Siling atau dinding yang berkulat memang biasa kita lihat di kebanyakan rumah. Selama ini kita anggap kulat pada dinding atau siling cuma kekotoran biasa.

Rupa-rupanya kehadiran kulat pada dinding atau siling boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang. Jika dibiarkan boleh menjadi antara punca anda diserang batuk atau selesema yang lama.

Perkara ini didedahkan oleh Public Health Malaysia menerusi laman Facebooknya. Jika rumah anda mempunyai kulat pada dinding atau siling, cari segera punca kenapa perkara ini berlaku dan bersihkannya segera.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

Kulat biasanya terjadi disebabkan kelembapan

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya, itu adalah KULAT

IKLAN

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembap akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Hati-hati! Siling Atau Dinding Berkulat Antara Punca Anda Sering Batuk & Selesema

BACA: Doktor Ini Kongsi Cara Betul Makan Limau Mandarin, Elak Batuk Atau Sakit Tekak!

Boleh datangkan kesan buruk

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh disedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

IKLAN

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

IKLAN

BACA: 15 Jenis Ubat Yang Wajib Disimpan Di Rumah Atau Bawa Dalam Perjalanan, Ini Yang Doktor Pesan!

Bolehkah kulat ini dicegah?

✅ Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.

✅ Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.

✅ Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI