang ramai sebenarnya lelaki tak tahu. Ya, anda yang memiliki ‘dad bod’ cukup seksi di mata kebanyakan wanita. Mungkin anda bertanya kenapa?
Lelaki ‘dad bod’ dikatakan memiliki ciri-ciri lelaki yang menarik dan seksi. Lebih-lebih ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang suami dan ayah.
Artikel Berkaitan: Jumping Jack Mampu Kuatkan Jantung & Otot Anda!
REALISITK
Pendek kata lelaki ‘dad bod’ merupakan satu perkara normal dan realistik. Tidak semua orang mampu mengekalkan bentuk badan ‘sado’ sampai ke usia lanjut. Dan tidak semua orang boleh hadap dengan diet yang sangat ketat.
Apa yang penting janganlah sampai berat badan terlalu berlebihan hingga anda tergolong dalam mereka yang obese. Jika sudah sampai tahap itu maka perlulah perubahan yang drastik.
Ingat ya, ‘dad bod’ is awesome!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Selain Bersenam Bagaikan Usia 20-an, Ini Rahsia Salman Khan Kekalkan Bentuk Badan ‘Sado’

Bagaikan tidak dimamah usia! Mungkin itulah apa yang terlintas di kepala bila melihat sosok badan pelakon popular Bollywood ini.
Salma Khan atau nama sebenarnya Abdul Rashid Salim Salman Khan merupakan salah seorang bintang Bollywood yang paling berpengaruh di dunia. Lihatlah barisan video penampilannya di mana-mana majlis terutamanya di India.
Kehadirannya di sambut bagaikan seorang raja oleh segenap lapisan masyarakat. Di India, Salman Khan dianggap dan diangkat sebagai salah seorang pelakon yang paling berjaya dalam sejarah perfileman mereka.
Filem-filem popular lakonannya seperti ‘Hum Aapke Hain Koun’, ‘Hum Saath-Saath Hain’ dan ‘Bajrangi Bhaijaan’ telah dijadikan filem rujukan penting industri perfileman Bollywood.
Dia juga merupakan figura yang terkenal dengan memiliki kondisi fizikal tegap dan awet muda. Mungkin anda sendiri tertanya-tanya apakah rahsia Salman Khan mampu mengekalkan penampilan dan bentuk badannya yang mantap hingga sekarang?
OBSESI KECERGASAN
Salman Khan merupakan selebriti yang cukup obses dengan kecergasan dan kondisi fizikalnya. Kegigihannya menjaga badan menjadi ikutan ramai terutamanya peminat yang mendambakan bentuk badan serupa.
Walaupun sentiasa dihimpit dengan jadual yang cukup ketat namun Salman Khan sentiasa mencari masa untuk melakukan senaman kira-kira satu hingga dua jam setiap hati terutamanya di gimnasium.
Rutin senamannya melibatkan kombinasi beberapa jenis senaman. Antara senaman yang wajib dalam senarai rutinya ialah bench press, latihan angkat berat, larian treadmill, sit up, push up, latihan sirkir dan juga beberapa jenis plank.
Kesemua jenis senaman di atas cukup penting dalam rutin hariannya dan dilakukan dengan penuh disiplin.
REHAT FIZIKAL & MINDA
Selain melakukan senaman yang besifat cukup intensif, Salman Khan juga memastikan badannya mendapat cukup rehat. Disebabkan itulah dia turut mengambil beberapa hari untuk berehat dari melakukan apa-apa senaman bagi merehatkan otot badan.
Salman juga merupakan seorang yang cukup meminati aktiviti berbasikal. Malah banyak laporan mendapati kelibatnya melakukan kayuhan basikal di sekitar lokasi tumpuan. Tempoh kayuhan normal yang biasa dilakukan ialah selama dua hingga tiga jam.
DIET PENTING
Seperti mana yang kita tahu melakukan senaman sahaja tidak cukup tanpa diet yang baik. Memetik Health Site.com, Salman Khan akan mengambil telur putih dan susu rendah lemak untuk sarapan.
Manakala untuk makan tengahari pula dia biasanya makan lima keping chapati bersama sayur yang dibakar dan juga salad sayuran hijau. Bagi makan malam pula dia memerilih telur putih atau ayam bersama-sama dengan sup sayur.
Salman Khan juga mengamalkan konsep ‘eat clean’ di mana dia kurang mengambil makanan bergula dan diproses. Bukan itu saja, dia juga mengelak mengambil sebarang suplemen protein, steroid dan turut menasihati peminatnya juga.
Antara nasihat yang diberikan Salman Khan ialah lakukanlah senaman dengan tetap dan kerap. Jika mampu carilah ruang untuk dijadikan gym peribadi.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa follow Instagram MASKULIN untuk seleksi update menarik seperti di bawah.
Teknik ‘Buang Angin’ Dalam Badan Paling Efisien, Barulah Nak Bersenam Pun Selesa

Pernah tak anda alami perut yang rasa bloated dan penuh dengan angin hinggakan nak bersenam pun kurang selesa.
Bergerak ke kanak tak kena, ke kiri pun tak kena. Bila berlaku keadaan macam ini sekali gus melemahkan atau mengurangkan semangat untuk bersenam sebenarnya.
Seperti mana yang kita tahu dalam budaya masyarakat Melayu khususnya, istilah ‘banyak’ angin ini selalu kita dengar. Dari segi perubatan moden pula kondisi ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus yang disekat dan tidak berupaya untuk keluar.
Secara tidak langsung boleh membuatkan kita berasa loya dan perut terasa kembung.
Kandungan gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman anda membuat perut anda kembung dan anda biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau burps.
Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan berasa sangat tidak bertenaga, yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan.
Terdapat beberapa cara di mana andaboleh mengurangkan atau ‘buang angin’ dalam badan dengan efisien.
Ambil Vitamin C
Siapa tahu ternyata Vitamin C boleh buang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat.
Vitamin C adalah sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan. Sudah begitu banyak produk dalam pelbagai syarikat menawarkan produk Vitamin C tersedia di farmasi.
Ubat-ubat herba
Anda pasti memikirkan ubat-ubat herba adalah satu cara semulajadi, tetapi komposisi produk ubat-ubatan herba kini juga meluas dan dimasukkan ke dalam perubatan sederhana.
Ramai bahan-bahan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan penyakit yang spesifik dan salah seorang daripada mereka boleh hilangkan angin dalam badan. Ubat herba sudah tersedia dalam bentuk cecair dan tablet di farmasi.
BACA: Lelaki Ini Dapat Body Mantap Dengan Sahut Cabaran Senaman ‘One Punch Man’!

Halia
Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional paling popular. Malah ia kini dikomersilkan dalam pelbagai jenis seperti makanan dan minuman. Tetapi jika anda suka halia semulajadi juga tidak menjadi perkara dan lebih berkesan untuk membuang angin dalam badan.
Bawang Putih
Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih menjadi petua buang angin dalam badan. Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mrengusir angin dalam badan dengan cepat.
Dengan memakan bawang putih, boleh membuang angin dalam badan. Orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalurkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokannya.
Sup Hangat
Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan memakan sup hangat apabila kita mengalami angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang disebabkan dari mendapat angin supaya anda berasa lebih segar.
Bekam
Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara. Salah satunya dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda keluar yang dipercaya untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan. Ada juga menggunakan kaca dan bomba untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik.
Untuk mengeluarkan darah dan angin, dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan cara menindik bahagian tubuh yang di bekam dengan jarum atau hanya dilakukan bekam. Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga sebagai akupunktur yang ditambah pula dengan teknik bekam berkhasiat juga untuk memulihkan stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.
Senaman
Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan supaya badan terasa lesu dan kaku. Bilakah anda hanya kerap lakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki semata-mata, atau dengan Gimnastik kecil sekurang-kurangnya anda keluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video fitness menarik seperti di bawah!